Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

15 Julai 2011

Daun Saderi (Ulam-Ulaman)

Assalammualaikum.. hari khamis lepas aku terbaca pasal daun-daun yang biasanya dicampurkan ke dalam masakan untuk membangkitkan aroma dan menambahkan lagi kelazatan masakan itu. Jadi aku rasa nak sharelah dengan pembaca sekalian tentang info, fungsi dan kandungan khasiat yang terdapat dalam daun-daun tersebut. Ada 4 jenis daun yang nak aku sharekan. Kita mulakan dengan daun yang pertama daun SADERI @ SUP


Daun saderi juga dikenali daun sup tergolong dalam kategori ulam-ulaman. Justeru, ia lebih sedap dimakan mentah dan sering dijadikan hiasan atau pelengkap hidangan. Rupa bentuk daun saderi seperti daun ketumbar atau hampir sama dengan daun pasli. Di Malaysia, daun sup berfungsi sebagai perangsang selera. Bau daun saderi tidak begitu kuat seperti daun ketumbar tetapi masih mampu membangkitkan aroma sajian apabila ditaburkan di atas makanan itu. Sesetengah berpendapat, daun ini mempunyai rasa yang hampir sama denga daun pasli.

Daun saderi Asia lebih halus, bewarna hijau gelap dan mempunyai rasa lebih kuat berbanding daun saderi dari Barat yang lebih tebal dan bewarna hijau terang dan selalunya dicampurkan ke dalam sup atau kuah sos bagi meningkatkan rasanya. Antara kelebihan daun ini ialah mengandungi kandungan protein yang banyak dan dikatakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Daun saderi juga dipercayai sebagai sumber makanan yang boleh meningkatkan ransangan seksual kerana emngandungi sebatian androstron iaitu sejenis hormon tanpa bau yang biasanya terhasil melalui peluh lelaki. Hormon ini dikatakan mampu membuat wanita terangsang.

Selain itu, saderi juga dapat mengubati keracunan yang berpunca dari jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracunan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia. Kandungan garam galian dalam saderi memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

pssstt... nantikan daun seterusnya


4 patah-patah kata:

Unknown berkata...

kalau mak huda kan kak, dia suka masuk dalam sup :) buat ulaman huda x reti makan :)

Jieda berkata...

sama la..akak masak pun letak je dalam sup.tak reti nak dimakan begitu saja he3

eima berkata...

tanam sendrik ke ... tak penah wat sup bubuh daun nih...

Jieda berkata...

eima ~ tak tanam pun pokok ni.Try la letak daun ni dalam sup.Sedap.