Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
24 Ogos 2011

Sinopsis Filem Hantu Bonceng


Assalammualaikum.. bagi peminat-peminat Zizan Raja Lawak bolehlah saksikan lakonannya dalam filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham yang akan ditayangkan di pawagam pada 31 Ogos ini. Aku dah tengok making of Hantu Bonceng ni dan ceritanya kelakar. Aku rasa yang buat kelakar ni watak Zizan dalam cerita tu dan ditambah pula dengan memek muka Zizan. Irfan dah sibuk ajak pergi tengok wayang raya ni tapi kalau pergi wayang di hari raya ni memang tak pergilah, tunggulah rasanya nak amik pakej Astro First je. Oppss.. banyak pula membebel ye, meh tengok sinopsis cerita ni

Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran.

Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng




1 patah-patah kata:

cik sue ;) berkata...

mcm best. da tu zizan lak. kene tengok ni.