Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
10 September 2009

Pemberian Dari Anyss

Ini sebenarnya rantai tangan yang diberi oleh Anyss kepada aku masa Anyss pegi Kota Kinabalu haritu. Thanks anyss. Lain kali beli lagi hahaha. Memang comel sangat rantai tangan tu. Ada mutiara yang berwarna pink sebanyak 5 biji tapi sayang seribu kali sayang tak muat bila aku pakaikan kat pergelangan tangan aku yang comel ni huhuhu. Kemudiannya aku pakaikan kat tangan Balqis, besar la pulak. Tiba-tiba tercetus idea pakaikan kat kaki Balqis. Haaa...muat pun. Nampak gayanya dari rantai tangan terus bertukar menjadi rantai kaki. Dapat la anak dara aku melaram dengan rantai kakinya di pagi raya nanti.




Masa aku nak bukakan rantai kaki ni dan nak simpan di tempat yang sepatutnya, puas aku mengejar Balqis satu rumah. Dia taknak buka sebab aku dah kata ''Cantiknya kaki Balqis''. Dia perasan la tu bila mama dia ni puji harharhar

3 patah-patah kata:

dina berkata...

hehehee... anak aku pun sibuk nak rantai kaki... aku cakap, tak baik pakai rantai kaki... dia nak loceng2 punya. hehehe... tah mana aku nak cari rantai kaki utk budak2... ni timbul le idea beli rantai tangan utk org dewasa pakai kat kaki budak...

anyss berkata...

Ain nak pakai rantai kaki macam Balqis gamaknyee tu

azieazah berkata...

Comelnyerrrr....