Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

01 Januari 2015

Selamat Menyambut 2015

Alhamdulillah.. masih diberi nafas untuk merasai tarikh 01.01.2015. Tahun 2014 terlalu banyak kenangan pahit yang datang samaada pada diri sendiri ataupun negara kita Malaysia. Semoga dengan kehadiran 2015 membawa kegembiraan pada semua. Apa azam saya tahun ni ye??? hmm.. nak mula rajin update blog la.



20 November 2014

Bersiap sedia

Assalammualaikum.. renungan bersama untuk diri yang terleka agar tersedar semula.




19 November 2014

Khasiat Air Kelapa Muda

 Assalammualaikum.. harini rajin pula nak buat entry :). Kali ni nak share berkenaan khasiat kelapa muda.




KHASIAT AIR KELAPA MUDA

1. Membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

2. Boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

3. Membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.

4. Membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.

5. Mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Boleh juga dijadikan minuman tenaga.

6. Merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

7. Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.

8. Boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

9. Meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

10. Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

11. Membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

12. Membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

13. Membantu merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

14. Membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.

**sedapnya kalau dapat minum air kelapa ketika cuaca panas terik, segar rasanya**

Ubahsuai Dapur

Harini nak tunjukkan entri bergambar je. Gambar di bawah boleh dijadikan rujukan bagi sesiapa yang bercadang untuk mengubahsuai ruangan dapur. Cantik pula gabungan hijau dan putih ni.










Kalau gini la dapurnya, pasti kita akan rajin ke dapur :)




 
18 November 2014

Macadamia Truffles






Assalammualaikum... nampak sedap pula Macadamia Truffles ni. Resepi dah ada, bahan-bahannya pun dah dibeli. Apa tunggu lagi... bolehlah buat untuk hidangan untuk anak-anak.

Macadamia Truffles
OLEH:Noor Abdul Rahim
Sumber: Facebook

Bahan-bahan :
* 22 keping biskut Oreo - dikisar halus tanpa buang krim
* 1/2 cawan gula icing
* 1/2 cawan kelapa kering
125g cream cheese - suhu bilik
1/2 sudu kecil esen vanila
kacang macadamia secukupnya - dipanggang / disangar

200g semi sweet chocolate - dicincang (kalau guna chocolate chips, tak perlu cincang)

Cara-cara :
1. Pukul cream cheese & esen vanila hingga berkrim.
2. Masuk kan kesemua bahan bertanda * & gaul hingga sebati.
2. Bulat-bulatkan adunan menjadi sebesar guli. Leperkan sedikit & bubuh kacang macadamia ditengah, kemudian bulatkan & tutup rapi.
3. Letak kan diatas dulang. Masuk kan kedalam peti sejuk selama 1/2 jam.
4. Cairkan chocolate - cara double boiling.
5. Celupkan bebola yg telah sejuk & letak kan keatas dulang atau mangkuk kertas.
6. Masuk kan kedalam peti sejuk supaya chocolate mengeras sebelum dimasuk kan kedalam bekas & disimpan di dalam peti sejuk.


** Adunan menghasilkan 30 biji truffles
31 Januari 2014

Ikan Keli Masak Berlada

Alhamdulillah.. harini rezeki makan ikan keli. Saya ni pun bukannya pandai sangat nak masak ikan keli ni. Kali pertama buat ikan keli goreng berlada ni menjadi. Akhirnya lauk ni menjadi feberet kami sekeluarga. Meh tengok-tengok dan sila kecur ye buat penggemar ikan keli :) 
 


Ikan keli yang saya beli ni dah siap disiang. Hanya perlu cuci sebersih-bersihnya.


Saya bersihkan ikan keli dengan menggunakan air asam jawa. Bertujuan menghilangkan lendir dan baunya.


Ini pula adalah bahan tumisan di dalam kuali


Akhirnya siap.. sepatutnya gambar cili tu bewarna merah tapi dalam gambar ni tak cantik pula warnanya.


Jom tengok resepinya. Senang dan ringkas je.

Bahan-bahannya.

3 ekor ikan keli
Seulas bawang besar
3 ulas bawang putih
6 biji cili merah
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula
Minyak (utk menggoreng dan menumis)

Cara membuat.
Ikan keli disiang dan dibersihkan sebersih-sebersihnya terlebih dahulu. Boleh gunakan limau nipis atau asam jawa untuk menghilangkan bau dan lendirnya.

Kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga ikan keli garing.

Bawang besar, bawang putih dan cili merah hendaklah ditumbuk atau diblend kasar. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang diblend itu. Tumis hingga cili masak kemudian masukkan air asam jawa dan juga sedikit garam beserta gula.

Setelah semuanya sebati dan tutup api, dan tuangkan sambal itu di atas ikan keli yang telah digoreng. Siap.. dan sedap dimakan bersama nasi panas. 



25 Mac 2012

Awal lamar Scha di Popaganza

Assalammualaikum.. di Rancangan Propaganza terbitan Astro Ria ada adegan Awal Ashari melamar Scha Al Yahya.. sweet sangat. Jom tengok video di bawah yang aku copy paste dari You Tube :-)

13 Mac 2012

Keputusan Pemenang Giveaway Akhir Tahun

Assalammualaikum.. first sorry sangat-sangat kerana memang lambat giler aku umumkan nama-nama pemenang untuk Giveaway Akhir Tahun. Lambat ni bukannya disengajakan ye. Okay.. mesti ramai yang marah ni huhuhu...

Kini tiba diumumkan pemenang untuk Giveaway Akhir Tahun

12 Pemenang akan menerima seketul sabun beras setiap seorang.


10 pemenang telah memenangi top up RM5 setiap seorang


3 pemenang bertuah memenangi 5 biji Dermafal Placenta Serum Complex setiap seorang


KEPADA PEMENANG SABUN BERAS DAN DERMAFAL SILA BAGI DETAILS NAMA DAN ALAMAT UNTUK PENGHANTARAN DI RUANGAN KOMEN. BAGI PEMENANG TOPUP JUGA TINGGALKAN NO PHONE ANDA DI RUANGAN KOMEN *details anda tidak akan dipaparkan*.

Thanks a lot pada semua yang sudi menyertai dan maaf kerana lambat mengumumkan ^__^

03 Januari 2012

Giveaway telah pun berakhir

Assalammualaikum..

Nampaknya GIVEAWAY AKHIR TAHUN saya telah pun berakhir. Terima kasih kepada semua yang sudi join Giveaway ini. Saya akan update nama peserta dalam masa terdekat dan pengumuman pemenang yang bertuah akan diumumkan pada 10hb ni. Sori.. kerana tarikh umum dilanjutkan dari tarikh asal kerana saya agak bizi untuk beberapa hari ni.
01 Januari 2012

Giveaway Akhir Tahun

Assalammualaikum.. kita berada di bulan terakhir untuk 2011. Disebabkan tahun ni bisnes yang saya join sekarang ni alhamdulillah rezekinya, inginlah saya berkongsi sedikit rezeki saya dengan menganjurkan Giveaway Akhir Tahun.

Syarat-syarat giveaway ni sama seperti giveaway yang lain.


  • Buat satu entri yang simple untuk Giveaway Akhir Tahun
  • Letakkan banner ni di side bar
  • Tinggalkan link URL Giveaway di entri ini.
Tarikh tutup giveaway adalah pada 01 Januari 2012. Hadiah rasanya nak beri pada 5 orang yang bertuah. InsyaAllah jika ada rezeki lebih hadiahnya mungkin akan ditambah. Pemenang akan diumumkan pada 07.01.2012. Sila alert untuk kesemua peserta ye.

Hadiah akan dipamerkan bila2 masa sahaja
22 Disember 2011

Gemersik Kalbu Menggantikan Tentang Dhia


Assalmmualaikum.. ada tak sape-sape yang follow drama Tentang Dhia. Best kan.. geram betul tengok watak Liza Abdullah sebagai Ku Salmi mummy kepada Zikir lakonan AdyPutra. Tak sabar nak tunggu camner la endingnya nanti.

Okay.. lepas berakhirnya Tentang Dhia akan bersambung pula drama Gemersik Kalbu yang dilakonkan oleh Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani dan Khatijah Tan. Drama Gemersik Kalbu ni diadaptasikan dari novel karya novelis terkenal Anis Ayuni.

Kepada penonton setia slot Akasia, jangan lupa mengikuti kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.


Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.


Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?


Drama ini akan menggantikan Tentang Dhia bermula 02 Januari 2012 di slot Akasia jam 7.00 malam dari Isnin hingga Khamis di TV3.
03 Disember 2011

Tips Kecantikan dengan VCO Pure Oil Catalyst


Assalammualaikum.. di sini aku nak berkongsi sedikit tips kecantikan dengan semua pembaca yang membaca entry ini.

''Tips agar kulit berseri-seri di saat anda bangan tidur keesokan pagi:''

Cuci muka seperti biasa dan sapukan toner yang bersesuaian. Selepas toner kering, titiskan VCO Pure Oil pada tapak tangan, gosok-gosok dan sapu rata pada seluruh wajah termasuk bibir dan leher. Kemudian sapulah krim malam jika ada. InsyaAllah anda akan bangun dengan wajah yang lembut dan lembap.

Bagus untuk diamalkan setiap malam. Jangan lupa untuk mencuba.

Harga untuk VCO Pure Oil hanya RM39.90. Promosi untuk bulan ini hanya RM38 free postage. Berminat? boleh mesej saya di number 0127371376
21 November 2011

VCO | Minyak Kelapa Dara Catalyst


Assalammualaikum..

''APAKAH ITU MINYAK KELAPA DARA''

Minyak kelapa dara adalah adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.

Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan ke atas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Kesan Segera Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh

1. Melegakan pernafasan
mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.

2. Melawaskan pembuangan air besar dan kencing
menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis

3. Meningkatkan metabolisme pada seluruh sel tubuh
Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan (badan anda akan terasa lebih segar dan bertenaga).

4. Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisme perosak seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Oleh itu penghadaman mencapai tahap maksimum.

5. Mengurangkan keadaan mudah lapar
bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal (tidak perlu makan banyak dan kerap).

6. Mengurangkan kandungan lemak badan
berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.

7. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.

8. Mengelakkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru
mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit.

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan produk catalyst terutamanya MINYAK KELAPA DARA yang banyak khasiat dan kegunaannya bolehlah berhubungan dengan saya di SINI.
10 November 2011

Gambar Pra Perkahwinan Zahiril Adzim & Shera Aiyob

Assalammualaikum.. lagi beberapa hari je mereka berdua ni akan disatukan sebagai suami isteri. Sebelum kita tengok gambar nikah dan sanding mereka berdua ni, meh kita tengok gambar pra perkahwinan mereka.
















08 November 2011

Tanda-Tanda Kecil Kiamat Telah Lengkap


Assalammualaikum...
Gambar di atas tu jika dilihat satu persatu, tanda-tanda tu memang dah selalu kita dengar terutamanya baris pertama dan kedua tu. Marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan kita. Amin.

Daging Landak di Malam Raya


Assalammualaikum.. lama betul aku meninggalkan blog ni. Dah suam-suam kuku jadinya di sini. Korang pernah makan daging landak tak? First time aku makan masa malam rayaAidiladha baru ni. Begini ceritanya.. aku sampai rumah ibu mertua lepas maghrib. Sampai je sana ibu mertuaku dan kakak iparku sedang syok makan. Aku yang kebetulan belum makan malam lagi, join sekaki. Aku amiklah hidangan rendang dalam pinggan yang tersedia atas meja. Rasanya lain macam je

Aku: Kak.. daging apa ni? *sambil belek2 tulang*
Akak iparku: Daging ayam kampung
Aku: Oooo...


Pastu datang pula abang ipar join makan sekali. Masa tu nasi dan rendang kat pinggan aku dah habis licin.

Abang ipar: Sedap tak daging landak tu?
Aku: Aaaaa ....


Akak ipar aku punya sakan gelak dia... tapi memang betul la, adik aku pernah bagitau daging landak sedap.
04 November 2011

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2011

Assalammualaikum.. di bawah ni adalah senarai pemenang-pemenang di Anugerah Skrin 2011 yang diacarakan oleh Ally Iskandar dan juga Rozita Che Wan

Lakon Layar Terbaik Filem
Aku Tak Bodoh (Erhan Baharudin / Sujin Lee)

Lakon TV Terbaik
Sabri Yunus (Sanggul Beracun)

Videografi Terbaik
Balang Rimbun Sdn Bhd (Sanggul Beracun)

Laporan Khas / Berita Terbaik
Buletin Utama : Pengemis Terhormat

Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik
Suatu Ketika : Ep 12 (Yuen Yuet Leng)

Rancangan Hiburan Terbaik
Maharaja Lawak Akhir

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Nadiya Nisaa (Cun)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
Sidek Hussin (Karak)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
Elfira Loy (Kum Kum)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
Allahyarham Faizal Yusof (Jangan Hantar Aku Ke Neraka)

Drama Komedi Terbaik
Geng Surau (Pena Creative Sdn Bhd)

Rancangan Realiti Terbaik
Showdown 2011 : Top 12 Show

Rancangan Muzikal Terbaik
Shout Award 2010

Rancangan Bual Bicara Terbaik
Selami Jiwa : Dato' Fadzillah Kamsah

Pelakon Wanita Terbaik Filem
Eja : (Janin)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem
Remy Ishak : (Cun)

Anugerah Artis Harapan Pantene
Fazli Danial Ali (Yang Terpuji)

Pelakon Wanita Terbaik Drama
Datin Paduka Umie Aida (Airmata Nur Salina)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Eman Manan (Janji Syurga)

Pengarah Terbaik Filem
Osman Ali (Cun)

Pengarah Terbaik Drama
Sabri Yunus (Sanggul Beracun)

Anugerah Yasmin Ahmad
Shamsul Yusof

Drama Rantaian Terbaik
Juvana (Filmscape Sdn Bhd)

Filem Terbaik
Magika (Kru Studios)

Drama Terbaik
Sanggul Beracun (Balang Rimbun Sdn Bhd)
06 Oktober 2011

Gambar Majlis Pertunangan Ana Dahlia dan Chef Riz

Assalammualaikum.. jika sebelum ni entry aku adalah Pernikahan Nabil dan Zira, kini aku nak tunjukkan gambar-gambar di hari pertunangan antara Ana Dahlia dan Chef Riz iaitu anak kepada Chef Wan. Pasangan ini bakal diijabkabulkan pada 11 Disember depan. Cantiknya Ana Dahlia ni.








Kredit : AleeyaStudio
30 September 2011

Majlis Pernikahan Nabil dan Zira



Assalammualaikum..

Hanya 2 kali lafaz, Ahmad Nabil Bin Ahmad, 28 atau lebih dikenali sebagai Nabil telah bergelar suami kepada Nazirah Binti Ayub, 23 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang tadi.

Nabil segak bergaya mengenakan persalinan Wazira Zainal telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.

Nabil menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding. Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzam, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran. Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun.

Pasangan suami isteri ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertemakan Wonderland pada 2 Oktober nanti di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam. Tahniah diucapkan kepada Nabil & Zira!
Kredit Oh Bulan