Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

31 Januari 2014

Ikan Keli Masak Berlada

Alhamdulillah.. harini rezeki makan ikan keli. Saya ni pun bukannya pandai sangat nak masak ikan keli ni. Kali pertama buat ikan keli goreng berlada ni menjadi. Akhirnya lauk ni menjadi feberet kami sekeluarga. Meh tengok-tengok dan sila kecur ye buat penggemar ikan keli :) 
 


Ikan keli yang saya beli ni dah siap disiang. Hanya perlu cuci sebersih-bersihnya.


Saya bersihkan ikan keli dengan menggunakan air asam jawa. Bertujuan menghilangkan lendir dan baunya.


Ini pula adalah bahan tumisan di dalam kuali


Akhirnya siap.. sepatutnya gambar cili tu bewarna merah tapi dalam gambar ni tak cantik pula warnanya.


Jom tengok resepinya. Senang dan ringkas je.

Bahan-bahannya.

3 ekor ikan keli
Seulas bawang besar
3 ulas bawang putih
6 biji cili merah
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula
Minyak (utk menggoreng dan menumis)

Cara membuat.
Ikan keli disiang dan dibersihkan sebersih-sebersihnya terlebih dahulu. Boleh gunakan limau nipis atau asam jawa untuk menghilangkan bau dan lendirnya.

Kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga ikan keli garing.

Bawang besar, bawang putih dan cili merah hendaklah ditumbuk atau diblend kasar. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang diblend itu. Tumis hingga cili masak kemudian masukkan air asam jawa dan juga sedikit garam beserta gula.

Setelah semuanya sebati dan tutup api, dan tuangkan sambal itu di atas ikan keli yang telah digoreng. Siap.. dan sedap dimakan bersama nasi panas. 



2 patah-patah kata:

teratai berkata...


feberet anak2 ni :)

marcraf berkata...

Salam, jom join GIVEAWAY untuk Plain Canvas Bag