Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

31 Ogos 2010

Genap 10 Tahun


Alhamdulillah.. tepatnya jam 11.30 pagi bermakna sudah 10 tahun aku bergelar seorang isteri kepada suami tercinta dengan dikurniakan 3 orang cahayamata. Sepanjang 10 tahun perkahwinan aku ni pelbagai onak dan duri yang datang tapi masih lagi bertahan kerana adanya kepercayaan, persefahaman dan juga kasih sayang. Semoga Allah Taala akan memanjangkan jodohku dengan suami hingga ke akhir hayat serta diberikan kesejahteraan untuk aku sekeluarga. Amin...
30 Ogos 2010

Khasiat Kiwi


Salam.. ada tak sesiapa yang suka makan buah kiwi. Jadinya di sini aku nak berkongsi info khasiat buah kiwi ni.

Sebiji buah kiwi mengandungi zat kalium lebih daripada sebiji pisang manakala kandungan vitamin C pada kiwi pula umpama dua biji oren. Lebih menarik, seniji kiwi juga mengandungi kandungan serat umpama kita menikmati semangkuk bijirin selain kaya dengan beta karotina, magnesium, zink, zat besi dan fosforus.

Menurut fakta jenama kiwi terkenal dari New Zealand, Zespri, ia dianggap antara buah yang dapat membantu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit kerana kandungan vitamin C di dalamnya membantu meningkatkan sistem imunisasi badan terhadap patogen seperti bakteria. Selain itu, ia mengandungi vitamin E dan antioksidan penting untuk membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Lebih istimewa, kandungan vitamin C dan karotenoid dalam kiwi juga membantu dalam penyerapan zat besi manakala satu enzim proteolisis aktif yang digelar actinidin dapat menolong meningkatkan penghadaman protein daging, susu, kekacang dan bijirn. Ramai yang mengalami masalah sembelit ketika di bulan puasa dan untuk mengatasi masalah berkenaan, pakar pemakanan menyarankan pengambilan sebiji kiwi dalam diet harian.

Bagi pesakit diabetes, kiwi mampu membekal sumber tenaga yang diperlukan kerana kajian menunjukkan ia mengandungi indeks glisemia 52, iaitu tahap sederhana ke rendah untuk hidangan sebiji kiwi saiz besar. Ini bermakna tahap glukosa darah pesakit diabetes juga tidak akan bertambah secara mendadak. Kajian juga mendapati jika kiwi dimakan sejam sebelum tidur, ia mampu membantu membaiki kualiti serta menstabil dan menenangkan angin seseorang. Bagaimanapun untuk warga emas yang mempunyai penghadaman yang lemah, disyorkan menikmati buah berkenaan sejam setengah sebelum tidur.

Oleh itu, marilah kita mulakan makan buah kiwi untuk mendapatkan khasiatnya.

24 Ogos 2010

Cabutan Bertuah Manjaku Sayang


Salam.. giveaway ni datangnya dari blog Manjaku Sayang. Sempena birthday Aleeya pada 24 Ogos ni, tuan blog telah menganjurkan giveaway. Sesiapa yang nak join sila klik di SINI. Tarikh tutup pada 30 September 2010.
23 Ogos 2010

Ulangan Benci Bilang Cinta

Salam.. aku ni kalau tengok tv memang suker konker remote tv, sambil tu aku akan tengok info di channel lain pulak. Kebetulan... pagi semalam aku sekeluarga sedang tengok citer Rendang Madu yang ditayangkan kat tv2. Pastu tangan aku ni cam biasa tekan-tekan remote tertekan Astro Ria. Gembiranya rasa di hati sebab ada ulangan cerita Benci Bilang Cinta. Aku rasa mesti ramai yang request agar cerita tu ditayangkan sekali lagi.

Jadi, kepada sesiapa yang tak dapat tengok cerita ni sebelum ini, koranglah bolehlah tonton setiap hari ahad bermula dari pukul 11.30pagi hingga ke 3.30ptg.

Nabi Idris Naik Ke Langit


Diriwayatkan Nabi Idris naik ke langit pada hari Isnin. Firman Allah bermaksud: ''Dan ceritakanlah (Wahai Muhammad kepada mereka) kisah Idris di dalam Al Quran. ''Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan Kami mengangkatnya ke martabat yang tinggi''. (Surah Maryam ayat 56-57).

Nama sebenar Nabi Idris ialah 'Akhnukh'. Baginda dinamakan Idris kerana banyak membaca, mempelajari kitab Allah. Setiap hari Nabi dris menjahit qamis (baju kemeja) dan apabila memasukkan jarum, Baginda mengucapkan tasbih. Selepas baju itu siap, ia diserahkan kepada orang yang menempah tanpa meminta upah. Dalam keadaan itu, Nabi Idris masih mampu beribadah dengan amalan yang sukar digambarkan sehingga Malaikat Maut amat rindu berjumpanya.

Lalu Malaikat Maut bermohon kepada Allah menemui Nabi Idris. Selepas memberi salam, malaikat pun duduk. Nabi Idris mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka, datanglah malaikat dari syurga membawa makanan lalu Baginda menikmati makanan itu. Baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. ''Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama''. Tetapi malaikat itu menolaknya.

Nabi Idris melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris hairan melihat sikap malaikat itu. Kemudian baginda berkata: ''Wahai tuan, mahukah bersiar-siar bersama saya melihat keindahan alam sekitar?'' Malaikat Maut menjawab: ''Baiklah wahai Nabi Allah Idris''. Maka berjalanlah mereka melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris: ''Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya mengambil ini untuk dimakan?''

Nabi Idris pun menjawab: ''Subhanallah, mengapa malam tadi tuan enggan makan makanan halal, sedangkan tuan mahu memakan yang haram pula?'' Kemudian Nabi Idris dan Malaikat Maut meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa mereka bersiar-siar selama empat hari. Selama bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan Malaikat Maut. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat manusia biasa.

Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahu. Baginda bertanya: ''Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan sebenarnya?'' ''Saya adalah Malaikat Maut''. ''Tuankah yang bertugas mencabut nyawa semua makhluk?'' ''Benar ya Idris''. ''Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan akan mencabut nyawa makhluk?'' ''Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang saya cabut. Roh makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap makanan''. ''Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau mencabut nyawaku?'' ''Saya datang menziarahimu dan Allah mengizinkan niatku itu''.

''Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohon kepada Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah selepas merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu''. Malaikat Maut menjawab: ''Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang melainkan izin Allah''. Lalu Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut, agr mencabut nyawa Idris. Maka tercabutlah nyawa Idris saat itu dan Baginda merasakan kematian.

Ketika melihat kematian Nabi Idris, Malaikat Maut menangis. Dengan rasa hiba dan sedih, dia bermohon Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan Allah kembali. Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan bertanya: ''Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan mauit itu?'' ''Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya''. ''Padahal kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika mencabut nyawa tuan belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan''.

''Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan iaitu saya teringin melihat neraka, supaya dapat beribadah kepada Allah lebih banyak selepas meyaksikan dahsyatnya api neraka itu''. ''Wahai Idris, saya tidak dapat ke neraka tanpa izin Allah''. Akhirnya Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke neraka. Di neraka itu, Nabi Idris melihat semua yang diciptakan Allah untuk meyeksa musuh-Nya seperti rantai panas, ular berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok yang penuh berduri serta air panas mendidih.

Selepas itu, mereka pun pulang. Nabi Idris berkata: ''Wahai Malaikat Maut, saya berhajat agar tuan membawa saya ke syurga supaya dapat melihat apa-apa yang disediakan Allah bagi kekasih-Nya. Ini dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah. ''Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke syurga tanpa perintah dari Allah'', jawab Malaikat Maut. Lalu Allah memerintahkan Malaikat Maut membawa Nabi Idris ke syurga.

Mereka sampai di pintu syurga dan melihat pemandangan di dalamnya. Baginda melihat segala kenikmatan disediakan Allah untuk wali-Nya seperti buah-buahan, pokok yang indah dan sungai yang mengalir. Kemudian Nabi Idris berkata: ''Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya merasakan pahitnya maut dan saya melihat dahsyatnya api neraka. ''Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api neraka?''

Malaikat maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin. Nabi Idris masuk ke syurga dan meletak kasutnya di bawah salah satu pohon lalu keluar dari syurga. Apabila di luar, Nabi Idris berkata ''Wahai Malaikat Maut, aku meninggalkan kasutku di syurga''. Malaikat Maut pun berkata: ''Mauklah ke syurga dan abil kasut tuan''. Maka masuklah Nabi Idris, namun baginda tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: ''Ya Idris, keluarlah!'' ''Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT berfirman bermaksud: Setiap yang berjiwa akan merasakan mati. (Surah Ali-Imran ayat 185).

''Sedangkan saya merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud: Dan tiada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi neraka itu. (Surah Maryam ayat 71). Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: ''Biarkanlah dia, kerana Aku menetapkan di azali, bahawa tempat tinggalnya di syurga''.
21 Ogos 2010

Keyword Harini


Salam.. tak sia-sia aku buat entri pasal drama Durja Ningsun di slot seram tv3. Sekurang-kurangnya menambah traffik di blog aku. Sekian, entri ringkas aku.

Jin Tentera Nabi Sulaiman


Jin adalah sebahagian tentera nabi Sulaiman. Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan daripada Allah yang boleh memahami bahasa binatang. Dia boleh bicara dengan burung Hud Hud dan memahami bahasa semut. Dalam surah An-Naml, ayat 18 ~ 26 menceritakan keistimewaan nabi yang sangat kaya raya ini. Firman Allah yang bermaksud: ''Dan Sulaiman mewarisi Daud dan dia berkata, ''Hai manusia, kami diberi pengertian mengenai suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata''.

Dan, dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya daripada jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, ''hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak meyedari''. Maka Nabi Sulaiman tersenyum dan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, ''Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku, kurniaka padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau readhai dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh''. (An-Naml: 16~19)

Menurut riwayat, pernah suatu hri Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut, ''Wahai semut! Berapa banyak engkau peroleh rezeki daripada Allah dalam waktu setahun?'' ''Sebesar biji gandum'', jawab semut. Kemudian, nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Genap setahun, Nabi Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, si semut mendapati hanya memakan sebahagian biji gandum itu. ''Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?'' tanya Nabi Sulaiman.

''Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah'', jawab si semut. ''Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadakupada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya. Walaupun Nabi Sulaiman dilimpahkan kekayaan, dia tetap manusia biasa.

Begitu juga cerita Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis, seorang wanita yang cantik dan mempunyai akal yang cerdas. Sebab itulah golongan jin berasa irihati dengannya. Mereka mengatakan Ratu Balqis mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta. Maka Nabi Sulaiman memerintahkan jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu baginda menyuruh membina sebuah mahligai yang dibuat daripada kaca. Bahagian bawah mahligai itu di sekeliling sungai dengan ikan manakala atasnya dibuat sebuah jambatan daripada kaca.

Ketika Ratu Balqis dan rombongannya tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: ''Apakah ini singgahsanamu?'' Ratu Balqis menjawab ''Mungkin!'' Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgahsananya. Daripada jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman bahawa dia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana. Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh tetamunya itu masuk ke istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke istana, dia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga dia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap.

Nabi Sulaiman melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aib pun seperti yang disampaikan golongan jin. Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: ''Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibemtuk daripada kaca''. Ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: ''Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti''.

Di dalam surah An-Naml ayat 44 bermaksud: ''Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam''. Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat. Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang buas sebagai buruhnya dan malaikat seagai utusannya.

Nabi Sulaiman mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya dibuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, panjang barisan itu tidak kurang daripada seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan. Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani itu terdapat 12,000 mihrab, pada setiap mihrab terdapat kerusi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas setiap kerusi itu seorang yang alim dari ulama Bani Israel.

Pada setiap hari dimasak kira-kira 1,000 unta, 4,000 lembu dan 40,000 kambing. Nabi Sulaiman mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk di atas tungku. Firman Allah yang bermaksud: ''Jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendakinya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku''. (Surah Saba' ayat 13)

Begitulah besarnya kelebihan Nabi Sulaiman. Namun, kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad yang beriman, di dalam syurga nanti lebih besar. Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad di dalam syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Nabi Sulaiman.

Nabi Ibrahim Membina Kaabah


Salam.. masih lagi nak ceritakan kisah rasul di sini. Kali ni kita bercerita kisah Nabi Ibrahim. Aku suka sangat cerita ini.

Allah memerintahkan Nabi Ibrahim membangunkan Baitul 'Atiq, iaitu masjid bagi manusia menyembah Allah. Ulama salaf mengatakan setiap tingkat langit terdapat sebuah rumah. Penduduk langit beribadah kepada Allah di rumah itu. Kerana itulah Allah memerintahkan Nabi Ibrahim membuat bangunan seperti itu di muka bumi. Inilah kisah pembangunan Kaabah oleh Nabi Ibrahim yang dibantu putera baginda, nabi Ismail.

Kisah bermula apabila nabi Ibrahim membawa isterinya Hajar, ke Makkah. Ketika itu, Hajar masih menyusukan Ismail. Nabi Ibrahim kemudian meletak Hajar dan Ismail di bawah pohon besar tetapi tiada sesiapa di situ termasuk sumber air. Nabi Ibrahim hanya meninggalkan kurma dan bejana berisi air. Ketika Nabi Ibrahim hendak pergi, Hajar mengikuti dari belakang dan bertanya, ''Wahai Ibrahim, ke mana engkau akan pergi? Apakah engkau akan meninggalkan kami di lembah ini yang tiada sesiapa dan makanan apa pun?''. Hajar mengucapkan berkali-kali, namun Nabi Ibrahim tidak menghiraukannya. Hajar bertanya lagi, ''Apakah Allah yang memerintahkan engkau berbuat ini?'' Nabi Ibrahim menjawab, ''Ya''. Hajar lalu berkata, ''Dia tidak akan membiarkan kami''. Hajar kemudiannya kembali.

Di daerah Tsaniah, ketika kelibatnya hilang dari pandangan keluarga, Nabi Ibrahim berdoa: ''Ya Allah, sesungguhnya aku menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. Ya Rabb Kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur''.

Ketika persediaan air mereka habis, Hajar pun mencari air untuk dia dan puteranya. Dia ke bukit Safa, mencari-cari adakah orang di sana, namun tiada sesiapa ditemui. Oleh kerana itu, di dalam ibadat haji terdapat ibadat namanya Saei, iaitu berlari-lari kecil dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali. Apabila sampai ke Marwah, Hajar mendengar suatu suara. Lalu dia berkata, ''Diamlah''. Dia mendengar suara itu lagi lalu mencarinya dan berkata, ''Aku mendengarmu, apakah engkau dapat memberikan bantuan?''.

Ternyata dia berada bersama malaikat di tempat di mana terdapat air zam-zam. Lalu, malaikat itu menggali tanah hingga akhirnya muncul air. Dia mendapatkan air itu dan mengisi ke dalam benjananya dan kembali ke Ismail dan menyusuinya. Malaikat berkata kepada Hajar, ''Janganlah engkau takut disia-siakan, kerana di sini akan dibina sebuah rumah oleh anak ini dan bapanya. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan keluarganya''.

Selepas beberapa waktu berlalu, serombongan suku Jurhum datang ke tempat itu dan tinggal di sekitar air zam-zam bersama Hajar dan Ismail. Ia atas izin Hajar. Sementara itu Nabi Ismail kian meningkat dewasa dan belajar bahasa Arab dari suku Jurhum. Baginda berkahwin dengan salah seorang wanita mereka. Diceritakan bahawa tidak lama kemudian, Hajar meninggal dunia. Nabi Ibrahim datang menjenguk Nabi Ismail dan isterinya.

Nabi Ibrahim bertanya kepada wanita itu ke mana Nabi Ismail. Isterinya menjawab, ''Dia mencari nafkah untuk kami''. abi Ibrahim bertanya keadaan mereka. Isteri nabi Ismail menjawab, ''kami hidup dalam kesempitan dan kemiskinan.'' Mendengar jawapan itu, sebelum pulang Nabi Ibrahim berpesan kepada wanita itu menyampaikan salam kepada Nabi Ismail dan berpesan agar Nabi Ismail mengganti pegangan pintunya.

Selepas Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya menceritakan peristiwa tadi dan menyampaikan pesanan Nabi Ibrahim kepada suaminya. Mendengarkan hal berkenaan, Nabi Ismail berkata kepada isterinya, ''Itu tadi adalah bapaku. Dia menyuruhku untuk menceraikanmu, maka kembalilah engkau kepada orang tuamu''. Nabi Ismail pun menceraikan isterinya sesuai dengan pesan Nabi Ibrahim dan kemudia berkahwin lagi dengan seorang wanita dari Bani Jurhum.

Selepas beberapa waktu, Nabi Ibrahim kembali mengunjungi Nabi Ismail. Namun, Nabi Ismail tiada di rumah. Nabi Ibrahim pun menemui isteri Nabi Ismail yang baru. Beliau bertanya di mana Nabi Ismail sekarang. Isterinya menjawab Nabi Ismail sedang mencari nafkah. Nabi Ibrahim juga bertanya keadaan mereka. Wanita itu menjawab mereka baik-baik saja sambil kemudian memuji Allah. Nabi Ibrahim bertanya makanan serta minuman mereka.

Wanita itu menjawab makanan mereka adalah daging, dan minuman adalah air. Maka Nabi Ibrahim mendoakan mereka, ''Ya Allah berkatilah mereka pada daging dan air''. Selepas itu Nabi Ibrahim pergi dari rumah Nabi Ismail. Namun, Baginda berpesan kepada wanita itu agar Nabi Ismail memperkukuh pegangan pintunya.

Ketika Nabi Ismail pulang, beliau bertanya kepada isterinya, ''Adakah tadi orang yang bertamu?'' Isterinya menjawab, ''Ada, seorang tua yang penampilannya baik''. Dia memuji Nabi Ibrahim. ''Dia bertanya kepada diriku, maka aku jelaskan keadaanmu kepadanya. Dia juga bertanya kehidupan kita, dan aku jawab kehidupan kita baik-baik saja''. Nabi Ismail kemudian bertanya, ''Adakah dia berpesan sesuatu kepadamu?'' Isterinya kembali menjawab, ''Ya, Dia menyampaikan salam kepadamu dan meyuruhku mengukuhkan lagi pegangan pintumu''.

Nabi Ismail berkata, ''Itu adalah ayahku dan engkau adalah pegangan pintu itu. Beliau menyuruhku untuk tetap berkahwin denganmu (menjagamu)''. Ketika Nabi Ismail meraut anak panah, Nabi Ibrahim pun datang. Nabi Ismail bangun menyambutnya dan mereka saling melepaskan rindu. Selanjutnya, Nabi Ibrahim berkata ''Wahai anakku, sesungguhnya Allah menyuruhku menjalankan perintah.'' Ismail menjawab, ''Lakukanlah apa yang diperintahkan Tuhanmu''. ''Apakah engkau akan membantuku?'', tanya Nabi Ibrahim.

''Aku pasti akan membantumu'', jawab Ismail. Nabi Ibrahim kemudian menunjuk ke tompokan tanah yang lebih tinggi dari yang sekitarnya. Baginda berkata, ''Sesungguhnya Allah menyuruhku membuat rumah di sini''. Pada saat itulah, Ismail mulai mengangkut batu sementara Nabi Ibrahim memasangnya untuk membina Baitullah. Selepas bangunan tinggi, Ismail membawakan sebuah batu untuk menjadi pijakan bagi Nabi Ibrahim. Batu inilah yang akhirnya disebut sebagai maqam (tempat berdiri) nabi Ibrahim.

Mereka bekerja dan berdoa ''Wahai Tuhan kami terimalah dari kami (amalan kami) sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui''. Sampai akhirnya Kaabah pun berdiri di bumi Allah.

Ummi Faris Haikal Giveaway


Salam.. sempena birthday ummi yang ke 26 pada 24/08/10 ni, ummi telah menganjurkan giveaway. Kepada sesiapa yang nak join sila klik di SINI
Tarikh tutup giveaway ni pada 24.08.2010.

Fabric Giveaway by Little Mama


Salam pagi, seperti biasa aku nak join giveaway yang senang-senang je ni dan giveaway yang aku nak join ni datangnya dari blog Little Mama. Setiap giveaway yang dijoin mesti ada syarat-syaratnya kan. Meh kita lihat syarat-syaratnya tu

1. Buat entri ringkas di blog tentang Fabric Giveaway ni – kena letak banner giveaway dan link ke contest page ini – http://littlemamadiary.com/fabric-giveaway-mama/
- sudah dibuat -

2. Letak link co-sponsor dalam entri - http://littlemamalove.com
- sudah dibuat -

3. Letak banner Fabric Giveaway versi kecik kiut ni kat sidebar blog dan link ke littlemamadiary.com
- sudah dibuat -

4. Tinggalkan komen yang anda join Fabric Giveaway beserta permalink ke entri anda.
- sudah dibuat -

Untuk mendapat extra tickets lucky draw ni kenalah
1. Follow Little Mama Diary - http://littlemamadiary.com
2. Follow Izzah Sazahly - http://izzahsazahly.com
3. Little Mama's Love Updates - http://littlemamababyboutique.blogspot.com

Tarikh tutup contest ni pada 17 September 2010.

20 Ogos 2010

Yunus Ditelan Ikan Nun (Paus)


Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang diutuskan Allah untuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus datang ke Niwana semata-mata atas perintah Allah untuk berdakwah kepada penduduknya. Nabi Yunus mendapati penduduk Niwana menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka ilmu tauhid dan keimanan. Nabi Yunus memberi nasihat mereka kebodohan menyembah berhala sedangkan ia buatan manusia.


Nabi Yunus mengingatkan mereka menyembah Allah yang menciptakan manusia dan Allah saja wajib ditaati. Oleh kerana ajaran yang dibawa nabi Yunus itu baru, tidak ramai manusia mahu menerimanya. Mereka lebih suka menyembah berhala yang dilakukan sejak zaman nenek moyang. Walaupun nabi Yunus memberi nasihat, mereka tetap berkeras dengan berkata ''Ini adalah Tuhan kami (berhala),datuk nenek kami telah lama menyembah tuhan-tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami''.

Nabi Yunus berkata ''Aku hanya menyampai apa yang Allah menyuruh aku sampaikan kepada kamu, oleh itu beriman dan bertauhid menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah''. Katanya lagi, ''Aku ini hanyalah pesuruh Allah supayamenyelamatkan kamu semua daripada lembah kesedatan dan lembah kegelapan serta menyiarkan kepada kamu agama yang suci bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu daripada khufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di dunia dan akhirat''.

Walaupun nabi Yunus meminta supaya mereka kembali ke pangkal jalan, mereka tetap berdegil dan berkata ''walau apa sekalipun kamu katakan, kami tetap tidak akan berganjak daripada agama kami malah tidak takut ancaman yang kamu katakan dan jik mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, jika kamu memang orang yang benar''.

Selepas melihat mereka enggan menerima peringatan itu, Nabi Yunus meninggalkan Niwana dengan rasa marah. Nabi Yunus berdoa kepada Allah supaya mereka yang degil menerima hukuman. Sejak Nabi Yunus meninggalkan Niwana, mereka gelisah melihatkan perubahan di tempat tinggal masing-masing. Penduduk melihat Niwana mengalami kegelapan, binatang peliharaan tidak tenteram, angin yang kuat dan guruh yang menggegarkan. Akhirnya mereka menyesal dan keluar beramai-ramai dari kota itu ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah agar dijauhkan dari malapetaka.

Allah Maha Mengetahui akan hamba-Nya yang menyesal dan memohon ampun daripada-Nya, maka Dia menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan mereka kembali tenang. Akhirnya mereka kembali dengan bersyukur kepada Allah. Nabi Yunus meninggalkan Niwana membawa diri tanpa tujuan.Baginda naik bukit turun bukit, naik gunung turun gunung dan akhirnya sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar.

Selepas diizinkan, Baginda menumpang kapal itu. Dalam perjalanan kepal berkenaan dilanda ribut taufan. Kapten memutuskan barang yang dibawa hendaklah dikurangkan termasuk penghuni kapal. Satu pengundian dibuat dan Nabi Yunus dipilih untuk buang ke laut. Disebabkan Nabi Yunus amat dihormati dan disanjung, mereka mengadakan pemilihan sekali lagi tetapi tetap memihak nabi Yunus. Kali ketiga mereka mengundi, akhirnya Nabi Yunis tau ia kehendak Allah. Nabi Yunus memikirkan kesalahnnya meninggalkan Niwana tanpa persetujuan Allah.

Ia berfikir keputusan undi itu untuk menebus dosanya. Nabi Yunus beristikharah, tanpa ragu-ragu Nabi Yunus terjun ke dalam laut yang bergelombang. Ketika Nabi Yunus berlawan dengan gelombang, Allah mengarahkan seeokor ikan Nun (paus) menelan nabi Yunus hidup-hidup. Ikan Nun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut. Ketika dalam perut ikan Nun, Nabi Yunus berdoa kepada Allah mengampukan dosanya. ''Tidak ada Tuhan yang benar disembah hanya Engkau Ya Allah, Maha Suci Engkau aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku''.

Maka Allah perkenankan permintaannya dan melepaskan Baginda darpada kedukaan. Demikianlah Allah selamatkan orang yang beriman. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: ''Nama tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama iyu akan diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapka Nabi Yunus dalam perut ikan Nun''. Firman Allah bermaksud ''Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat''.

Selepas beberapa lama dala perut ikan Nun, Allah melemparkan Nabi Yunus ke darat. Di tempat Nabi Yunus dilemparkan, Allah menghidupkan pokok labu yang dapat Baginda berteduh dan makan buahnya. Ketika dilemparkan keadaan Baginda amat letih. Selepas segar, Allah memerintahkannya kembali ke Niwana. Nabi Yunus terkejut kerana penduduk Niwana dahulunya ingkar dengan perintah Allah, kini hidup mati mereka hanya untuk Allah.

Wardah Top up Raya Giveaway


Ada sesiapa yang nak top up free? Meh join Giveaway ni kerana hadiah yang akan dimenangi merupakan top up. Tak kisah la korang guna sim card apa pun. Saya menggunakan sim card MAXIS. Sesiapa yang nak join meh ramai-ramai ke SINI.

Durja Ningsun di TV3


Salam pagi jumaat, ada tak sesiapa yang tengok slot seram terbaru di tv3 malam tadi? Drama Durja Ningsun ni menggantikan drama Roh Kembali. Sungguh menyeramkan. Aku yang tengok malam tadi pun agak terkejut-kejut juga.

Sinopsis Durja Ningsun

Kisahnya bermula kepada Aria (Erin Malik) yang menanggung derita kerana diganggu makhluk halus sejak berusia 14 tahun. Aria sering dirasuk dan bermimpi tentang silam dunia Ningsun. Akhirnya, Aria sembuh selepas dirawat secara tradisional oleh datuknya, Haji Syaaban (Abu Bakar Juah). Kini, Aria sudah bersedia untuk melanjutkan pelajaran di jurusan kejuruwatan profesional. Rakan baiknya, Aliff (Aeril Zafrel) juga belajar bidang seni grafik di kolej yang berdekatan.

Bermulalah hidup Aria di asrama sementara kolej yang diubahsuaikan daripada bangunan kolonial lama. Di sana, Aria berkenalan dengan Myra, Nurlida, Suhana dan juga seniornya Yasmin yang tidak berapa menyukainya.

Aria mula merasakan ada sesuatu yang memerhati dan mengekorinya. Gangguan awal mula berlaku namun Aria masih berjaya menguatkan semangatnya dan hanya menceritakan segalanya kepada Aliff kerana mahu berahsia daripada ibu bapanya.

Ibu Aria, Azlin (Siti Sharizah Saifuddin @ Eja) mula bimbang tentang Aria dan mengadu kepada suaminya, Kamal (Eizlan Yusuf). Kamal menyuruhnya lebih melakukan amalan agama daripada masih percaya tentang adanya gangguan hantu.

Yasmin mahu menguji Aria lalu dia merancangkan satu upacara mistik yang selalu diadakan oleh pelajar senior walaupun dibantah oleh warden mereka, Ustazah Tahirah (Aida Aris).

Upacara mistik umpama animisme dilakukan di sebuah bilik terbiar dan akhirnya mengundang padah apabila Ningsun hadir dan merasuk ke badan Aria. Sejak itu, Aria sering diganggu oleh Ningsun dan dia mahu mengetahui apakah rahsia di sebalik gangguan yang terus menghantui hidupnya sekian lama? Sedikit demi sedikit, kebenaran berjaya dibongkarkan.. Namun, apakah Aria dapat mententeramkan roh Ningsun yang sudah mula melakukan pembunuhan?


Kalau nak tau sejauh mana keseramannya jangan lupa tonton drama ni setiap hari Khamis jam 9.30 malam.


kredit to budiey.com

17 Ogos 2010

Kilat Musnahkan Kaum Tsamud

Salam semua.. rutin pagi setiap pagi bila sampai opis mesti baca suratkhabar. 1st baca Harian Metro dulu.. tajuk utama harini EMPAT BERANAK MAUT NAHAS. Sedihnya baca kisah tu. Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Kemudian aku baca kisah rasul yang terdapat dalam Harian Metro ni dan seperti biasa aku copy dan paste cerita tu untuk panduan aku dan yang lain. Bukannya apa, aku rasa kalau aku savekan kat dalam blog lebih selamat. Bila-bila kalau aku nak baca aku cari je kat dalam blog ni.


Kaum Ad sudah lenyap dan selepas sekian lama muncul pula kaum Tsamud mendiami negeri yang sama. Negeri yang musnah itu dibangunkan semula hingga menjadi lebih maju daripada sebelumnya dengan hasil bumi melimpah ruah. Kehidupan kaum Tsamud tidak ubah seperti Ad, tidak mensyukuri nikmat Allah malah dengan bangga dan tinggi diri menonjolkan kekayaan dimiliki. Bagi mereka harta yang dimiliki kekal selama-lamanya.

Harta benda dan keseronokan duniawi menyebabkan mereka lupa diri sehingga menjadikan batu sebagai tempat pemujaan. Batu yang disembah itu diberi nama seperti Wad, Jad, Syams, Manaf, Manat dan al-Lata. Akidah mereka terpesong, lalu Allah mengutuskan nabi Salleh untuk menunjukkan jalan kembali kepada kebenaran, iaitu mengakui Allah yang berhak disembah, bukan berhala yang tidak mempunyai sebarang kuasa. Kaum Tsamud yang hidup selesa menolak Nabi Salleh. Segala yang diucapkan Nabi Allah itu ditentang mereka, malah bagi mereka Salleh terkena ilmu sihir sehingga sanggup mengaku sebagai utusan Allah.

Suatu ketika, mereka bersemuka dengan Nabi Salleh untuk melihat bukti kenabiannya. Kalangan mereka mencabar nabi Salleh dengan berkata ''Jika kamu dapat mengadakan mukjizat, kamu memang benar nabi. Jika tidak, kamu bohong''.

Kerana dicabar, nabi Salleh segera berdoa kepada Allah supaya dikurniakan mukjizat. Allah makbulkan permintaan itu dan memerintahkan Nabi Salleh mengumpulkan kaumnya (Tsamud) di kaki gunung. Di kaki gunung nanti bakal muncul seekor unta betina luar biasa yang cantik, besar dan gemuk malah ia tidak pernah dilihat sebelum ini. Namun, unta itu tidak boleh diganggu sesiapa. Janji Allah ditunaikan dan orang beriman makin bertambah imannya, manakala orang kafir di kalangan kaum berkenaan yang penuh dengan perasaan dengki makin marah, lalu merancang membunuh unta terbabit.

Pemimpin mereka menjadikan wanita muda lagi cantik sebagai perangsang kepada mana-mana lelaki supaya melakukan kerja terkutuk itu. Seorang wanita cantik bernama Shaduq binti Mahya tampil dan dia mahu menyerahkan kehormatannya dengan sepuas-puasnya kepada lelaki bernama Masdak Ibn Hajar dengan syarat lelaki itu membunuh unta terbabit. Di samping itu, seorang perempuan tua derhaka juga menyatakan hasratnya, mahu menyerahkan kehormatan anak gadisnya kepada lelaki bernama Qudar Ibn Salif jika berjaya membunuh unta yang dilarang Allah itu.

Berikutan tawaran itu, kedua-dua lelaki terbabit menyahut cabaran membunuh unta berkenaan. Unta itu mati selepas ditusuk dengan pedang hingga terburai susunya. Masdak dan Qudar sungguh girang kerana membunuh unta itu lal menemui pemimpin mereka dan masing-masing menagih gadis cantik berkenaan yang dijanjikan sebagai ganjaran.

Tindakan membunuh unta itu jelas menunjukkan mereka melampaui batasan. Mereka sengaja mendustakan firman Allah, yang memberikan peringatan kepada sesiapa membunuh unta itu bakal menerima balasan. Mereka pula langsung tidak menyesal atas pembunuhan itu, malah mempersendakan Nabi Salleh. Lalu Nabi Salleh berkata: ''Kamu sebenarnya melakukan dosa. Sekarang kamu hanya boleh bergembira tiga hari atas kematian unta itu. Selepas tiga hari, yang dijanjikan Tuhan akan datang dan bukanlah ini janji palsu''.

Belum sampai tiga hari, mereka datang lagi kepada Nabi Salleh dengan menghamburkan kata-kata: ''Percepatkanlah datangnya seksa yang kamu janjikan itu''. Sehari sebelum genap tempoh dijanjikan Nabi Salleh itu, mereka mengadakan mesyuarat tergempar secara rahsia bagi membunuh Nabi Salleh pada malam itu juga, namun utusan Allah itu terselamat.

Masa yang dijanjikan sudah tiba. Belum sempat mereka berbuat apa-apa, petir dan kilat sambar menyambar. Berikutan petir itu terlalu kuat, bukan saja mereka, malah rumah dan bangunan yang didirikan mereka turut ranap. Peristiwa kaum Tsamud menerima seksaan itu digambarkan dalam surah al-Haqqah, antaranya berbunyi: ''Ada pun kaum Tsamud, maka mereka dibinasakan dengan luar biasa''.

Lucky Draw Who's Lucky One

Salam..pagi tadi masa berjalan-jalan ala kura-kura, ternampaklah contest kat blog Salmia. Dah singgah bacalah sekali entri contest tu. Tup..tup.. ternampaklah namaku terpapar kat entri contest tersebut. Rupa-rupanya aku telah ditag oleh Salmia. Okay... contest ni datangnya dari blog NurulDhia. Sila klik di SINI kepada sesiapa yang nak join.




Oh ye.. 5 orang kawan blogger yang aku nak tag ialah
1. Rama2Ungu
2. Adah
3. Marina
4. Nieda
5. Annazanariah
11 Ogos 2010

Here I Come 1st Anniversary GA

Salam.. masih lagi mood join giveaway. Giveaway ni datang dari ainielie. GA ni diadakan kerana tuan blog nak mencari kenalan dan juga menimba pengalaman.Meh kita lihat syarat-syarat yang diperlukan

1. Be my follower sepanjang Giveaway ini berlangsung.
-Dah follow-

2. Listkan
~..HeRe i CoMe..~ dalam bloglist anda..
-Dah listkan-

3. Buat satu entri tentang GA nih dan perlu link terus ke entri ini.
-Dah buat-

4. Letakkan banner
~..HeRe i CoMe..~ 1st Anniversary GA di sidebar blog anda dan linkkan terus ke entri ini.
-Dah letak-

5. Tinggalkan
ID follower anda, url entri GA dan email di ruangan komen entri sahaja.
-Dah tinggalkan-

6. GA ini akan bermula dari sekarang sehingga
1 September 2010 (11.59malam).

7.
3 pemenang akan dipilih berdasarkan kekdah Lucky Draw dan akan dipilih oleh my lil Qaisara pada 2 September 2010 dan senarai pemenang akan diumumkan pada 3 September 2010 (anniversary blog)

Kepada sesiapa yang nak join tu macam biasa klik di SINI.

GA Contest

GA Contest ni datangnya dari blog Coklatchoc4u sempena Ramadhan Al Mubarak ni. Sesiapa yang nak join silalah klik SINI. GA ni bermula dari 11 Ogos dan berakhir pada 11 September.

Hadiah Utama 6pcs homemade choc with/wo filling with bookstyle packaging

4 hadiah saguhati 2pcs homemade choc with/witghout filling perset
10 Ogos 2010

Selamat Tinggal Benci Bilang Cinta, Selamat Datang Cinta Kirana


Salam.. tepat 7.30 malam tadi berakhirlah sinetron Benci Bilang Cinta. Ohhh... tak bestnya rasa. Suka sangat tengok lakonan Baim Wong dan Marshanda. Memang serasi betul lakonan diaorang berdua tu. So, start petang esok bermulalah pula sinetron baru Cinta Kirana yang dilakonkan oleh Nia Ramadhani sebagai Kirana dan Randy Pangalila sebagai Galang. Setelah digoogle sinetron ni ada 93 episod bermakna lebih kurang 6 bulan juga nak menghabiskan menonton sinetron ni.

Ini antara sinopsis yang aku dapat hasil carian di google


Kirana adalah gadis berusia 18 tahun yang tinggal dengan neneknya, Sita. Suatu hari Saat sedang mengantarkan Koran pada pelanggannya, Kirana tertabrak mobil yang dikemudikan Galang. Karena Galang malah menertawakannya, Kirana kehilangan emosi dan menampar Galang.

Saat tau kejadian yang menimpa neneknya, Kirana marah besar. Kirana mendatangi rumah Rama dan melabraknya. Rama lalu ikut dengan Kirana ke RS untuk mengurus segala hal. Betapa terkejutnya Rama saat melihat Sita. Ternyata Rama dan Sita dulunya adalah sepasang kekasih yang terpisah karena keadaan.

Rama yang menyukai Kirana berniat menjodohkan Kirana dengan Galang. Rama berjanji pada Sita untuk menyatukan kedua cucu mereka itu.

Sementara itu Riana diminta oleh Sandra, ibunya, untuk secepatnya meresmikan hubungannya dengan Galang. Riana dan Ibunya mempunyai niat jelek untuk memanfaatkan harta Galang, supaya mereka dapat hidup senang.

Walaupun tahu Galang sudah mempunyai pilihan Hati, Rama tetap memintanya bertemu dengan Kirana. Galang akhirnya bersedia. Kirana yang juga dipaksa oleh neneknya, akhirnya mau menemui Galang. Tapi pertemuan mereka selalu berujung dengan keributan, sampai akhirnya Rama yang melihat mereka bertengkar memberitahu kalau Galang dan Kirana sudah dipertunangkan. Galang dan Kirana sama sama terkejut.

Kirana yang pusing curhat pada Baim. Baim yang memang mencintai Kirana, mengajak Kirana kabur.

Peristiwa demi peristiwa yang dihadapi Kirana dan Galang membuat mereka dekat, dan tanpa mereka sadari, benih benih cinta mulai muncul dihati mereka.

Saat hubungan Kirana dan Galang mulai membaik, terjadi sebuah kecelakaan. Galang yang harus melakukan pekerjaan ke luar kota, mengalami kecelakaan dan dinyatakan meninggal, Karena semua orang menganggap Galang sudah meninggal, usaha keluarga Kakek mengalami kebangkrutan, Kirana berusaha menenangkan Kakek dan nenek Galang dan berjanji akan menjadi penopang keluarga. Melihat semua usaha Kirana, Kakek dan Nenek terharu.

Kirana lalu mencari pekerjaan, mulai dengan narik bajaj sampai jadi tukang cuci piring di sebuah restoran namun tak satupun yg sukses. Semua gagal karena kecerobohannya.

Kirana yang putus asa lalu menemui salah seorang teman Galang untuk minta kerjaan. Teman Galang itu lalu memperkenalkannya pada seorang Pria bernama EVANDRA. Evandra pemilik penerbitan kecil yg tak menerima karyawan perempuan akibat membenci perempuan. Semakin mengenal Kirana Kebencian Evandra terhadap wanita juga perlahan-lahan menghilang setelah ia merasa menyukai Kirana. Sayangnya semua tahu bahwa Kirana sangat setia dan masih menunggu Galang.

Suatu hari saat sedang bekerja, Kirana bertemu dengan seseorang yang sangat mirip dengan Galang, tapi dia tidak mengenali Kirana dan mengatakan bahwa namanya adalah MISCHA, dan dia adalah tunangan seorang Wanita bernama RENATA.

MISCHA sebetulnya adalah GALANG namun karena Tidak tega meninggalkan Renata yang sudah menolongnya, dia rela mengambil jati diri Mischa yang sebenarnya adalah Adik kembarnya. Galang terus berakting sebagai Mischa untuk Renata. Namun tanpa sepengetahuan Renata, Galang suka diam-diam mendatangi rumahnya hanya untuk memandang wajah Nenek, Kakek atau Kirana. Galang bahagia karena Kirana menjaga keluarganya namun juga hancur karena tak bisa mengembalikan cintanya untuk Kirana.

Bagaimanakah selanjutnya kisah ini? Apakah yang akan terjadi dengan KIRANA, GALANG juga EVANDRA?


p/s: bahasanya agak kurang faham. Mana yang ada bibik tu, korang suruhlah dia transletekan balik hehehe...

Kalau korang nak tau apa kisah yang berlaku kenalah tonton sinetron ni setiap hari Selasa hingga Jumaat bermula pada pukul 6.30ptg ataupun ulangannya pada jam 11.00 malam di Astro Ria. Sebenarnya bila kita follow sinetron-sinetron ni jalan cerita yang dipaparkan agak menarik juga. Selain drama Benci Bilang Cinta, aku layan juga sinetron Cahaya lakonan Dude Harlino dan Naysilla Mirdad di Astro Prima.

Selamat Menonton.

Salam Ramadhan Untuk Semua


Salam pagi. Tinggal lagi beberapa jam je seluruh umat Islam akan menyambut ketibaan Ramadhan. Para-para ibu mesti ada yang tengah fikir nak masak apa untuk sahur ni. Biasanya untuk sahur hari pertama ni mesti nak masak lauk yang best untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Aku pun tengah pikir nak masak apa untuk sahur ni.

Bercerita pasal sahur ni, aku ada pengalaman yang nak aku ceritakan sikit. Kejadian ni berlaku kalau tak silap aku 6 tahun yang lepas. Masa tu sahur hari pertama. Aku bangun seawal 4.30 pagi. Konon-kononnya nak masa lauk yang ringkas je. Dah siap bahan-bahannya, tiba masa untuk menumis. Bila aku onkan gas tu, api tak nyala. Rupa-rupanya gas habis. Dahlah kat rumah aku takde gas spare. Nak beli gas manalah ada kedai yang buka pukul 4.30 pagi. Nak makan kat luar memang tak sempat. Lastnya aku pegi rumah abah aku. Masa tu aku tinggal berdekatan ngan family aku. Selang beberapa rumah je. Dah sampai rumah abah aku, kebetulan pula arwah mak masak memang ngam-ngam je untuk dorang dan akhirnya atas permintaan aku arwah mak gorengkan telur dadar sebagai makanan tambahan. Bersahurlah kitorang ramai-ramai. Miss sangat suasana tu huhuhu...

Lepas kejadian tu aku pastikan tiba kali Ramadhan aku akan pastikan gas kat rumah berisi penuh. Takut kejadian tu berulang lagi hehehe...

SO, DI KESEMPATAN INI SAYA UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGER.

Anna's Birthday Giveaway

Salam.. giveaway ni datangnya dari blog Annazanariah. Kepada sesiapa yang nak join bolehlah klik di SINI untuk melihat syarat-syaratnya. Tarikh tutup pada 10.08.2010. Blogger yang saya nak tag ialah AROL DSHW
08 Ogos 2010

Edu Lucky Draw 2010

INI ADALAH STICKY MODE. ENTRI BARU SILA SCROLL KE BAWAH


Salam.. jom ramai-ramai join giveaway ni kerana hadiah yang akan dimenangi oleh pemenang memang best iaitu cd Al Fatihah. Saya nak menang CD. Kepada sesiapa yang nak join tu bolehlah klik di SINI. Tarikh tutup pada 08.08.10.
05 Ogos 2010

Facebook punya citer

Salam semua... lama betul aku tak update entri. Bukan sebab malas tapi kerana kesihatan yang tak mengizinkan ditambah lagi dengan kerja yang melambak kat opis ni. Okay la... aku nak cerita berkenaan isu kat facebook. Malam tadi aku dapat mesej dari member aku berkenaan ada sorang hamba Allah ni kutuk sebuah negeri kat facebooknya. Pagi tadi aku google citer tu sebab nak tau sangat apa yang dia tak puas hati sampai ada perkataan 'HINA'. Teruk sangat ke negeri tu.


Haa...inilah yang aku dapat hasil carian aku. Kenapa la nak kutuk-kutuk negeri orang. Kerana biskut famous amous tu pun nak kecoh kat FB.