Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
18 September 2009

Insiden Semalam

Masa kat opis, aku dapat satu bungkusan dari courier. Dalam bungkusan tu mengandungi baju melayu husband dan Irfan serta baju kurung Balqis. Hisshhh...memang tak sabar nak balik rumah, nak pakaikan kat dorang. Bila dah testkan kat anak-anak, kecewanya sebab baju yang dijahit terlalu besar. Hmm...ukuran yang aku bagi salah ke atau tukang jahit yang salah jahit huhuhu. Petang semalam juga aku ajak husband buka kat luar sebab nak cari baju ganti untuk anak-anak. Akhirnya dapat juga la cari baju tapi tak syoknya kaler baju anak dan ayah tak sama. Sorang hijau muda, sorang lagi hijau pekat huhuhu.

Kejadian masa berbuka pulak. Kitorang sekeluarga makan kat KFC di Tesco Kulai. Ini lah pertama kali sepanjang puasa kitorang berbuka kat luar. Masa tengah makan tu Balqis memang tak reti duduk diam. Kejap-kejap dia menghilang. Dalam masa yang sama aku perhatikan jugak takut terlepas dari pandangan. Sedang aku berbual ngan husband, mata aku melilau mencari Balqis. Sah!!! dia takde dalam KFC tu. Aku dah panik jap. Apalagi..aku keluar dari KFC, tanya gak dengan orang keliling. Masing-masing tak nampak. Hisshhh...rasa cam nak gugur jantung. Macam-macam yang aku pikir. Nasib baik dalam Tesco tu tak ramai orang. Senang sikit nak cari. Kemudian, aku nampak husband menuju ke tempat permainan kanak-kanak dan dalam masa yang sama Balqis berlari ke arah ayahnya. Fuhhh...baru la lega rasa hati. Bayangkan la KFC tu hujung sebelah kanan, tempat mainan tu hujung sebelah kiri. Punya la jauh Balqis berjalan.

2 patah-patah kata:

azieazah berkata...

Aduhhh.. sabo je lah... Maklum ler anak tu ler nyawa kita... Lain kali kena lebih berhati-hati...

Jieda berkata...

terima kasih la atas peringatan akak