Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
14 Mei 2009

Pegaga La Pulak

Pokok pegaga yang ditanam di dalam pasu

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.

Antara khasiat lain pegaga adalah:

  • penawar alahan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit
  • menurunkan tekanan darah

Rasa daun pegaga ni agak kurang sedap tapi nak awet muda punya pasal, aku kunyah je dengan menahan nafas.

4 patah-patah kata:

Nursuzry berkata...

weh! pegaga ni klu makan mentah sedap woooo. klu makan ngan asam pedas lg sedap....

jieda berkata...

Pegaga ni aku tak berapa suka.Waktu dalam pantang dulu pun paksa diri makan pegaga ni.Tapi pegaga memang senang tanam.Lagi satu dia cepat sangat merebak.

Nursuzry berkata...

mmg pun cepat merebak. dulu masa aku ddk kuartes upm. abis pegaga aku ni kena makan ngan arnab. mmg awek muda la arnab tu hehehe

Sulela berkata...

Ngaaa...tak suka la rasa dia...hehehe. Tapi buleh turunkan tekanan darah ye. Ni baru aku tahu. Nanti nak habaq kat mak mentua aku. Dia baru kene tekanan darah tinggi. Good posting, Jieda...

Patut la Su awet muda ek...ahahahaha