Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

26 Februari 2011

Mujhse Dosti Karoge


Assalammualaikum.. dalam banyak-banyak filem Hindustan, filem Mujhse Dosti Karoge ni adalah kegemaran aku sampaikan aku sanggup beli CD original filem ni. Memang layan la he3. Rasanya dah lama juga aku tak tengok filem ni maklumlah CD tu dah tak boleh digunakan lagi. Sedih betul tapi TV3 memang bestlah kerana menayangkan semula filem ni. Aku terpaksa cancel semua planning nak keluar berjalan. Hisshh.. hebat betul penangan filem ni ye. Oh ye.. satu lagi, lagu yang terdapat dalam filem ni pun best juga

Sinopsis

Raj Khanna (Hrithik Roshan), Sahani Pooja (Rani Mukerji) dan Tina Kapoor (Kareena Kapoor) mereka adalah teman masa kanak-kanak. Sementara Raj selalu tertarik pada Tina yang lincah, ia tidak menyadari perasaan Pooja pada dirinya.

Ayah Raj (Kiran Kumar) memutuskan untuk pindah ke Inggris bersama keluarganya untuk mengambil pekerjaan baru, sehingga Raj berpisah dari teman-temannya. Sebelum Raj pergi meninggalkan temannya, Raj membuat janji kepada Tina untuk menulis surat lewat e-mail padanya. Tapi Tina sangat sibuk dengan urusannya sendiri sehingga malas untuk mengirim e-mail pada Raj. Sebagai sahabat yang baik Pooja membantu Tina untuk menulis e-mail kepada Raj atas nama Tina demi menepati janji. Tanpa di sadari Raj dan Pooja memiliki banyak hal kesamaan, dan e-mail membawa mereka menjadi sangat dekat antara satu sama lainnya. Pada setengah dekade kemudian, Raj kembali ke India dalam rangka liburan pendek. Sekarang Raj jatuh cinta dengan pujaan hatinya yang telah mengirimi e-mail padanya, dan percaya dia bisa mengenali pada pandangan pertamanya.

Akhirnya mereka bertiga bertemu. Raj sangat menyesalkan Pooja karena tidak pernah mengirimi e-mail padanya dan tidak selincah Tina. Namun, selama liburan dua minggu tersebut, Raj sangat kebingungan mengetahui kenyataan sesungguhnya bahwa Tina benar-benar berbeda dengan Tina yang ia tahu lewat e-mail. Dan ia beralih mulai menyukai Pooja, yang tanpa di sadari Pooja lah satu-satunya yang benar-benar mencintai Raj.

Raj kembali ke London, di mana Pooja sedang ada interview di London, dan di sana akhirnya Raj menemukan bahwa Pooja lah yang selama ini menulis e-mail padanya. Mereka mengakui cinta mereka berdua dan memutuskan untuk menikah. Namun nasib memainkan trik yang tak terduga pada mereka berdua. Ketika kembali ke India, Ayah Tina (Sachin Khedekar) telah meninggal, meninggalkan Tina sendirian di dunia. Sekarang Tina jatuh cinta dengan Raj juga.

Sekarang Pooja menolak untuk menikah dengan Raj, karena dia tidak ingin Tina patah hati. Raj adalah satu-satunya yang Tina punyai di dunia ini. Orang tua Raj setuju untuk menikahkan mereka berdua, tetapi Raj ingin mengatakan pada kedua orang tuanya kalau dirinya benar-benar mencintai Pooja. Namun, Pooja masih menolak untuk menikahi Raj dan Raj besumpah pada Pooja bahwa ia hanya akan menikah dengan Tina jika Pooja menikah dengan orang lain pada hari yang sama.

Teman Raj masuk di kehidupan mereka bertiga, Rohan Verma (Uday Chopra). Rohan sangat tertarik dengan Pooja dan keluarganya yang sangat cocok dalam berbagai hal. Pooja tidak bisa menolaknya dan setuju untuk menikahi Rohan pada hari yang sama di mana Raj dan Tina melangsungakan pernikahan pada hari itu juga. Dengan begitu, Pooja berharap supaya kedaan Raj baik-baik saja dan bisa membahagiakan Tina. Rohan menyadari kalau ada sesuatu yang tidak beres dan Pooja benar-benar tidak mencintainya, tetapi sandiwara itu terus dilakukan sampai semua orang mengetahuinya. Pada hari pernikahan, Tina mengetahui kalau Raj benar-benar mencintai Pooja, jadi dia memberikan Raj kepada Pooja dan akhirnya mereka menikah saat itu juga.

Bagi sesiapa yang minatkan filem hindustan ni jangan lepaskan peluang menonton filem ni. Confirm best...


25 Februari 2011

Kemilau Cinta Karmila


Assalammualaikum.. habis juga akhirnya sinetron Cahaya di Astro Prima. Aku tak berapa nak follow sinetron Cahaya sepertimana aku follow sinetron yang lain. Bukannya apa dahlah lebih kurang 200++ episod, lama sangat nak tunggu habis. Kalau setakat kurang dari 100 episode tu aku masih boleh layan lagi. Bila sinetron Cahaya berakhir maka timbalah sinetron baru mengambil tempat. Kali ni sinetron yang dapat ditonton ialah Kemilau Cinta Karmila. Jom kita tengok pelakon dan sinopsis sinetron ni

* Jonas Rivanno sebagai Taufan & Fadil
* Asmirandah sebagai Kamila
* Mischa Chandrawinata sebagai Edo Prayoga
* Marini Zumarnis sebagai Farah – ibunya Kamila
* Tika Putri sebagai Livia
* Debby Cynthia Dewi sebagai Martha – ibunya Edo
* Nunu Datau sebagai Ambar – ibunya Fadil
* Rico Tampati sebagai Tama – ayahnya Fadil
* Putri Anne sebagai Mariana – adik Fadil

Sinopsis

Kamila (Asmirandah) adalah seorang gadis cantik, sederhana dan baik hati. Kamila hanya tinggal berdua dengan ibunya (Marini Zumarnis). Untuk membantu ibunya memenuhi keperluan hidup mereka, Kamila bekerja di sebuah cafe sebagai pelayan restoran. Farah sangat menyayangi Kamila dan berusaha menjadi ayah sekaligus ibu bagi Karmila. Farah sangat ketat untuk satu hal, yakni ia tidak mengizinkan Kamila berpacaran, kecuali bila Kamila lulus kuliah dengan gelar cumlaude.

Di tempat kerjanya Kamila bertemu dengan Edo Prayoga (Mischa Chandrawinata), seorang lelaki yang kacak dan kaya raya. Mereka berdua berkasih tanpa pengetahuan Farah hingga akhirnya Kamila hamil. Edo bimbang, ia belum sanggup untuk bertanggungjawab. Ibu Edo, Martha (Debby C Dewi) menjanjikan Karmila sejumlah wang untuk menggugurkan kandungan. Kamila benar-benar kecewa melihat perlakuan kedua-duanya.

Suatu hari, Kamila menemani sahaatnya, Livia (Tika Putri) pergi bersama-sama Fadil (Jonas Rivanno) kekasih Livia. Fadil kemudiannya melamar Livia. Dengan perasaan gembira, Livia menyarungkan cincin yang baru diterimanya ke jari Kamila, dengan harapan agar Kamila juga akan dilamar Edo. Kamila sangat sedih mendengarnya. Belum sempat cincin itu dikembalikan, mereka bertiga mengalami kemalangan.

Dalam keadaan kritikal, Fadil menyampaikan kepada keluarganya umtuk merestui hubungannya dengan kekasih hatinya. Belum selesai Fadil berbicara, ibu Fadil Ambar (Nunu Datau) terpegun melihat Kamila, wanita yang ia pernah lihat bersama Fadil dan juga memakai cincin yang sama dengan Fadil. Semua pun berpendapat bahawa Kamila adalah kekasih Fadil termasuk Farah.

Keluarga Fadil tidak menyetujui hubungan Fadil dan Kamila. Fadil yang kemudian mengetahui bahawa Livia telah tiada, kemudian mengakui bahawa bayi dalam kandungan Kamila adalah anaknya. Hal itu semata-mata Fadil lakukan untuk menyelamatkan hatinya yang terluka kerana kehilangan kekasihnya Livia dan juga untuk menyelamatkan Kamila dan bayinya yang telah ditolak oleh Edo. Ternyata Edo tidak boleh saja melupakan Kamila, ia sangat cemburu melihat kemesraan Fadil dan Kamila. Edo cuba untuk mendekati Kamila semula.

Bagaimanakah kisah selanjutnya? Adakah semua kekacauan dan salah faham yang berlaku boleh diungkaikan. Semua jawapannya ada di dalam sinetron Kemilau Cinta Karmila.

Sinetron ni ditayangkan di Astro Prima setiap Isnin hingga Khamis pada jam 11 malam. Selamat menonton.




24 Februari 2011

Perlawanan Bola Sepak

Assalammualaikum... pagi ni nak cerita pasal bola sepak yang berlangsung malam tadi antara Malaysia dan Pakistan. Malaysia telah menjaringkan 2 gol kemenangan manakala Pakistan tidak berjaya menjaringkan walaupun satu gol. Tapi kita tak boleh lagi nak menarik nafas lega kerana masih ada perlawanan timbal balik pada 9 Mac depan.

Dua insiden yang terjadi pada perlawanan bola sepak tu ialah Khairul Fahmi ditendang oleh pemain Pakistan. Apalah pemain Pakistan tu, ikut sangat emosi last-last padan muka kena kad merah. Insiden kedua juga melibatkan pemain Pakistan yang jatuh pengsan selama beberapa saat. Masa tu aku yang tengok kat rumah pun cemas jugak sebab pemain tu tak sedar. Naib baik dengan bantuan kepakaran doktor, akhirnya sedar juga pemain bolasepak Pakistan tu.

Apapun.. harap-harap Malaysia boleh mara ke Sukan Olimpik.






22 Februari 2011

Kemenangan Seterusnya di bulan Februari

Assalammualaikum.. alhamdulillah, masih ada rezeki buat aku di bulan Februari. Kemenangan yang ke 4 dari blog KARIPAPSAYUR. Aku mendapat tempat ketiga.


Yang kelima pula dari blog Sukasuki. Aku dapat hadiah FM. Suka sangat.. lagipun sekarang ni aku nak jadi pengumpul FM. See.. mr random telah memilih aku.


Alhamdulillah..


18 Februari 2011

Penjagaan Gigi

Assalammualaikum.. aku nak share dan untuk simpanan aku sendiri berkenaan penjagaan gigi ni.

Bagi yang tidak mengetahui, di dalam mulut ada ratusan juta bakteria malah ada laporan berkata dalam setiap miligram plak gigi mengandungi 1,011 bakteria. Memanglah bukan semua bakteria dalam mulut membahayakan kerana sebahagian besarnya diperlukan untuk proses semulajadi normal. Antara bakteria yang negatif ialah P.Gingivalis, B.Intermedius dan A.Actinomycetemcommitans yang dominan menyebabkan radang gusi dan radang sekitar hujung akar gigi hingga menjadi bengkak dan bernanah.

Sebab itu penjagaan gig amat penting bukan saja untuk kesihatan yang baik tetapi juga memberi keyakinan diri yang tinggi apabila berkomunikasi dengan orang lain. Penjagaan gigi dan gusi perlu bermula sebaik saja gigi bayi tumbuh. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka untuk menjaga gigi mereka supaya gigi mereka sihat dan tetap cantik setelah dewasa.

Seperti gigi kekal yang sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga ada peranan penting untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Oleh itu adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan dan pereputan gigi susu yang menyakitkan.

Panduan Penjagaan Mulut Baru lahir hingga 24 bulan
1. Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.
2. Jangan biar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong saja.
3. Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak andamencapai umur 1 tahun.
4. Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.
5. Teruskan mencuci bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain

Umur 2-6 tahun
1. Ibubapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.
2. Mula ajar mereka menggunakan flos pada bahagian gigi yang rapat.
3. Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.

Umur 6-12 tahun
1. Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak dengan pengawasan ibubapa. Umur 8 tahun adalah purata umur kanak-kanak mampu memberus gigi sendiri, manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.
2. Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.

Kanak-kanak dari semua peringkat umur
1. Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.
2. Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan saraan pagi dan sebelum tidur.

17 Februari 2011

100 Bloggers Diperlukan


Assalammualaikum.. tadi masa berblogwalking, terjumpa la ini. Aku pun menumpang sekaki nak join. Aku pun belum mengexplore lagi. Syarat-syaratnya

1. Buat satu post yang bertajuk '100 Bloggers Diperlukan'
2. Pasang widget blogwalking di blog korang. Masuk sini dan klik button "Add To Your Blog/Install" untuk pasang widget ni.
3. Submit permalink post di ruangan komen entri ni (yiedpozi)


15 Februari 2011

Masalah Telah Diselesaikan

Assalammualaikum.. jika sebelum ni aku risaukan gambar di entry aku yang tak berapa nak kemas sampaikan aku nak tengok pun menyampah tapi sekarang alhamdulillah dengan bantuan auntie aku (Syamila), setelah aku membuang sikit kod-kod yang dirasakan tak perlu masalah tu telah dapat diselesaikan. Barulah rasa seronok sikit nak menghadap blog aku ni he3


Sebelum diubahsuai

Setelah diubahsuai


Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua.


14 Februari 2011

Kemenangan Giveaway di bulan Februari

Assalammualaikum.. selama ni aku tak pernah nak buat entry mengenai kemenangan aku sepanjang aku melibatkan diri dalam contest, giveaway dan juga lucky draw. Untuk kemenangan pertama di bulan Februari ni dimulakan dengan kemenangan dari blog Syok2u ni. Aku dapat meneka dengan tepat dan hadiah yang aku menangi ialah top up RM10.


Seterusnya kemenangan kedua di blog Keyna Chan. Aku memenangi tempat ke 3 dengan undian secara random dan tahniah juga buat Bambam dan Syera Haifa.


Yang ketiga pula kemenangan setelah aku menyertai GIVEAWAY TEPUNG DAN KEK dari blog Mama Mirza. Aku memenangi tempat kedua hasil cabutan bertuah dari si comel Harraz.



Alhamdulillah.. inilah rezeki aku. Harap-harap lepas ni rezeki masih menyebelahi aku. Amin....


Ehh..apa ni.Nak tau? Kenalah Klik ye.
10 Februari 2011

Template Baru

Assalammualaikum.. perasaan tak sekarang ni aku dah gunakan template baru dan masih lagi mengekalkan warna biru. Cuma sekarang ni kat post entry nampak agak berterabur dengan gambar-gambar yang tak sekata. Dah puas aku adjust nak bagi gambar-gambar tu berada di tengah-tengah tapi tak menjadi-jadi hu3. Ada sesiapa yang tau tak? Boleh tolong sikit.


Ehh..apa ni.Nak tau? Kenalah Klik ye.
07 Februari 2011

Senang Dan Menang With Puteri Katek


Saya tau giveaway ni dari blog http://ilovecontestblog.com

Salam.. jom ramai-ramai memeriahkan Senang Dan Menang With Puteri Katak. Kepada sesiapa yang nak join sila klik di SINI dan jangan lupa korang tau contest ni dari JIEDA ye. Tarikh tutup contest ni pada 14 Februari 2011.

Resepi yang nak share di sini ialah Kerabu Sotong.



Bahan-bahannya
500 gram sotong ...buangkan kulit dan hiris kasar
3 S/b Apple Cider Veniger atau air limau nipis/kasturi *aku guna limau nipis*
2 sudu teh kicap cair atau sos ikan *aku guna kicap cair*
1 sudu teh gula pasir

Bahan hiris/mayang
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
3 biji cili merah
5 ulas bawang merah
3 biji buah tomato
1 biji mangga muda

Cara membuatnya
1. Rebuskan sotong dengan sikit air. Toskan.
2. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.

Haaa...senang je kan. Selamat mencuba.


Nak tag kepada sesiapa yang masuk ke blog ni

Ehh..apa ni.Nak tau? Kenalah Klik ye.

Hantu Kak Limah Balik Rumah


Salam.. lamanya tak ngadap blog. Maklumlah kat rumah dah takde line internet lagi hu3. Cuti raya cina 4 hari tu pun aku tak ke mana-mana. Hanya duduk rumah tengok tv, makan, tidur. Tengah tengok tv ada pulak promo Hantu Kak Limah Balik Rumah kat Astro First. Aku tengok 15 minit pertama pastu aku terus sms untuk melanggan. Tak rugi aku habiskan RM15 tu untuk 48jam. Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah tu memang kelakar habislah. Anak-anak aku pun enjoy dan bergelak sakan dorang tengok walaupun berulang-ulang. Aku bagi 5 bintang untuk filem ni.

Jom kita tengok serba sikit sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Jom saksikan Hantu Kak Limah Balik Rumah di Astro First.



Ehh..apa ni.Nak tau? Kenalah Klik ye.
01 Februari 2011

Contest Nama Baby Saya


Contest yang aku nak join nampaknya menarik. Kepada sesiapa yang nak join sila klik di SINI dan tarikh tutup giveaway pada 01 Mac 2011.

Nama Anak-Anakku

1. Ahmad Irfan Fitri
Ahmad bermaksud Yang Terpuji
Irfan bermaksud Bijaksana
Fitri bermaksud Semulajadi

Nama ni diberi oleh aku kerana masa aku tengok nama-nama di dalam buku, aku berkenankan nama Irfan manakala Fitri diberi kerana aku bersalin masih di dalam bulan Syawal. Ahmad tu asalnya aku nak beri Muhammad tetapi disebabkan en suami namanya bermula dari Ahmad lalu aku menukarkan Muhammad ke Ahmad.

2. Nurdania Zulaikha
Nur bermaksud Cahaya
Dania bermaksud Hampir
Zulaikha adalah nama isteri kepada Nabi Allah Yusof

Nama ni pun aku yang pilih.

3. Nurlyana Balqis
Nur bermaksud Cahaya
Lyana bermaksud Kelembutan
Balqis adalah nama isteri kepada Nabi Allah Sulaiman

Haa.. yang ini en suami aku yang pilih. Dia berkenankan nama Lyana. Disebabkan nama anak yang kedua ada Nur maka aku pun tambah Nur dan nama Balqis tu pun aku yang tambah kerana aku nak letak nama isteri Nabi di penghujung nama anak perempuan aku. Nama ni dipilih kerana aku nakkan anak perempuan aku penuh dengan sifat kelembutan dan secantik Puteri Balqis.






Ehh..apa ni.Nak tau? Kenalah Klik ye.