Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

30 Oktober 2009

Mimpi

Pagi tadi masa bersiap nak pergi kerja, en husband cerita dia mimpi beli minyak wangi baru. Mimpi aku pulak, aku beli minyak wangi tiga botol dan aku susun berderet kat satu tempat. Kemudian datang Balqis, dia ambil minyak wangi yang tengah dan terus dia curahkan ke lantai. Kebetulan pulak mimpi kitorang benda yang sama. Apa la maknanya ye? Kalau korang tau mungkin boleh share kat sini. Rasa suspend jugak ni.

Cili Jeruk


2 malam lepas aku sempat buat cili jeruk. Cili jeruk yang aku buat ni aku cuma gunakan cili hijau dan cuka. Pastu masukkan kedua bahan ni ke dalam bekas kaca dan aku biarkan selama 2 hari. Pagi tadi aku bawak gi opis sebab nak dimakan dengan mihun goreng. Nyumm..nyum..sedap.
28 Oktober 2009

Kek pulak

Aku ni dah lama bercadang nak buat kek tapi malas nak buat. Malam tadi baru kerajinan aku datang, itu pun setelah tengok kek kukus hawflakes dari blog kak watie telah menaikkan semangat aku. Dengan rasminya malam tadi aku pun buat kek 3 kaler.

Nak citer sikit ni. Kek tu sepatutnya dibakar selama satu jam pada suhu 180 darjah celcius. Tak silap aku dah hampir satu jam jugak aku menunggu tapi bunyi menandakan masa dah habis pada oven tu tak berbunyi. Aku pegi la tengok rupa-rupanya kepanasan oven tu terhenti lagi 20 minit masa nak habis. Laaa...rosak ke oven aku tu huhuhu...puas aku godeh lampu power tu taknak nyala. Last-last suhu tu aku naikkan ke 200 darjah celcius baru la lampu power tu menyala dan aku teruskan juga masak kek tu. Alhamdulillah...jadi jugak kek aku dan gambar di bawah menunjukkan aku berjaya membuat kek.


Mula-mula butter dengan gula halus diputar hingga kembang.


Adunan setelah dimasukkan tepung


Adunan dibahagi kepada tiga kaler.


Kek yang telah siap dimasak.

Spaghetti

Sejak aku balik dari open house rumah kawan aku pada raya yang lepas, tekak ni asyik teringin je nak makan spaghetti. Jadinya jumaat lepas aku ajak en husband pegi tesco semata-mata nak cari bahan buat spaghetti. Alhamdulillah...tercapai hajat nak makan spaghetti. Malam ni insyaAllah nak buat lagi.

Bahan-bahan

Spaghetti (agak-agak le nak banyak mana)
450gm daging cincang
2 tin sos spaghetti jenama KIMBALL
tomato (dicincang)
capsicum merah (dicincang)
1 atau 2 keping cheese (keping)
sedikit serbuk lada hitam

Cara membuatnya

Spaghetti tu rebus la seperti biasa.
Kemudian masakkan dulu daging cincang, ala kacau sikit-sikit udah le
Pastu masukkan sos spaghetti, tomato, capsicum merah dan sedikit serbuk lada hitam dan cheese.
Kacau dan renehkan.
Bila cheese tu dah sebati dengan sos boleh la ditutup api.
Pastu siap dan boleh la dihidangkan.

Senang je nak buat ni.


P/S: Sos spaghetti KIMBALL ni aku amik yang ada mushroom dan aku rasa KIMBALL ni lagi sedap dari PREEGO.

Manual Kitchen Compost

Pagi tadi masa tengok MHI aku berminat dengan satu iaitu pengkomposan sisa dapur. Kalu sesiapa yang follow MHI pagi tadi aku rasa korang tau apa ni. Sampai opis aku search kat google dan ini websitenya kalau korang nak tau. Klik di sini BioSense.

Produk ni boleh dijadikan kompos organik dengan cara menggunakan sisa makanan kita yang terdapat kat dapur. Contohnya kalau ada makanan yang tak habis ataupun perut ikan ke, ayam ke pun boleh digunakan. Caranya masukkan sisa makanan ke dalam container yang disediakan oleh biosense pastu masukkan pula biocatalyst. Bila dah penuh container tu tutup rapat-rapat pastu biarkan je. Masa yang diambil untuk sisa makanan tu menjadi kompos organik hanya 7 hari je. Biasanya sampah yang kita buang kan akan berbau tetapi bila menggunakan bio kitchen compost ni jangan risau la memang tak akan berbau. Ni info yang aku dapat sikit dari apa yang aku tengok kat MHI tu.Inilah container dan biocatalyst

Info kaedah-kaedah bio kitchen compost korang klik kat sini.



Sebenarnya bagus jugak product ni dicipta kerana dapat memelihara alam sekitar.

Berhati-hati ketika melintas

Jom..layan video ni.


27 Oktober 2009

Cermin mata

Berminggu-minggu lepas ada salesman cermin mata datang kat tempat kerja. Dorang promote cermin mata dan harga yang ditawarkan dalam pakej. Paling murah pakej yang ditawarkan RM120. Harga asalnya RM320. Aku ni pula saje suka-suka tengok cermin mata tu. Asalnya nak tengok power mata aku ni dah naik ke berapa ratus. Tak plan pun nak beli baru maklum la cermin mata lama pun masih elok dan terang. Test punya test aku pun terjebak beli. Ni semua gara-gara member aku cakap cermin mata yang aku pilih tu ngam ngan aku. Okay la... apa lagi aku beli pakej yang paling murah iaitu RM120. Masa test tu power mata aku kiri dan kanan cuma 125 sedangkan sebelum ni power mata kiri 175 dan mata kanan 150. Aikkk...dah turun ke?

So, minggu lepas aku dapat cermin mata tu. Pastu masa kau turun kantin, aku bercerita pasal cermin mata ni ngan budak store, pastu dia tanya dah claim ke subsidi cermin mata. Seingat aku kalau beli cermin mata untuk pertama kali company memang ada sediakan subsidi cermin mata. Pastu kali kedua hanya lense sahaja. Kalau beli lagi lepas-lepas tu memang dah takde claim lagi. Apalagi bila naik opis terus aku call HR. Rupa-rupanya setahun sekali boleh claim cermin mata dan maksimumnya RM120.

Haaa....apalagi, terus aku isi form claim subsidi. Untung..untung... umpamanya aku beli cermin mata tu FREE. Kalau camni, nampaknya tiap-tiap tahun la aku tukar cermin mata.


Cermin mata lama yang masih kupakai.

Cermin mata baru. Sayang pulak nak pakai.

23 Oktober 2009

Dinner Malam Tadi

Malam tadi ingatkan nak masak daging masak merah. Nak tiru dari blog ieta tapi disebabkan daging tu masih keras, aku masak hujung minggu ni je la. Buka kabinet nampak pulak sardin dalam tin. Apalagi.... gambar di bawah ni la hasilnya. Korang layan je la gambar lauk aku malam tadi.

Sardin masak kicap. Senang dan ringkas.

Sambal belacan sebagai pembuka selera.

Ada juga hirisan timun sebagai ulam.
Selamat menjamu selera hehehehe.......
22 Oktober 2009

Kreatif

Nampak macam real kan?? Sedangkan lukisan ini dilukis atas jalan je.
Selamat menjamu mata hehehe



Gambar ni ditujukan khas untuk caluk hahaha
20 Oktober 2009

Cara nak nampak perabot lama seperti baru

Aku nak kongsi ngan korang petua nak nampak perabot kayu korang macam baru dibeli walaupun perabot tu dah lama. Caranya camni, korang beli minyak kelapa (aku beli kat kedai india) opppsss...bukan minyak tanah atau minyak masak ye dan sediakan kain yang bersih. Pastu curahkan minyak kelapa tu kat kain bersih. Jangan pulak korang tuang satu botol pulak. Nanti cepat habis. Agak-agak je la. Haa...apalagi, gosok la kain tu kat perabot kayu korang. Confirm akan nampak perubahan. Begitu la yang aku lakukan setiap tahun sampaikan raya tahun ni kawan aku tanya ''ko beli kabinet baru ke?''. Senang je kan. Lain kali korang cuba la. Petua ni pun sebenarnya aku dapat dari majalah.
19 Oktober 2009

Huhuhu...astro aku kena potong

Pagi semalam tengah syok-syok aku tengok Raja Lawak Musim Ke2 (ulangan) tiba-tiba astro aku kena potong. Hampeh betul. Puas aku pikir, aku tak bayar bil ke? rasa-rasanya cam dah bayar. Nak telefon astro kredit habis la pulak. Bergegas aku cari top-up kat 7E. Aku call astro time tu jugak dan dorang boleh cakap aku kekurangan bayar.

Citernya begini. Bulan lepas memang kebetulan aku bayar lambat seminggu. Pastu ada la sorang mamat astro call inform aku kena bayar RM95. Okay la..itu takpe dan aku pun bayar RM100. Tup..tup..semalam dia potong sebab aku kekurangan bayar RM32.42. Hmmm..apa lagi memang aku mengamuk gak la ngan orang astro tu. Lain kali inform la awal-awal berapa yang sepatutnya aku kena bayar. Ini tak... menyusahkan betul. Disebabkan semalam astro aku dah kena potong, untuk bill akan datang dorang charge RM20 kerana penyambungan. Pasal tak pasal aku kena bayar extra RM20 pulak.

Sebenarnya sebelum ni astro aku pernah kena potong sekali tapi dalam statement takde pun ditunjukkan charge RM20 (penyambungan semula). Aku tak amik kisah la. Tiba-tiba lain pulak jadinya. Adakah ni trick dorang nak suruh bayar lebih. Hampeh betul.
16 Oktober 2009

Selamat Tinggal Angka 2

Kenapa aku ucapkan selamat tinggal angka dua ye? Sebabnya pada hari ini aku telahpun berusia 30 tahun tepat pukul 7 pagi tadi. Dan aku kenalah lebih mematangkan diri dalam menguruskan diri, rumahtangga dan juga dengan keadaan sekeliling. Hmmmm... sape nak aku belanja, angkat tangan hehehe

Marhaban Yaa Marhaban

Tahun ni seperti tahun yang sudah-sudah sekali lagi marhaban perempuan di taman aku diadakan bermula dari hari Isnin lepas dan berakhirnya malam tadi. Kira-kira tahun ni yang ambil marhaban 37 buah rumah. Makin tahun makin bertambah yang join marhaban ni. Marhaban di rumah aku pada malam kedua. Aku cuma hidangkan sandwich dan kuih muih je beserta teh o sebab kitorang dah diberitahu jangan buat makanan yang agak berat. Maklum la..kalau setiap rumah makan, nampak gayanya tengah malam baru habis. Itupun hari pertama marhaban aku sampai kat rumah pukul 11.57 malam. Penat memang penat tapi seronok kerana meriah.

Malam tadi barulah kitorang makan besar. Collect sorang RM10 dan makan beramai-ramai.

Menu yang ada ialah:
Nasi impit
Serunding daging+kelapa
Sayur goreng
Sambal kacang
Kari ayam
Kuih muih
Rojak
Soda Bandung
Kopi

Yang bestnya masa penutup tu kitorang dijamu dengan paluan kompang. Sampaikan orang yang tinggal kat apartment depan terjenguk-jenguk tengok hehehe....

Ini adalah antara gambar yang dapat aku snap sebelum handphone aku kehabisan bateri huhuhu

Kak Ros (bertudung pink) sedang khusyuk mendengar paluan kompang

Anak sape la yang sedang hisap botol

Masa kompang dipalu budak yang baju biru tu pun sibuk berjoget

Makanan yang dihidangkan

Bapa-bapa sedang berkompang

Anak kawan aku

Sabtu lepas aku pergi ke rumah kawan lama dan juga rumah anak saudara suami aku. First, aku pegi rumah kawan aku sebab berdekatan ngan rumah. Kawan aku tu pulak ada anak kecil yang berumur setahun dua bulan. Comel sangat. Aku dukung la budak kecil tu sebab budak tu nampaknya berminat dengan aku. Kesian Balqis, masa aku dukung tu dia terus pergi kat luar. Merajuk la tu. Puas aku pujuk. Hishh..macammana kalau Balqis ada adik hehehe. Okay...sambung citer. Masa aku dudukkan budak kecil tu aku terperasan dada dia yang agak berlainan seperti orang normal. Dadanya nampak berbonggol dan pernafasannya seperti orang semput. Kalau tak aku memang tak perasan keadaan dia camtu sebab masa tu dia tak pakai baju. Budak tu tak nampak pun macam orang sakit, aku pun tanya la kat kawan aku tu ''kak, anak akak ni ada semput ke''. Aku rasa kawan aku tu tau apa yang aku nampak dan terus dia cakap ''dia ada masalah jantung dan takde limpa''. Terkejut dan bercampur dengan perasaan kesian kat budak kecil tu.

Sebenarnya budak kecil tu bukanlah anak kandung kawan aku tu tetapi anak angkat yang di ambil dari keluarga cina. Apa yang diberitahu kat aku mak kandung budak kecil tu taknakkan anak dia sebab dia nakkan anak lelaki tetapi yang lahir adalah perempuan. Kebetulan kawan aku ni memang takde anak terus dia ambil budak tu lepas 2 hari dilahirkan. Kesian kat budak tu.... apa la salah dia sampaikan mak kandung tak terima kelahirannya ke dunia.

P/S: aku terlupa la nak snap gambar budak kecil tu huhuhu
15 Oktober 2009

Fantasi Pemandu Teksi

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

2 perkara yang agak mengejutkan

Jumaat lepas aku dapat berita anak kawan abah aku, kebetulan tinggal setaman dengan aku cuma fasa yang berlainan meninggal kerana kemalangan jalan raya. Dengar ceritanya masa kejadian tu si arwah nak pegi kerja lebih kurang pukul 8.30 pagi. Mengikut kata saksi yang nampak, arwah tu dilanggar oleh van yang dipandu seorang lelaki india yang sedang mabuk sebab sebelum tu saksi nampak van tu dipandu laju dan jalan pun sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Lepas je india mabuk tu langgar, dia tak turun tolong pun tapi terus pecut vannya. Arwah ni pula sempat bangun dan minta tolong dengan orang sekeliling tapi tu la ajalnya telah tiba, arwah meninggal dunia di hospital. Innalillah...semoga rohnya di tempatkan di antara orang-orang yang beriman.

Pada keesokan harinya pula aku dapat berita suami jiran yang duduk setaman dengan aku putus jari manisnya kerana tersepit kat lori masa dia nak turunkan barang-barang. Kesian juga bila aku dengar.
09 Oktober 2009

Bahaya makan sotong kering

Kepada sesiapa yang suka makan sotong kering, mungkin info di bawah berguna untuk korang tahu.

Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,' ' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

08 Oktober 2009

Gambar apa tu???


Agak-agak korang gambar apa yang aku tepek ni ye? Haa...tak payah la korang meneka. Buat penat je nak fikir gambar apa tu.

Itu adalah sebahagian dinding rumah aku. Cantik betul lukisan abstrak anak pompuan aku tu kan. Macam-macam kaler ada. Pada mulanya tahun ni aku plan nak cat rumah. Nak tukar dari kaler kuning ke kaler hijau tapi aku diberi dua pilihan oleh suami aku samaada nak sofa baru atau nak cat rumah. Huhuhu...last-last aku buat pilihan beli sofa baru. Aku sayang kat sofa lama tu maklum la aku beli dengan duit hasil titik peluh aku tapi apakan daya sofa lama aku tu dah uzur bebenar. Selamat tinggal sofa lamaku.

Sofa warna biru kat belakang tu la sofa lama aku.

Oppsss...sambung balik citer pasal dinding yang diabstrakkan. Sebenarnya dinding tu baru jugak di cat. Tak silap aku dalam tahun 2007 sebelum aku pindah rumah. Tapi tu la...dah puas aku ajar Balqis conteng kat dalam buku, kertas tapi pelik betul la, dinding jugak yang jadi pilihan. Nasib ko la dinding oiiii. Yang bagusnya dinding tu di balik pintu, jadinya kalau pintu dibuka takde la orang perasan sangat hehehe...

Masa aku kecik-kecik dulu aku pernah kena bantai ngan abah aku gara-gara dinding rumahnya berconteng. Sakit tau. Sape lagi punya kerja kalo bukan aku hehehe... nakal betul. Jadinya..tau la korang kan Balqis ni ikut sape dalam bab conteng menconteng ni. Sebab tu aku tak la marah sangat tapi dalam hati geram je.
07 Oktober 2009

Lauk Semalam

Semalam aku terpaksa ambil Casual Leave kerana Balqis demam, dan betapa rajinnya aku semalam kerana aku masak daging asam pedas. Sebenarnya dah lama aku teringin nak makan daging asam pedas ni. Disebabkan dalam peti masih ada lagi balance daging yang aku beli masa hari raya haritu, tanpa berlengah terus aku masak. Jeng..jeng..jeng... ni la hasilnya. Yang paling best suami aku puji masakan aku. Bukan apa..suami selalu komplen, bila aku masak asam pedas tak kira la ikan ke ayam ke mesti dia akan cakap ''zida ni kalau masak 10 kali asam pedas rasanya mesti tak maintain''. Hisshh.....sedih tau. Mentang-mentanglah aku ni bukan pakar masak. Haaa.... kali ni baru la tak dengar rungutan dari mulutnya hehehee... kalau keluar jugak memang lain kali aku suruh dia masak. Biar aku pulak yang jadi tukang komplen.


Haaa...gambar bawah ni memang salah satu feberet aku. Kalau aku makan memang tak toleh kiri kanan la. Untuk pengetahuan korang, dalam gambar di bawah ni namanya CENCALUK yang diimport dari Melaka. Cencaluk ni aku cuma perahkan asam limau tapi kalau nak sedap tambah je cili padi kat cencaluk tu. Dalam gambar ni takde cili padi sebab dalam peti dah kehabisan stok tapi apapun bedal je la. Tetap sedapppp.....


Sape yang tak pernah cuba makan tu..cuba-cuba la. Gerenti puas hati.

Gambar Siput

Masa balik kerja kelmarin ketika aku berjalan dengan penuh keanggunan ke park kereta, aku ternampak si siput ni sedang berjalan dengan penuh kesopanan. Nasib baik la aku tak terpijak ko ye siput. Panjang umur ko.. lalu dengan sengajanya aku snap gambar siput ni untuk aku abadikan dalam blog aku hehehe...

Glamour ko ye siput. Gambar ko masuk internet.

MOOD.. Di manakah ko menghilang?

Semenjak dua menjak ni aku malas betul la nak update blog. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab takde aktiviti menarik yang nak aku citerkan kat sini. Kini...aku lebih suka terjah dan baca blog kawan-kawan atau blog orang lain. Huhuhu...mana la mood aku menghilang ni.
01 Oktober 2009

Citer Raya Tahun Ni

Malam raya haritu, aku balik rumah MIL. Sepatutnya turn aku beraya kat kampung bersama ngan abah dan adik-adik tapi disebabkan malam raya tu rumah MIL aku hanya dia sorang je yang ada, aku bertukar fikiran..biar la malam raya tu aku sekeluarga temankan dia. Sempat la jugak aku masak ayam gulai jawa. Naib baik la jadi. Itupun aku refer kat majalah SAJI hehehe... Aku ni bukannya reti masak pun. Setakat masak air..aku memang terror.

Aku suka kalau pagi raya kat rumah MIL aku sebab tetamu tak akan putus datang. Maklum la, suami aku keluarganya besar. Masa ni la dapat jumpa anak sedara, ipar duai. Kekadang tu sedara mara yang aku tak kenal pun datang berkunjung. Pendek kata memang meriah la pagi raya kitorang.

Dah selesai beraya rumah sanak sedara, aku cadang nak balik melaka malam raya pertama tu tapi tak jadi sebab suami aku kepenatan. Maklum la pergi mana-mana dia yang drive. So, pagi raya kedua baru bertolak balik melaka. Sampai melaka pula... turn beraya rumah sedara mara belah aku pulak. Malam tu pulak memang aku tak sangka, member sekerja aku dari KL datang beraya ke rumah. Hisshhh...malu. Maklum la last aku jumpa tahun 2004 masa aku kena gi training kat KL.

Raya ke empat aku bertolak balik Kemaman Terengganu. Rumah tok umi. Suami aku tak pergi sebab raya keempat tu dia dah start kerja. Sampai Kemaman, ingatkan nak tido semalam je, kemudian lagi semalam nak tido kat rumah pak ngah aku di Kuantan pula tapi dihalang oleh tok umi aku. Maknanya 2 malam la aku tido kat kemaman. Tak kisah la tu. Bukan selalu pun dapat jumpa. Hilang rindu.

Aku balik Johor raya ke 7. Lepas ni sambung beraya rumah jiran dan kawan-kawan kat sini pula.
Raya tahun ni yang buat aku rasa best sangat sebab aku dapat jumpa kawan-kawan sekolah yang dah hampir 13 tahun tak jumpa. Mana taknya masing-masing lepas sekolah bawa haluan sendiri. Tahun ni ada kesempatan berjumpa. Bila dah jumpa tu...masing-masing citer pasal kenangan silam.