Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

22 Disember 2011

Gemersik Kalbu Menggantikan Tentang Dhia


Assalmmualaikum.. ada tak sape-sape yang follow drama Tentang Dhia. Best kan.. geram betul tengok watak Liza Abdullah sebagai Ku Salmi mummy kepada Zikir lakonan AdyPutra. Tak sabar nak tunggu camner la endingnya nanti.

Okay.. lepas berakhirnya Tentang Dhia akan bersambung pula drama Gemersik Kalbu yang dilakonkan oleh Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani dan Khatijah Tan. Drama Gemersik Kalbu ni diadaptasikan dari novel karya novelis terkenal Anis Ayuni.

Kepada penonton setia slot Akasia, jangan lupa mengikuti kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.


Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.


Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?


Drama ini akan menggantikan Tentang Dhia bermula 02 Januari 2012 di slot Akasia jam 7.00 malam dari Isnin hingga Khamis di TV3.

2 patah-patah kata:

Teratak Hami berkata...

Akak memang follow Tentang Dhia :-)

teratai berkata...

tengok juga crite tentang dhia...rasa2nya macam nok habis doh crite tu.