Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
21 Mei 2009

Arak Halal????


Aku amik dari kotak email ni. Apa la nak jadi skang ni.



KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran , bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.
Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.
"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang
diperam)
paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran .

Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.
Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.
Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia .

Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.
"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman , Afghanistan , Palestin, Lubnan , Azerbaijan dan Australia ," katanya.

Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan,

Istak akan dieksport ke Indonesia , Thailand , Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.

Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan.
Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.






9 patah-patah kata:

Sulela berkata...

Kalau dah halal, kenapa guna perkataan arak lak? huhuhu

Apa kandungan bahan dalam minuman ni ye?

dina berkata...

aku rasa dia dipanggil khamar atau arak sebab dia diperam dari buah2an tapi tidak mengandungi alkohol...

caluk@cencaluk berkata...

kalau peram ikan pekasam leh panggil ikan arak ke ha ha

jieda berkata...

habis la kalau kilang ni ada kat johor huhuhu

gee berkata...

klu takde alkohol takleh ler mabuk kan..

caluk@cencaluk berkata...

air tapai takde alkohol mabuk gak he he

jieda berkata...

kalau sesape yang rasa nak mabuk tu minum je la air tapai -->tgk caluk jalan terhuyung hayang

dina berkata...

nape diorang tak cakap 'air buah' je kan? takde kena mengena dgn arak...

Nurul Afifah berkata...

bkn arak la kan kalu xde alkohol tu?