Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

10 September 2009

Popia

Aku nak sambung citer masa aktiviti balik Melaka haritu. Sebelum ni aku ada beli serunding daging yang aku import dari Kedah. Aku beli ngan RM40 sekilo. Murah la tu. Kat sini tak dapat la harga camtu. Aku bawa balik kampung cuma 1/2 kilo je.

Ini la rupanya serunding daging itu

Cadangan asalnya aku nak buat popiah untuk hari raya nanti. Pagi Ahad tu jugak aku pegi cari kulit popiah. Merujuk kepada gambar di bawah: Serunding daging diletakkan di penjuru kulit popia.


Untuk aku yang pertama kali buat memang terkial-kial nak gulungkan popia tu. Bagi aku leceh jugak nak menggulung ni. Aku sarankan adik aku belajar buat yang simpul. Merujuk kepada gambar di bawah: Hasil popia yang berjaya ku gulung. Ada yang gemuk, ada yang kurus, ada yang pendek, ada yang panjang. Pendek kata semua ada la hehehe.


Akhir kata buat yang simpul lagi senang dari yang gulung sebabnya kalau buat yang simpul kita akan jimat masa dan tenaga hahaha. Fakta berdasarkan apa yang aku buat. Merujuk kepada gambar di bawah: Popia yang berjaya disimpulkan.


Untuk penghabisan antara gulung dan simpul, simpul la yang menjadi pilihan kami adik beradik hehehe. Aku tak dapat nak attach gambar yang dah digoreng sebab masa goreng tu aku sedang bersiap-siap nak balik Johor. Balik lagi sekali nanti baru aku akan ambil popia simpul yang dah siap digoreng itu.

6 patah-patah kata:

dina berkata...

wahahaa... meh le sekilo sedekah kt aku bulan posa ni... dapat pahala

anyss berkata...

Hu hu hu simpul, jangan x simpul!
Jom wat kuih siput ....

Jieda berkata...

dina --> cepat..hantar balang kat aku

anyss --> lepas ni memang nak belajar menyiput pula harharhar

Maiyah berkata...

salam.. kalo akak suker popia yg goreng

pecinta_Islam berkata...

popia goreng dngn yg x goreng mana lg best ye.hehe

dian berkata...

jadi laperrr...
ingat masakan idul fitri di kampung halaman :(
salam