Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

01 Januari 2015

Selamat Menyambut 2015

Alhamdulillah.. masih diberi nafas untuk merasai tarikh 01.01.2015. Tahun 2014 terlalu banyak kenangan pahit yang datang samaada pada diri sendiri ataupun negara kita Malaysia. Semoga dengan kehadiran 2015 membawa kegembiraan pada semua. Apa azam saya tahun ni ye??? hmm.. nak mula rajin update blog la.



20 November 2014

Bersiap sedia

Assalammualaikum.. renungan bersama untuk diri yang terleka agar tersedar semula.




19 November 2014

Khasiat Air Kelapa Muda

 Assalammualaikum.. harini rajin pula nak buat entry :). Kali ni nak share berkenaan khasiat kelapa muda.




KHASIAT AIR KELAPA MUDA

1. Membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

2. Boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

3. Membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.

4. Membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.

5. Mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Boleh juga dijadikan minuman tenaga.

6. Merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

7. Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.

8. Boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

9. Meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

10. Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

11. Membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

12. Membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

13. Membantu merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

14. Membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.

**sedapnya kalau dapat minum air kelapa ketika cuaca panas terik, segar rasanya**

Ubahsuai Dapur

Harini nak tunjukkan entri bergambar je. Gambar di bawah boleh dijadikan rujukan bagi sesiapa yang bercadang untuk mengubahsuai ruangan dapur. Cantik pula gabungan hijau dan putih ni.










Kalau gini la dapurnya, pasti kita akan rajin ke dapur :)




 
18 November 2014

Macadamia Truffles






Assalammualaikum... nampak sedap pula Macadamia Truffles ni. Resepi dah ada, bahan-bahannya pun dah dibeli. Apa tunggu lagi... bolehlah buat untuk hidangan untuk anak-anak.

Macadamia Truffles
OLEH:Noor Abdul Rahim
Sumber: Facebook

Bahan-bahan :
* 22 keping biskut Oreo - dikisar halus tanpa buang krim
* 1/2 cawan gula icing
* 1/2 cawan kelapa kering
125g cream cheese - suhu bilik
1/2 sudu kecil esen vanila
kacang macadamia secukupnya - dipanggang / disangar

200g semi sweet chocolate - dicincang (kalau guna chocolate chips, tak perlu cincang)

Cara-cara :
1. Pukul cream cheese & esen vanila hingga berkrim.
2. Masuk kan kesemua bahan bertanda * & gaul hingga sebati.
2. Bulat-bulatkan adunan menjadi sebesar guli. Leperkan sedikit & bubuh kacang macadamia ditengah, kemudian bulatkan & tutup rapi.
3. Letak kan diatas dulang. Masuk kan kedalam peti sejuk selama 1/2 jam.
4. Cairkan chocolate - cara double boiling.
5. Celupkan bebola yg telah sejuk & letak kan keatas dulang atau mangkuk kertas.
6. Masuk kan kedalam peti sejuk supaya chocolate mengeras sebelum dimasuk kan kedalam bekas & disimpan di dalam peti sejuk.


** Adunan menghasilkan 30 biji truffles