Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

31 Disember 2009

31/12

Haa... hari ni pula adalah harijadi adik bongsu aku. Skang ni umurnya 17 tahun. Baru habis SPM beberapa minggu yang lepas. Hanya aku dan dia ni la adik beradik pompuan. Lagi tiga orang tu semuanya lelaki. Haritu aku rasa sedih gak bila dapat tau dia terpilih ke PLKN. Nanti kang dalam masa tiga bulan ni aku balik kampung, kurang la kemeriahan kat rumah tu. Apapun... Hepi Besday la untuk ko ye Farhana Bt Mahadi dan pandai-pandai la jaga diri. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.

Besday BaLQis & IrFaN

Pada 29.12.2006 tepat 12.05 pagi Balqis selamat dilahirkan. Alhamdulillah...masa aku melahirkan Balqis tak sesusah mana cuma yang aku rasa ngeri bila teringatkan ada sikit uri Balqis yang tertinggal kat dalam rahimku dan dengan kepakaran nurse yang senior kat situ uri tu dapat juga dikeluarkan walaupun masa tu aku rasa cam nak sepak je nurse tu. Sakit laaaa. Rasa cam serik je nak beranak lagi hehehe. Pada 29.12.2009 genaplah umur Balqis 3 tahun. Dah besar anak mama. Aku cuma belikan pizza yang baru dan kek kat SR. Disebabkan Irfan dilahirkan pada 01.01, aku sambut sekali untuk dua beradik tu. Save sikit budget.

Kek Indulgence yang menjadi pilihan


Masa ni Balqis tak nyempat-nyempat nak potong kek


Pizza baru yang cheesy bite


Balqis bersama pakcik kesayangannya.Adik aku yang no 4

Family Day

Aku nak mulakan n3 aku petang ni dengan family day. Pada 25hb yang lepas company aku buat family day kat sini je. Takde nya nak pegi jauh-jauh. Untuk tahun ni, bagi aku okay je la. Nak tau apa yang aku dapat untuk lucky draw. Aku dapattttt DVD. Jenamanya ntah apa-apa je tapi okay la. Bersyukur la dengan apa yang dapat huhuhu... Baju kitorang tahun ni hitam merah. Tak banyak pun gambar yang diambil. Aku kebizian di masa itu.

Irfan tgh tensen tu sebab dia tengah makan tapi ditarik oleh mamanya suruh masuk game

Terror ke Balqis main gelung tu
30 Disember 2009

Takde tajuk

Hmmm.. sunyinya blog ni tanpa n3 yang terbaru. Sebenarnya banyak gak yang aku nak update kat blog ni. Pasal family day yang lepas, besday balqis dan irfan. Ada juga gambar-gambar yang aku nak letak kat sini tapi sayangnya kamera aku kehabisan bateri la huhuhu... bila senang-senang la ye aku update blog ni. Sekarang ni aku nak buat kerja dulu.
23 Disember 2009

Kerabu Sotong

Bewarna warni kan

Hari sabtu lepas aku buat kerabu sotong. Aku memang suka kerabu sotong ni. Tak silap aku dah 4 kali jugak la aku buat. Apapun memang sedap.Aku lebihkan air perahan limau nipis sebab aku suka masam-masam. Kat bawah ni aku sertakan resepinya..manalah tau kut kut ada orang nak cuba. Resepi asalnya aku ceduk dari resepi kak hanieliza.

KERABU SOTONG

Bahan-bahannya
500 gram sotong ...buangkan kulit dan hiris kasar
3 S/b Apple Cider Veniger atau air limau nipis/kasturi *aku guna limau nipis*
2 sudu teh kicap cair atau sos ikan *aku guna kicap cair*
1 sudu teh gula pasir

Bahan hiris/mayang
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
3 biji cili merah
5 ulas bawang merah
3 biji buah tomato
1 biji mangga muda

Cara membuatnya
1. Rebuskan sotong dengan sikit air. Toskan.
2. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.

Haaa...senang je kan. Selamat mencuba.

22 Disember 2009

Aktiviti Sekarang

Kesian benda ni dah lama terperuk kat dalam bilik. Aktiviti masa rajinku selain dari baca novel, aku minat sangat buat crosstitch ni. Tak silap aku dah hampir 4 bulan jugak aku tak sentuh benda ni. Aku rasa yang ni dah masuk 4 jenis gak aku buat tapi semuanya sekerat jalan hehehe. Tetapi kali ni aku berazam akan menghabiskan crosstitch yang ini.


Gambar agak blur sebab cahaya dari kertas tu la.

Masih dalam pembinaan hehehe
21 Disember 2009

Berlagak bagus

Aku paling menyampah kalau ada orang tu buat muka sombong (dalam bahasa sopan) dan (dalam bahasa kasarnya) berlagak bagus sedangkan kita dah memberikan senyuman yang termanis sambil berbudi bahasa. Rasa macam nak sepak jeee...

Hehehe.. nape ngan aku ni ek?? Sebenarnya adalah satu haritu aku pegi kenduri rumah sedara aku. Tiba masanya nak balik, aku nak ambil segala barang-barang aku kat dalam bilik. Pastu adalah sorang hamba Allah ni punyalah bijak pandai, duduk bersila depan pintu bilik. Dengan senyum simpul sambil berbudi bahasa aku minta tumpang lalu sebab nak masuk bilik la kan. Pastu lagi, aku perasan dah la tak senyum langsung, ngesot pun sikit je dan satu lagi yang buat aku bengang dia boleh menjeling tak puas hati kat aku.

Mentang-mentang dia ada hubungan dengan tuan rumah, dia tunjuk kerek la pulak. Blah la... malas aku nak layan
16 Disember 2009

Fuhh...penat

Hari ni agak kebizian sikit la pasal aku dan kawan-kawan buat projek packing jajan untuk goodies *err..betul ke aku type ni* khas untuk anak-anak staff di bawah 12 tahun je. Sape yang dah tingkatan 1 tu mintak maap la ye. Sebenarnya 25hb ni tempat kerja aku buat family day. Sebelum ni dah beberapa tahun kitorang buat kat Starhill Golf Resort. So, kali ni kitorang buat kat tempat kerja je. Sekali sekala tukar tempat la pulak. Walaupun aku bukannya committee tapi aku tolong gak packing.

Ini antara hamper yang disponsor oleh supplier

Ini adalah sebahagian jajannya. Betapa bersepahnya.

Ada air kotak coklat dutch lady, Nini choc sticks, choclair,
ishh..banyak lagi la untuk ditype kat sini

Inilah goodies yang telah siap dipacking dan akan
diagihkan untuk anak staff pd family day nanti

Part ni yang agak best, maklumlah mesti ada balancenya.
Apalagi.. habuan untuk kitorang la hahaha
14 Disember 2009

Nak makan apa ye???

Salam semua...dah berapa hari blog ni tak berusik hehehe.. maklumlah kemalasan tengah melanda tahap maksimum.

Sebenarnya perut tengah lapar ni maklumlah tengahari tadi tak makan. Lagipun lauk kat kantin skang ni dah tak berapa best huhuhu...

Tiba-tiba tekak terasa pulak nak makan ni tapi malas nak masak huhuhu....

Tomyam kaki ayam. Aku masak tomyam ni masa balik kampung haritu. Sebenarnya aku masak tomyam ayam tapi abah aku la ni dia suruh masukkan sekali kaki ni. Apapun..sedap tau aku masak hahaha....
09 Disember 2009

Sembilan Petua Doa Dimakbul

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bhw Rasulullah bersabda:" Doa antara Azan dan iqamat tidak akan ditolak.''

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: " Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga mlm yg terakhir, seraya berfirman: ''Sesiapa myg berdoa kpd-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yg meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bhw Rasulullah bersabda: '' Tiga org yg tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yg adil, org yg berpuasa ketika dia berbuka dan org dianiaya.Allah mengankat doa-doa itu keawan dan pintu-pintu langit dibuka.''

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bhw Rasulullah bersabda: ''Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk.Waktu yg paling dekat antara hamba dgn Tuhan-Nya adalah ketika sujud,maka perbanyakkanlah doa ketike itu.''

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:'' jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia drpd Allah kerana sesunguhnya binatang itu melihat malaikat. '' Jika kamu mendengar keldai memekit, pohonl;ah pelindungan drpd Allah drpd godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bhw Nabi Muhammad s.a.w bersabda.'' Sesiapa yg bangun pd mlm hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan.'' Apibila beliau berwuduk [dan mengerjakan solat mlm], solatnya akan diterima Allah.''

7. Ata bin Abi Rabah berkata: '' Telah sampai padaku bhw Rasulullah bersabda:'' Sesiapa yg membaca surah Yasin pd permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.''

8. Hadis drpd Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:'' Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata:' Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis drpd Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari jumaat.Lalu baginda bersbda:'' Pada hr Jumaat itu ada suatu saat.Bila mana seseorang Muslim dpt menepatinya dlm keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu drpd Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yg dipohonnya itu.''...

08 Disember 2009

Abang VS Ayang

Abang vs Ayang... sape yang salah agak-agaknya...

Surat yang dihantar oleh ayang kepada abang

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas. Abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik.. cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan di sini... kereta abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali, sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam. Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau kenapa?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss good morning pun susah.

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.

Kereta abang make up lawa-lawa..tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri..kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah setin RM100 pun ada. Ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengandung anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar abang boleh gelak.

Paling menyedihkan..ayang tanya nape tido dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta.. kalau ayang kena culik?

Ayang nak balik kampung dulu..anak-anak nak jumpa atuk dan nenek mereka..tak nak naik kereta abang takut calar. Ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pegi tak lama, sekolah bukak ayang baliklah dengan anak-anak.. pesanan ayang

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDO

Love,
Ayang.

Ni abang pulak yang bagi

Dear ayang,
Bukanlah abang sayangkan keta tu lebih dari ayang, tapi ayang kena faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau hilang sapa nak ganti.. ayang ni abang suruh keja ayang tak nak, ayang kata nak duduk rumah jaga anak, nak siapkan sarapan, nak kemas rumah tapi ayang tiap-tiap hari bangun pukul 12 tghari..macammana nak buat kerja rumah.

Cubalah ayang fikirkan mana abang tak tido dalam keta, abang balik kerja lambat sikit ayang dah kunci pintu, bukannya abang pegi berfoya-foya. Kan abang pegi kerja.. lagi satu pasal pizza yang ayang ngidamkan tu..ayang nak pizza yang diorder dari jepun, manalah abang ada duit nak order.. abang nak bagi apam balik yang jual kat depan opis ni ayang taknak, ayang nak jugak pizza dari jepun.. nasib baik abang tak belikan, kalau tak anak kedua kita tu muka mesti macam doraemon... ishh taknak la abang.

Pasal hadiah, abang dah belikan tapi abang sembunyikan kat dapur. Ayang yang tersalah buang sebab ingatkan sampah. Tu la.. abang suruh kemas rumah ayang kata rumah kita dah bersih tapi hadiah dengan sampah pun dah jadi serupa je. Hadiah tu mahal abang belikan untuk ayang. Sebenarnya abang sayang ayang lebih dari kereta walaupun hantaran masa kita kawin cuma RM8K... ayang tak tau bape kali abang turun naik bank nak buat loan RM8k tapi demi ayang abang wat jugak sebab masa tu ayang sebiji macam Maya Karin tapi sejak ayang buat rebonding 3 tahun lepas, setiap kali ayang make up abang terbayang lak muka pontianak dalam citer PHSM. Bukan ayang tak cantik tapi ayang cukur kening buat apa walaupun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang tak payah la cukur kening ayang tu. Pasal morning kiss tu, ayang bangun pun dah tengahari nak morning kiss macammana.. dah la ayang.. abang pun malas nak cerita.

Tapi abang nak bagitau jugak kat sini ayang tetap no 1 dalam hati abang. Nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kampung tu abang izinkan cuma jangan lupa kirim salam kat mak ayah, kalau ada gulai tempoyak ke jangan lupa bawak balik sikit. Kalau ada lembu terlepas ke ayang takyah la susah-susah kejar lembu tu.. biar je.. nanti abang balik kampung abang kejarkan.. bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nanti bukan setakat calar je silap-silap boleh masuk hospital. Abang kena tanduk takpe.

Jaga anak-anak baik-baik. Jangan bagi dorang main kat sungai musim-musim banjir ni. Nak dapat anak bukan senang takut nanti ayang ngidam pizza jepun lak lagi haru. Baik jaga je yang dah ada tu. Ayang pun jaga diri baik-baik jangan sampai jatuh longkang lagi hehehe... abang memang tak nak ketawa masa tu tapi nak buat macam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang.. dah la rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. memang abang ketawa hahahahaha...

Love,
Abang.



07 Disember 2009

Asal Usul Hantu

Asal usul hantu… Ngeri tak tajuk ni? Hahahahaha.. Jom kita tengok..

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya… … .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2.Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang… ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak… Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari… ..Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!
04 Disember 2009

Aku Tertipu.....

Dua minggu lepas semasa nak pergi melawat anak sedara yang eksiden, kitorang gi stesen minyak Petronas. Semasa minyak sedang diisi, kitorang didatangi seorang budak perempuan umurnya lebih kurang 15 tahun. Dia tunjukkan CD lagu. Alasannya mintak derma. Ye la..dia pun dah bagitau dia dari sekolah anak yatim nak mintak derma untuk pembiayaan sekolahnya. Dia tunjuk sekali surat yang berkaitan tapi kitorang tak tengok surat tu. Atas dasar percaya. Anak yatim kan..dengan seikhlas hati derma la RM10 pastu dapat CD tu secara percuma. Kirakan membeli sambil beramal.

Balik rumah pun tak kisah sangat pasal CD tu. Pernah pasang sekali tapi lagu macam tak sedap didengar je. Pastu lagi..terus tak kisah. Sehingga la balik kerja semalam en suami bagitau rupa-rupanya CD yang kitorang dapat tu dikeluarkan oleh satu KUMPULAN AJARAN SESAT. Mula-mula tak percaya jugak tapi bila baca artikel kat suratkhabar memang sah CD yang sama kitorang dapat. MasyaAllah....menyesalnya rasa dihati. Menyesal sebab aku telah menyumbang kepada kewangan dorang. Terus CD tu kitorang buang.

Ini antara artikel dalam HARIAN METRO RABU 2 DISEMBER

UTAMA MUZIK BANDING SOLAT

Sungai Petani: Kumpulan Azhar Wahab yang diharamkan kerajaan pada tahun 2003 berikutan pegangan dan amalannya menyeleweng daripada ajaran Islam didakwa masih aktif dan berselindung di sebalik nama sebuah syarikat pengurusan ladang kelapa sawit di Amanjaya sejak tiga tahun lalu.
Kumpulan terbabit yang turut dikenali dengan nama Al Mansor dan Raja Sakti itu turut aktif dalam penerbitan album berkonsep ketuhanan dan dinyanyikan sendiri ketuanya, Azhar Wahab dan seorang wanita yang juga bekas peserta Akademi Nasyid.
Malah kumpulan terbabit dikatakan sudah meluaskan pengaruhnya ke Sabah dan merekrut 5,000 ahli baru yang kebanyakannya anak yatim.
Perkara itu didedahkan sepasang suami isteri yang juga bekas ahli kumpulan terbabit yang mendakwa amalan ketua kumpulan itu menyeleweng ketika mereka terbabit dalam proses pembikinan album di pejabatnya, baru-baru ini.

Nampak gayanya lepas ni memang takde la aku nak bagi derma kat budak-budak yang mengaku dari rumah anak yatim. Kalau rasa nak menderma jugak, biarla ke saluran yang betul. Pada kawan-kawan pun aku nasihatkan hati-hati kalau ada budak-budak yang datang nak jual CD tapi dalam masa yang sama minta derma.
03 Disember 2009

??????

Pernah tak tiba-tiba fikiran korang rasa runsing sangat sedangkan korang tak tau apa yang korang sedang runsingkan. Buat itu tak kena buat ini pun tak kena, perasaan pulak bercampur gaul. Macam-macam rasa yang ada.

Sekarang.... inilah yang sedang aku rasa huhuhuuuuu
02 Disember 2009

Gi Taman Buaya Pula

Pada petang raya haji tu, aku sekeluarga ngan adik aku pegi taman buaya. Saje bawak anak-anak tengok binatang secara live. Biasanya tengok kat tv je la... taknak citer banyak, korang layan je la gambar yang aku snap ni

Masing-masing nak lawan gigi sape paling putih


Inilah Taman Buaya


Buaya yang sedang melepak


Sedang melayan mata yang ngantuk


Isshhh...makin mengantuk pulak petang-petang ni


Dalam taman buaya ni dah ada taman tema untuk kanak-kanak. Mungkin baru kot sebab sebelum ni takde pun. Nampaknya tak ramai yang datang maklum la aku datang pun lebih kurang 4.30 petang kerana sebelum tu hujan turun tak henti-henti. Satu yang tak berapa best, buaya ni semua tak bergerak langsung. Nak nampak dorang jalan setapak pun susah. Kekadang nak tengok gak camner buaya mengganas hehehe. Tiket masuk ke taman buaya ni RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak yang berumur dari 3 hingga 6 tahun (tolong promotekan ni hehehe). Setakat nak tengok buaya yang berbagai spesies dan saiz boleh la datang berjalan ke taman buaya ni.


P/S: akan bersambung..citer makan di umbai dan taman rama-rama
01 Disember 2009

Gambar je la

Ini antara gambar-gambar yang aku snap di sekeliling rumah abah aku. Anak-anak aku memang suka sangat kalau balik kampung. Pelbagai haiwan ternakan yang dorang dapat tengok secara live.


Pagi-pagi lagi itik dah berkunjung ke rumah abah aku

Takde tempat lain lembu ni nak makan,
kat belakang rumah abah aku juga yang dorang suka datang

Pokok ulam raja ni sedang berdaun lebat

Rabu (27/11/2009)

Pada rabu lepas, Jusco kat Taman U ada J Card day. Setiap kali tibanya J Card day ni memang aku tak lepaskan peluang untuk shopping sakan, secara kebetulan aku memang nak cari baju Balqis dan Irfan. Asalnya nak cari sikit je. Budget pun lebih kurang RM100 je la tapi ambik itu ambik ini, banyak jugak duit yang dihulurkan kat cashier tu...takpe la... bukan selalu pun. Jalan-jalan lagi...sekali tu ternampak kedai kasut yang menawarkan potongan sebanyak 70%. Apalagi.... masuk je la. Tup..tup.. berkenan pulak kasut kat bawah ni. Walaupun aku tak berapa suka kasut yang ala-ala muncung buaya ni tapi disebabkan patern dan kaler kelabunya yang menawan membuatkan hati aku tertarik. Harga asal RM59.90 dan harga lepas sale cuma tinggal RM17.97. Aku pakai kasut ni di tempat kerja je.



Lepas dah habis shopping tiba masa untuk makan tengahari. Aku ajak en suami makan kat pizza hut. Teringin pulak nak makan pizza yang baru. Mula-mula tu ada sorang budak pompuan India ni amik order tapi disebabkan aku banyak tanya, budak tu nampak boring sikit nak layan aku. Bila makanan dah sampai aku mintak serbuk cheese pastu kat tempat letak sos tu ada sebotol sos yang dah habis dan lagi sebotol tinggal separuh. Aku suruh dia ambilkan sebotol sos baru, dia pun amik la sos yang botolnya dah kosong dan juga botol yang tinggal separuh. Pastu dia boleh sound aku... (sambil menunjukkan botol sos yang tinggal separuh) ''inipun dah habis jugak ke'' ehhh..budak india ni. Nak kena lepuk ngan aku ke. Aku cakap ''u pergi je la ambil''. Poyo betul..
Memula tu rasa cam nak pergi report je ngan supervisor dia. Itu dah kira kurang ajar tuuu.. tapi takpe la..malas aku nak layan dan yang penting aku makan pizza tu sampai kenyang.
24 November 2009

Takde tajuk

Hmm...beberapa harini malas betul nak update blog. Aku lebih suka jalan-jalan kat blog kengkawan lagipun memang tengah takde mood pun nak menaip. Malam esok aku akan memulakan perjalanan balik kampung. Raya haji ni kitorang adik beradik berkumpul kat rumah abah. Bestnya...maklum la bukan selalu dapat berkumpul. Okay la.. nak balik dah.
20 November 2009

Kek lagiii

Saje je nak tunjuk kat korang kek yang aku buat kat Secret Recipe hahaha...

Masa besday aku haritu takde pun acara potong-potong kek. Sedih tau..sob..sob.. hari minggu lepas aku claim gak en suami belikan aku kek. Memula tu aku saje ajak en suami pegi Jusco Taman U. Konon-kononnya nak cari baju budak (sebenarnya trick je tu) pastu dengan selamba aku berkata ''bang, jom beli kek. masa harijadi kita haritu takde pun kek''. Dan permintaanku ditunaikan horeyyyy. Nama kek dibawah tu ialah choco mocha. Biasanya aku beli chocolate indulgence. Sekali sekala tukar selera rasa. Betul tak? Rasa kek ni memang sedapppp.

Walnut atas kek tu rangup betul

Layer atas perasa kopi, layer bawah rasa coklat

Hari Terakhir Cuti Sekolah

Hari ini 20/11/2009 merupakan hari terakhir persekolahan pada tahun ini. Waahhhh...sakan la budak-budak, maklum la cuti sebulan lebih. Malam tadi aku tengok report card Irfan. Alhamdulillah...okay la biarpun setakat lulus bukan dengan cemerlang. Sekolah rendah naik satu kelas tapi sekolah agama turun kelas. Aku rasa ni gara-gara dia tak pergi sekolah pada hari pertama peperiksaan sekolah agama sedang berlangsung.

Bila tengok je masa persekolahan sekolah agama untuk tahun depan start pukul 10.30pg hingga 12.00 tengahari. Maknanya sekolah agama tahun depan Irfan kena sesi pagi dan sekolah rendah kena sesi petang. Setau aku sekolah rendah tak pernah pulak ada sesi petang. Start tahun depan ianya bermula. Laaa...tak bestnya. Aku lebih suka kalau sekolah rendah di waktu pagi dan sekolah agama di waktu petang. Tapi...nak wat camner. Ikutkan je la.

Naik sekolah nanti Irfan dah darjah 3. Ishhh...cam tak caya la pulak. Pejam celik pejam celik dah besar jugak anak aku ni. Cepatnya masa berlalu. Lagi setahun Balqis pulak melangkah ke alam persekolahan.

19 November 2009

Kacang pool

Lepas balik dari court jumaat haritu, aku ajak en suami pegi makan kacang pool kat larkin sebelah balai bomba. Kat situ memang terkenal dengan kacang poolnya. Biarpun hujan turun dengan lebatnya, itu tidak mematahkan semangat aku nak makan kacang pool. Ku redah jugak hujan itu semata-mata memenuhi keinginanku hehehe..kelakarnya bahasa.

Sebelum ni aku hanya dengar dari kawan-kawan tentang keenakan kacang pool dan waktu itupun aku tak la teringin nak mencuba sampai la satu hari aku tengok blog mummy2haqq n3 dia pergi makan kacang pool. Bila tengok gambar je cukup mengecurkan dan secara otomatik keinginan nak makan tu datang. Dari sehari ke sehari nak pergi asyik tak sempat je. Lagipun jauh tu dari Kulai nak ke Larkin. Akhirnya...hari jumaat lepas itulah pertama kali aku makan kacang pool. Hurmmm...sedappppp sangat. Lain kali confirm aku makan lagi. So, aku planning hujung minggu ni nak pergi lagi sebab irfan pun dah ternampak gambar kacang pool dalam handpon aku. Dia pun nak makan gak la.

Kelmarin aku google resepi kat tenet. Rupa-rupanya kacang yang digunakan untuk membuat kacang pool tu adalah kacang parang. Laa...kesian irfan. Memang sampai bila-bila pun dia tak leh makan kacang pool. Akhirnya..aku cancel planning nak pegi makan kacang pool hujung minggu ni.




Masa ni hujan tengah turun dengan lebatnya


En suami tetap memilih nasi campur sebagai hidangan tengahari
Siap makan guna tangan lagi hehehe


Inilah kedai yang jual kacang pool


Inilah kacang poolnya. Ada telur mata kerbau sebiji,
bawang, cili hijau dan limau kasturi


Ni pulak roti yang dimakan dengan kacang pool.
Memang besar gabak roti ni.






17 November 2009

Pesta Buku Alaf kembali lagi !!


Yang ku tunggu-tunggu telah tiba. Pesta buku alaf kembali lagi. Kali ni berapa banyak la novel yang aku nak kirim ye. Seperti yang lepas-lepas aku selalu kirim kat Nadia. Harap-harap kali ni dia pergi kalau tak aku kena cari mangsa-mangsa terbaru hehehe.Tak laaa...aku kena la cari alternatif lain.

Sejak aku tau alaf ada buat pesta buku ni, aku dah tak beli lagi novel alaf kat kedai buku. Aku rasa lebih baik aku beli masa pesta ni. Jimat pun jimat. Nanti aku senaraikan novel apa yang aku nak beli ye....

Pengalaman

Jumaat lepas aku ikut en suami pegi courts kerana menemankan kawannya. Aku tak masuk pun kat dalam kamar perbicaraan. Aku cuma tunggu dalam kereta je. Bila dah boring dalam kereta, aku tunggu kat tempat ruang menunggu. Kat ruang tu pulak ada sorang perempuan melayu tengah melayani anaknya yang masih kecil. Dalam lingkungan 5 bulan kot anaknya tu. Aku pun duduk la kat situ sambil membaca novel. Tiba-tiba datang seorang anggota polis duduk selang 3 kerusi dari aku. Aku terdengar polis tu tegur perempuan melayu tu. Dialognya lebih kurang begini

Polis: ''tengah tunggu sape ni''
Perempuan. ''tunggu suami tengah bicara kat tingkat 4''
Polis: ''oooo...''

Aku pulak secara otomatik terus bangun. Nanti kang aku pulak yang kena soal. Apa nak jawab hehehe...

Tapi tu la...kesian aku tengok perempuan tu, dengan anak yang masih kecil ditambah pulak kalau terjadi apa-apa kat suami dia, macammana la nasibnya nanti. Dah rasa tak selesa kat situ, aku pergi kat tempat lain tiba-tiba lalu pula orang yang sedang digari kat depan aku. Aduhhh...tak kira la walaupun orang tu bersalah atau tidak tapi perasaan kesian datang bila tengok wajah dorang. Ada yang wajahnya selamba dan ada juga yang nampak macam menyesal sangat dengan apa yang dorang dah lakukan.

Tak lama kemudian suami aku mesej suruh naik kat tingkat tiga di mana perbicaraan sedang dijalankan tapi aku hanya duduk kat luar. Taknak la masuk kat dalam tu. Dalam masa tu aku tinjau-tinjau je dari luar. Nampak la jugak pesalah-pesalah sedang dibicarakan seorang demi seorang. Bukan hanya lelaki tetapi perempuan pun ada. Yang sedihnya, aku tengok pesalah-pesalah ni ramai yang terdiri dari bangsa melayu.

Kira okay la pengalaman aku pergi ke sana. Tengok dengan mata sendiri camner suasananya, gelagat orang yang ada kat sana. Satu lagi yang aku rasakan paling teruja, masa baru sampai nampak la peguam-peguam yang datang dengan membawa briefcase dan fail-fail yang tinggi menggunung. Memang nampak profesional dan sungguh bergaya.


12 November 2009

Campak Anak Dalam Perigi

''Seorang bayi perempuan berusia dua bulan nyaris bersemadi dalam sebuah perigi selepas dicampak ibunya, kelmarin. Bagaimanapun bayi itu tidak tenggelam, sebaliknya terapung beberapa ketika sebelum diselamatkan datuknya''

Itu adalah tajuk utama kat Metro harini. Tak dapat dibayangkan anak sekecil itu dicampak dalam perigi. Kejadian tu berlaku kerana ibu kandung bayi tu menghidap penyakit meroyan. Dalam cerita tu juga ada menyatakan ibunya mengaku tak menyedari perbuatannya yang mencampakkan bayinya ke dalam perigi berkenaan. Hisshhh...macammana la sampai boleh jadi begitu. Betul ke kalau meroyan kita memang tak menyedari apa yang kita lakukan.
10 November 2009

Eee...lipan

Pagi tadi masa aku nak angkat plastik sampah kat belakang rumah, aku ternampak anak lipan. Nak kata kecik tak juga, nak dikatakan besar pun tak besar. Saiznya sedang sedang je. Aku pun capai je kayu yang berhampiran. Pastu aku tekan kayu kat tengah badan lipan. Apalagi...lipan tu terputus dua. Bahagian kepala aku tak dapat nak bunuh sebab lipan tu menyelar terus masuk celah lubang. Ekornya pulak aku bunuh. Cehh..pagi ni aku digelar pembunuh lipan hehehe. Agak-agak korang la, lipan yang menghilangkan diri tu dapat bertahan lama tak?
09 November 2009

Oppsss...status oven

Meh dekat sikit. Nak bagitau ni...korang ingat tak citer oven yang aku pinjam dari abah aku tu rosak. Sekarang ni oven tu dah okay. Ni semua pertolongan dari en suami. Hari khamis lepas dia tolong betulkan itupun setelah aku bagitau dia aku nak ganti oven abah. Bila aku tanya nape taknak buat awal-awal. Ada ke dia kata aku tak bagitau kat dia sedangkan sebelum tu mulut aku ni penat mengomel kat dia oven tu rosak. Sabar je la. Walaubagaimanapun saaayang kat en suami yang telah menyelamatkan duit aku hehehe....

Lauk Sabtu dan Ahad

Bukak je peti ais masih lagi tersimpan daging lembu yang beli masa nak raya haritu. Haaa....berapa lama tersimpan. Aku kira okay lagi la daging tu sebab masa beli daging tu baru je disembelih. Kirakan hari sabtu lepas aku mulakan operasi masak daging. Itupun setelah disound oleh en suami hehehe...

Hari sabtu buat daging masak sambal sambil tu letak la sekali bawang hiris. Malam tu adik aku yang no 4 call Irfan, tanya makan apa harini. Irfan jawab ''makan daging masak bawang'' hehehe... apa-apa je la nak oiii...yang penting daging sambal mama habis.


Sambal daging dan bawang hehehe....


Hari ahad.....

Kena masak daging lagi sebab nak perabihkan balance yang masak semalam. Hmm...mula-mula tak tau nak masak apa. Takde idea. Bila teringatkan en suami suka makan kari, aku bercadang nak buat kari daging. Tapi yang jadi masalahnya...aku tak pandai nak masak kari daging ni. Nak cari buku resepi malas pulak walaupun buku masak aku melambak-lambak, last-last aku korbankan RM2 cari resepi kat internet menggunakan handphone. Aku tiru resepi yang dicari dari hanieliza fotopages.

Alhamdulillah...percubaan pertama aku masak kari daging ni menjadi. Anak dan suami memuji. Hehehe...bangganya.

Ada harapan jadi chef ni


Daging diperap dengan serbuk kari dan kerisik

Kari daging yang siap dimasak tak dapat dipaparkan kerana aku terlupa nak snap tapi sama je rupanya macam yang korang pernah masak.


Penipuan Harga

Semalam aku bershopping ke Tesco yang berhampiran dengan rumah aku. Bila sampai kat bahagian penjagaan diri, aku nak beli sabun LIFEBUOY. Bila tengok harga yang 3 bar x 85gm harganya RM3.69. Bila tengok yang 3 bar x 115gm harganya RM3.49. Kat situ je dah beza RM0.20. Aku terpikir jugak takkan yang kecik lebih mahal dari yang besar tapi semua tu aku tak amik kisah. Aku pun amik yang 3 x 115gm. Mestilah kita amik yang murah kan.

Kemudian jalan-jalan....ambil barang tu masuk troli..ambil barang ni masuk troli. Setibanya di bahagian coklat ada pulak mesin scan. Aku ni pun saje-saje la scan sabun LIFEBUOY tadi sebab dalam masa yang sama aku tak puas hati dengan harga yang dipaparkan. Haa...kan betul. Korang nak tau, berapa harga yang tertera kat mesin scan tu. RM4.49. Aku panggil en suami datang tengok pastu kitorang pergi balik kat tempat sabun tu. Nak cari ada tak harga RM4.49. Kot-kot kitorang yang silap. Tak jumpa juga. Aku cuba cari supervisor yang bertugas kat situ tapi malangnya takde sesiapa pun yang aku boleh tanya. En suami siap nak amik gambar buat bukti. Tapi aku cakap tak yah la. Hampeh betul. Ni dah kira menipu. Tak jadi aku nak beli sabun tu.

Aku ni sebenarnya pun dah beberapa kali tertipu dengan harga barang yang dipamerkan. Aku kena ni kat Tesco je. Kat tempat lain tak pernah pula kena camni. Tapi silap aku juga sebab tengok resit bila dah sampai rumah. Nampaknya lepas ni aku kena lebih berhati-hati. Pada siapa yang sesuai ye kalau aku nak komplen??
08 November 2009

Drama

Jumaat lepas aku tengok drama LAFAZ BUKAN MAINAN. Lakonan Fizz Fairuz dan Sariyanti. Mengisahkan sepasang suami isteri hidupnya memang bahagia dan suka bergurau. Satu hari si suami telah melafazkan talak pada si isteri dengan cara bergurau. Bukan talak satu tapi talak tiga. Haa..lepas tu masing-masing tak leh terima. Baik si suami dan si isteri da jadi orang gila talak. Akhir cerita barulah mereka boleh terima jodoh mereka setakat tu je dan si isteri berkahwin dengan kawan lamanya. Best drama ni. Bagi aku lain dari yang lain. Realiti kehidupan tak mustahil perkara begini berlaku.
05 November 2009

Sape nak tolong??




Aduhhh...penat pulak harini. Sempat tak nak settlekan sebelum pukul 5.45 ptg ni. Ada tak sesape yang tolong??? Cepat la...aku bagi upah RM2 hehehe......

Saya Sedang....

Hmm..dah lama tak jawab tag. Sementara tengah banyak perkara yang ''saya sedang'' lakukan, ada baiknya aku jawab tag dari wonderwoman.

8 PERKARA ''SAYA SEDANG''

Saya sedang
melayari internet sambil membaca blog kawan-kawan

Saya Sedang
menyelerakkan meja saya dengan timbunan kertas

Saya Sedang
melipat dan memasukkan bil serta statement ke dalam sampul surat

Saya Sedang
menunggu driver untuk membawa saya ke post opis

Saya Sedang
kesejukan kerana hujan di luar opis turun dengan lebatnya

Saya Sedang
memikirkan nak pergi post opis ke taknak memandangkan hujan makin lebat huhuhu

Saya Sedang
kelaparan sebab lauk kat kantin tak sedap

Saya Sedang
menghabiskan tag yang diberi oleh wonderwoman

8 orang yang saya nak tag ialah:
1. Dina
2. Suzry
3. Kak Watie
4. Ieta
5. Mamalieyna
6. Mazlina
7. Reen
8. Mummy2Haqq

Jawab...jangan tak jawab.

Ular Makan Telur

Akhirnya...aku beli jugak

Sebenarnya dah lama aku teringin nak pakai penapis air kat rumah. Maklum la katanya penapis air baik untuk kesihatan. Ia tapis kekotoran-kekotoran yang terdapat dalam air. Apa-apa je la. Satu lagi mungkin masalah kewangan yang menjadi masalah untuk aku dapat penapis air ni.

Raya lepas la punya citer ni. Aku berjumpa dengan kawan lama kebetulan dia jual penapis air jenama Bio Aura. Masa aku pegi beraya ke rumah kawan aku tu, dia cerita juga pasal bio aura ni tapi aku tak fokus sebab aku belum bersedia nak beli lagi. Dah seminggu lepas tu aku saje la search kat google pasal penapis air ni. Aku fikir, mungkin aku perlu ada penapis air ni kat rumah. Lagipun kulit Balqis jenis sensitif. Aku nak mandikan dia guna penapis air ni. Setelah berbincang dengan en suami, dia setuju nak beli. Apalagi..aku call la kawan aku tu. Nak order dulu. Bulan satu nanti baru nak ambik sebab kawan aku tu bagi aku bayar installment tanpa interest.

Setelah berbincang, kawan aku suruh aku ambil bulan lepas tapi aku start bayar bulan 1 nanti. 3 bulan aku pakai free hehehe.....




04 November 2009

Jumpa doktor gigi

Semalam aku mc (alasan malas nak gi kerja hehehe) sebab aku berjumpa dengan doktor gigi. Sebenarnya gigi geraham atas sebelah kanan dah berlubang. Dari sehari ke sehari aku menahan sakit gigi, last-last semalam jugak kebetulan en suami tak bekerja, aku ajak dia temankan aku pergi klinik gigi. Sampai sana je jantung aku berdegup kencang. Takuttt tapi aku beranikan diri jugak. Masa jumpa doktor tu, sempat jugak doktor sound aku ''lepas tiga bulan baru datang ye''. Aku senyum je la.

Mula-mula doktor dah bius tapi aku rasa bius tu belum meresap sepenuhnya ke gusi aku lalu doktor tu terus cabut. Apalagi...sakitnya.. pastu aku bagitau doktor dan doktor tu injek bius sekali lagi. Haa...pastu tiba-tiba doktor kata dah siap. Aikkk...aku tak sedar pun bila siapnya.

Petang ni aku nak jumpa doktor gigi tu balik sebab aku rasa gusi aku ni bengkak semacam.
02 November 2009

Huwaaa....ovenku rosak

Jumaat lepas, aku cari resepi kek dari internet. Jumpa pulak resepi Kek Marble Susu dari blog mamafami. Senang je resepinya. Aku dah plan hari sabtu aku nak buat. Kebetulan ibu mertuaku tinggal kat rumah aku buat beberapa hari. So, balik dari kerja haritu aku tengok oven aku dah bertukar tempat. Takpe la..en husband tolong kemaskan sebab aku ni memang suka letak barang merata. Pagi sabtu pulak saje onkan oven tu. Nak tengok button merah tu menyala lagi atau tidak, maklum la masa buat kek tiga kaler tu kan oven tu buat hal TETAPI...bila aku peratikan dah tak nyala lagi atau dalam pendek katanya oven aku dah ROSAK.

Sebenarnya oven tu pun bukan kepunyaan aku tapi abah aku yang punya. Aku pinjam masa puasa haritu, maklum la semangat nak buat biskut raya berkobar-kobar tapi akhirnya biskut tunjuk jugak yang terhidang kat atas meja. Habis la... aku tak berani lagi nak bagitau oven dia dah rosak. Nampak gayanya bonus tahun ni aku kena beli dua oven la.
30 Oktober 2009

Mimpi

Pagi tadi masa bersiap nak pergi kerja, en husband cerita dia mimpi beli minyak wangi baru. Mimpi aku pulak, aku beli minyak wangi tiga botol dan aku susun berderet kat satu tempat. Kemudian datang Balqis, dia ambil minyak wangi yang tengah dan terus dia curahkan ke lantai. Kebetulan pulak mimpi kitorang benda yang sama. Apa la maknanya ye? Kalau korang tau mungkin boleh share kat sini. Rasa suspend jugak ni.

Cili Jeruk


2 malam lepas aku sempat buat cili jeruk. Cili jeruk yang aku buat ni aku cuma gunakan cili hijau dan cuka. Pastu masukkan kedua bahan ni ke dalam bekas kaca dan aku biarkan selama 2 hari. Pagi tadi aku bawak gi opis sebab nak dimakan dengan mihun goreng. Nyumm..nyum..sedap.
28 Oktober 2009

Kek pulak

Aku ni dah lama bercadang nak buat kek tapi malas nak buat. Malam tadi baru kerajinan aku datang, itu pun setelah tengok kek kukus hawflakes dari blog kak watie telah menaikkan semangat aku. Dengan rasminya malam tadi aku pun buat kek 3 kaler.

Nak citer sikit ni. Kek tu sepatutnya dibakar selama satu jam pada suhu 180 darjah celcius. Tak silap aku dah hampir satu jam jugak aku menunggu tapi bunyi menandakan masa dah habis pada oven tu tak berbunyi. Aku pegi la tengok rupa-rupanya kepanasan oven tu terhenti lagi 20 minit masa nak habis. Laaa...rosak ke oven aku tu huhuhu...puas aku godeh lampu power tu taknak nyala. Last-last suhu tu aku naikkan ke 200 darjah celcius baru la lampu power tu menyala dan aku teruskan juga masak kek tu. Alhamdulillah...jadi jugak kek aku dan gambar di bawah menunjukkan aku berjaya membuat kek.


Mula-mula butter dengan gula halus diputar hingga kembang.


Adunan setelah dimasukkan tepung


Adunan dibahagi kepada tiga kaler.


Kek yang telah siap dimasak.

Spaghetti

Sejak aku balik dari open house rumah kawan aku pada raya yang lepas, tekak ni asyik teringin je nak makan spaghetti. Jadinya jumaat lepas aku ajak en husband pegi tesco semata-mata nak cari bahan buat spaghetti. Alhamdulillah...tercapai hajat nak makan spaghetti. Malam ni insyaAllah nak buat lagi.

Bahan-bahan

Spaghetti (agak-agak le nak banyak mana)
450gm daging cincang
2 tin sos spaghetti jenama KIMBALL
tomato (dicincang)
capsicum merah (dicincang)
1 atau 2 keping cheese (keping)
sedikit serbuk lada hitam

Cara membuatnya

Spaghetti tu rebus la seperti biasa.
Kemudian masakkan dulu daging cincang, ala kacau sikit-sikit udah le
Pastu masukkan sos spaghetti, tomato, capsicum merah dan sedikit serbuk lada hitam dan cheese.
Kacau dan renehkan.
Bila cheese tu dah sebati dengan sos boleh la ditutup api.
Pastu siap dan boleh la dihidangkan.

Senang je nak buat ni.


P/S: Sos spaghetti KIMBALL ni aku amik yang ada mushroom dan aku rasa KIMBALL ni lagi sedap dari PREEGO.

Manual Kitchen Compost

Pagi tadi masa tengok MHI aku berminat dengan satu iaitu pengkomposan sisa dapur. Kalu sesiapa yang follow MHI pagi tadi aku rasa korang tau apa ni. Sampai opis aku search kat google dan ini websitenya kalau korang nak tau. Klik di sini BioSense.

Produk ni boleh dijadikan kompos organik dengan cara menggunakan sisa makanan kita yang terdapat kat dapur. Contohnya kalau ada makanan yang tak habis ataupun perut ikan ke, ayam ke pun boleh digunakan. Caranya masukkan sisa makanan ke dalam container yang disediakan oleh biosense pastu masukkan pula biocatalyst. Bila dah penuh container tu tutup rapat-rapat pastu biarkan je. Masa yang diambil untuk sisa makanan tu menjadi kompos organik hanya 7 hari je. Biasanya sampah yang kita buang kan akan berbau tetapi bila menggunakan bio kitchen compost ni jangan risau la memang tak akan berbau. Ni info yang aku dapat sikit dari apa yang aku tengok kat MHI tu.Inilah container dan biocatalyst

Info kaedah-kaedah bio kitchen compost korang klik kat sini.



Sebenarnya bagus jugak product ni dicipta kerana dapat memelihara alam sekitar.

Berhati-hati ketika melintas

Jom..layan video ni.


27 Oktober 2009

Cermin mata

Berminggu-minggu lepas ada salesman cermin mata datang kat tempat kerja. Dorang promote cermin mata dan harga yang ditawarkan dalam pakej. Paling murah pakej yang ditawarkan RM120. Harga asalnya RM320. Aku ni pula saje suka-suka tengok cermin mata tu. Asalnya nak tengok power mata aku ni dah naik ke berapa ratus. Tak plan pun nak beli baru maklum la cermin mata lama pun masih elok dan terang. Test punya test aku pun terjebak beli. Ni semua gara-gara member aku cakap cermin mata yang aku pilih tu ngam ngan aku. Okay la... apa lagi aku beli pakej yang paling murah iaitu RM120. Masa test tu power mata aku kiri dan kanan cuma 125 sedangkan sebelum ni power mata kiri 175 dan mata kanan 150. Aikkk...dah turun ke?

So, minggu lepas aku dapat cermin mata tu. Pastu masa kau turun kantin, aku bercerita pasal cermin mata ni ngan budak store, pastu dia tanya dah claim ke subsidi cermin mata. Seingat aku kalau beli cermin mata untuk pertama kali company memang ada sediakan subsidi cermin mata. Pastu kali kedua hanya lense sahaja. Kalau beli lagi lepas-lepas tu memang dah takde claim lagi. Apalagi bila naik opis terus aku call HR. Rupa-rupanya setahun sekali boleh claim cermin mata dan maksimumnya RM120.

Haaa....apalagi, terus aku isi form claim subsidi. Untung..untung... umpamanya aku beli cermin mata tu FREE. Kalau camni, nampaknya tiap-tiap tahun la aku tukar cermin mata.


Cermin mata lama yang masih kupakai.

Cermin mata baru. Sayang pulak nak pakai.