Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

30 Mei 2010

Perihal Majlis Kahwin


Hari Sabtu 29/06, aku mendapat dua jemputan ke majlis perkahwinan. Seorang dari kawan dan seorang lagi dari saudara sebelah en suami aku. Kalau dulu jika kita pergi kenduri kahwin, masa kita tengah makan tu mesti akan ada penanggah yang biasanya budak-budak akan bagi kita telur ke, jelly ke atau apa-apa je la. Masa aku kahwin dulu pun memang beberapa orang budak yang akan bagi pada setiap tetamu yang datang tapi berlainan dengan sekarang, bila nak balik dan bersalaman dengan tuan rumah barulah kita akan diberi berkat. Jadinya tak nampaklah lagi budak-budak kehulur hilir membawa bakul yang cantik dihias. Tempat korang pula camner? Masih lagi ikut cara dulu-dulu ke atau sebaliknya. Mungkin lain negeri lain caranya.

Satu lagi berkenaan dengan penanggah, bukan penanggal ye. Penanggah ni maksudnya orang yang akan melayan tetamu seperti hidangkan air, sendukkan makanan. Konon-kononnya macam tugas waiter la. Aku dah perasan di beberapa tempat aku pergi *biasanya rumah sedara aku* yang menggunakan khidmat penanggah 100%, bila dah habis majlis je, dorang ni akan berkumpul ramai-ramai sambil ambil apa je yang ada kat dapur seperti lauk pauk yang tak habis, bunga telur dan apa-apa lagilah selagi yang boleh diambil sampaikan pernah sekali aku pergi rumah kakak ipar, aku duduklah kat ruangan tempat penanggah ni isi nasi dan lauk ke dalam plastik untuk dibahagi sesama mereka. Pastu adalah seplastik buah-buahan. Buahan tu diberi kepada tuan rumah tapi boleh pulak dorang bagi sesama sendiri. Aku nak sound je tapi nasib baik bukan tempat aku, aku diam je la. Tuan rumah biasanya memang dah sediakan bahagian untuk penanggah ni tapi mungkin style dorang begitu kot. Pada pendapat aku,agak-agak la kalau nak amik. Kalau tengok dorang balik penuh tangan kiri kanan. Cuma nasib baik takde troli..kalau tak lagi banyak yang diangkut.


notajariruncing ~ sebenarnya aku geram sebab tak dapat bunga telor. Telor masin pulak tu yang diguna huhuhu...
28 Mei 2010

Streamyx buat hal

Salam petang semua.. sekarang ni aku dalam mood sedih. Tak pernah-pernah streamyx ku buat hal. Sejak malam tadi sampai sekarang ketika entri ini ditulis, line streamyx aku down di skala 1. Tenghari tadi dah call TM, tindakan selanjutnya pun telah dibuat tapi nape masih slow lagi huhuhu.. tension betul. Banyak benda yang aku nak buat tertangguh.

Haa... yang kat bawah ni pun sama. Kebanyakan blog yang aku masuk, aku tak dapat nak tinggalkan mesej kat cbox kerana dia akan kuar error *sila lihat gambar di bawah*. Akhirnya, aku keluar tanpa tuan blog tahu kedatanganku. Tetapi berlainan pula dengan blog yang menggunakan shoutmix, aku dapat tinggalkan jejak walaupun proses untuk loading tu makan masa.


notajariruncing ~ terima kasih kepada sesiapa yang masuk blog aku ni, akan aku balas kunjungan korang semua huhuhuhu....
27 Mei 2010

Highway


Salam semua... kali ni aku nak bercerita sikit pasal kejadian petang tadi. Balik kerja, selalunya aku ikut jalan biasa yang agak sibuk tapi kerana nak cepat sampai rumah dan taknak terlepas tengok sinetron Benci Bilang Cinta aku ikut jalan highway yang mengambil masa hanya 25 minit sampai ke rumah.

Tibalah masa nak bayar tol, kat pondok tol tu ada sebuah kereta sedang membuat pembayaran, belakang kereta tu pula ada sebuah kereta wira yang dipandu oleh lelaki muda. Belakang kereta wira tu kereta aku. Tiba-tiba kereta wira tu membelok ke arah line Touch N Go. Dalam hati, aku fikir mungkin lelaki muda tu nak bayar guna kad. Tiba-tiba lelaki muda tu keluar dari kereta dengan muka berlagak lalu pergi kat jurutol di mana masa tu aku tengah bayar duit tol. Korang nampak tak situasi betapa 'BIJAKNYA' lelaki tu. Apa salahnya kalau dia tunggu sekejap. Bukannya beratur panjang pun. Akhirnya... perbuatan dia menyusahkan orang lain kerana aku nampak ada sebuah kereta sedang menuju ke arah line Touch N Go itu.

Beberapa hari sebelum ni, ada sebuah lori besar dan panjang hampir nak langgar pondok tol.

Notajariruncing: Bersabar dijalan raya tidak akan merugikan kita.
26 Mei 2010

Lukisan 3D di Jalanraya

Tengoklah gambar-gambar di bawah ni.Betapa kreatifnya orang yang melukis.Nampak pun macam real je. Kalaulah kat Malaysia ada lukisan jalan camni memang confirm akan jadi tumpuan. Sebenarnya betapa kagum dengan bakat si pelukis ni.








25 Mei 2010

Blue Van Giveaway


Salam.. tadi masa blogwalking, terjumpalah satu giveaway ni. Macam biasa, aku join untuk mencuba nasib. So, kalau sesiapa yang berminat nak tau selanjutnya atau nak join, silalah klik di SINI
23 Mei 2010

Maulana RSVP

Malam semalam berakhirnya konsert akademi fantasia ke 8.Aku rasa semuanya dah maklum siapa yang telah menjuarai rancangan tersebut. Antara kelima-lima lagu baru yang dinyanyikan oleh finalist, aku berminat dengan lagu Maulana, RVSP. Seperti kata Pak Nil, biasanya kita akan ambil masa untuk menyukai sesebuah lagu baru tapi aku telah jatuh cinta pertama kali bila dengar lagu ni. Melodi lagu ni yang buat tangkap lentok hehehe..






Lirik Lagu Maulana (RVSP)

Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya

Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah
Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk

Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

(2 KALI)
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu

(2 KALI)
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu
20 Mei 2010

Contest ''Anda Rasa Anda Cukup Pantas''



Contest lagi.. kali ni bukan cabutan bertuah ke attach gambar ke tetapi perlu menaip sepantas mana yang kita boleh. Contest ni dianjurkan oleh MSR. Memang best kalau sesiapa yang join sebabnya kita akan tahu sejauh mana ketangkasan kita dalam menaip dalam masa 60 saat. Nak tau syarat dan hadiahnya sila klik di SINI


Setelah beberapa kali mencuba akhirnya inilah keputusannya. Aku ni bukannya mahir dalam taip menaip ni.


Website untuk test kepantasan korang bolehlah klik di SINI

Isshhh..menyibuk je benda ni

Salam tengahari semua.. nak tanya sikit la kat korang. Pernah tak bila korang blogwalking tiba-tiba keluar pop up seperti di bawah ni. Aku tension betul la kalau benda alah ni keluar sebabnya apa yang aku perasan, bila benda ni keluar je, mesti blog yang aku walking tu akan lambat loading. Satu lagi.. yang keluar pulak asyik gambar body scanner tu je. Takde benda lain ke yang nak discanner melainkan badan orang. Kalau lelaki okay la juga, ini perempuan. Malu ai nak tengok hehehe... bukannya apa, bila kat rumah anak lelaki aku yang sorang tu sibuk join mama dia blogwalking sebab dia suka tengok gambar yang ada kat blog. Haa..bila benda alah ni keluar terpaksalah aku tutup screen komputer. Tak elok bagi budak-budak tengok... bahaya wooo


Nasib baik masa print screen ni pompuan tu pakai baju... kalau tak haru biru. Haa..yang lelaki tu nape senyum-senyum ni.
19 Mei 2010

Tag Dari Tiefazatie

Sekarang tiba masanya aku nak jawab tag. Tag ni datangnya dari TIEFAZATIE.

1). Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Soalan ni ada dua jawapan. Kalau yang simpulan bahasa tu jawapannya ''biarkan je, yang dapat dosa.. dia''. Jawapan kedua, kalau kena tikam betul-betul, pergi la ke hospital.*Amacam..macam poyo je jawapan kan hehehe*

2). 6 orang di hati anda?
Family merangkumi suami,anak-anak,adik beradik,ipar duai dan kawan-kawan samaada di alam realiti atau alam maya.

3). Anda rasa anda comel?
Comel tu kurang tapi lawa tu banyak hahaha...

4). Single or taken?
Dah ada suami dan anak-anak, paham-paham je la ye

5). Blog yang anda suka?
Blog yang bloggernya ramah mesra dengan aku. Banyak sangat kalau nak di senarai birukan 

6). Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Ohh..semestinya

7). Lagu terakhir yang anda dengar?
Cinta Terakhir penyanyi Aiman *dengar 1000 kali pun tak jemu*

8). Last text massage?
Alamak..kebetulan baru lepas mesej ngan member sekolah lama. Apa textnya, biarlah rahsia.

9). Last phone call?
Berbual dengan adik

10). Hari terakhir anda menangis?
Malam tadi masa tengok citer Ghost Whisperer. Touching sangat.

11). List lima kaler favourite anda
i) Biru
ii) Hijau
iii) Purple
iv) Oren
v) Kelabu

12). Orang terakhir anda ber YM
dengan kawan blogger

13). Game paling anda suka
Farm Frenzy. Nak tau camner gamenya... google je

14). Adakah anda peminat MCR?
Sape tu?

15). Apa perasaan anda jawab tag ni?
Rasa penat sebab banyak benar nak type ayat hehehe...

16). Anda rasa tag ni best?
Best la jugak kerana mencabar minda nak menjawabnya 

Tag lagi 10 orang
Orang yang diberi kepercayaan untuk menjawab tag ni ialah
Ultraman_88 ~ http://yusufultraman88.blogspot.com
18 Mei 2010

Coretanmaya 1st Giveaway


Seterusnya giveaway yang aku join datangnya dari blog CORETANMAYA. Boleh klik di SINI kepada sesiapa yang nak join. Tarikh tutup pada 30 June 2010.

Memenangi Follower ke 100

Salam semua... semalam semasa aku blogwalking, aku sampailah ke satu blog ni. Blog ni menawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjadi follower ke 100. Alhamdulilllah... aku yang menjadi follower ke 100. Blog yang aku maksudkan ialah R4T. Sesiapa yang nak kenal dengan tuan blog korang bolehlah klik ke SINI. Tuan blog R4T ni pada pengamatan aku ramah orangnya, so takyah segan-segan la kalau korang nak bertegur dengannya. Satu lagi yang best banner aku yang dibuat oleh R4T telah terpampang di blognya.


Sebelum ni aku dah pernah menang dari giveaway, cabutan bertuah, hit nombor dan menjadi follower. Rasanya macam dah hampir lengkap semua kategori.
16 Mei 2010

Arggghhh...saya tak bersalah

Di satu petang yang nyaman, sedang saya syok-syok tidur, terasa ada sesuatu melompat ke atas kepala saya


Kemudian benda tu bergerak ke badan


Rasanya seperti ada sesuatu yang mematuk di perut


Bila toleh, rupanya si hijau burung kecil yang dibeli oleh tuan semalam


Saya suruh si hijau pergi main jauh-jauh, lagipun saya tengah ngantuk giler ni


Tapi dia tak mau dan masih mematuk saya agar bermain dengannya


Akhirnya si hijau naik ke atas badan saya. Beratnya si hijau ni


Tak lama kemudian, saya nampak dia patuk benda lain pulak, rupanya handphone tuan saya


Saya menjerit, ''Oii..kalau rosak nanti tuan marahlah''


Si hijau melawan pulak tu


Masa saya nak luku kepala dia, tuan saya pun lalu


Akibatnya saya dihukum tanpa membela diri


Ohh.. dimanakah keadilan. Bukan saya yang bersalah
14 Mei 2010

Badminton..Apa Sudah Jadi Ni

Salam malam semua, nampaknya permainan badminton untuk piala Thomas terhenti setakat peringkat separuh akhir je. Aku rasa kebanyakan rakyat Malaysia yang mengharapkan Malaysia dapat ke peringkat akhir pasti kecewa. Aku pun sedih dan kecewa. Tak sanggup nak tengok saat-saat akhir kita berdepan kekalahan. Paling geram + benci + menyampah, aku tak suka dengan si Lin Dan. Hisshhh..nampak sangat muka dia yang berlagak tu. Rasa macam nak tumbuk-tumbuk je.*err..teremo pulak*. Bagi aku sepatutnya Lin Dan tak boleh lawan dengan Chong Wei. Silap percaturan ni. Frust lagi sebab tak dapat tengok Hafiz beraksi.

Apapun... semoga lepas ni Malaysia akan memperoleh kemenangan di Piala Thomas yang akan datang.

notajariruncing ~ layan Aliff Firdaus lagi best huhuhu
13 Mei 2010

Masalah Mulut Berbau


Salam semua.. masalah mulut berbau. Pernah tak korang ada kawan ke atau sesiapa yang mulutnya berbau. Masa aku kerja kat tempat lama, ada sorang staff ni mulutnya memang berbau. Tak tahan tu kalau dekat dengannya tapi aku kesian bila tengok dia sorang-sorang je, tak ramai yang nak dekat dengan dia. Dalam masa yang sama takde sesiapa pun yang volunteer menegur termasuklah aku hehehe. Serba-salah... nanti kang kalau tegur takut dia kecik hati. Kawan-kawan yang lain suruh aku tegur tapi bila aku ready nak tegur, dia pula berhenti kerana dapat sambung pelajaran.

Jom kita baca info berkenaan mulut berbau atau halitosis.

Masalah mulut atau nafas berbau sememangnya memalukan. Namun ia pasti lebih memalukan jika mereka yang mengalami tidak menyedarinya atau membiarkan tanpa sebarang tindakan. Ini kerana masalah yang juga dikenali halitosis ini bukan setakat membabitkan individu tetapi juga boleh menyebabkan seseorang itu dijauhi. Apakah puncanya masalah ini?

Faktor utama adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada jutaan jenis bakteria. Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap orang. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.

INFO: Tanda-tanda mulut anda berbau

*Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak di dalam mulut
*Rakan atau orang sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap.
* Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda.
* Ada kesan atau calitan berwarna kuning atau putih pada lidah anda.

Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Kerap kali menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.

Langkah lain boleh diambil bagi mengurangkan masalah mulut:

1) Minum banyak air
Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebih dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah.

2) Penggunaan Herba
Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.

3) Berhenti merokok
Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.



11 Mei 2010

Dapur Idaman

Salam semua.. jom kita layan gambar dapur idaman. Antara 5 gambar di bawah ni mana satu pilihan korang?







notajariruncing ~ warna biru tu yang menjadi idaman kalbu. Bilalah boleh merasa dapur camni.

Farrihin's 2nd Birthday Giveaway


Salam semua.. next giveaway yang aku join lagi. Kali ni datangnya dari blog Afidah Arif. Keterangan selanjutnya di SINI
10 Mei 2010

Sararisa Craft Giveaway


Salam semua.. masa aku berblogwalking tadi aku jumpa satu giveaway yang dianjurkan oleh Sararisa Craft. Rasanya kali kedua giveaway ini diadakan. Kepada sesiapa yang nak tau keterangan selanjutnya dan nak join boleh klik DI SINI.

Cepat... tarikh tutup akan berakhir pada 18 May 2010 jam 8 malam.
09 Mei 2010

Acar Mangga Muda


Salam malam semua.. apa kata harini kita belajar buat acar mangga muda. Haa..sape yang suka mangga muda mesti tengah kecur sekarang ni kan.. jom kita tengok bahan-bahannya

6 biji mangga muda (buang kulit dan hiris nipis-nipis)*jangan sesekali guna mangga yang telah masak, nanti kang jadi acar mangga masak pula*
3 sudu cuka putih
1 1/4 cawan gula pasir dan 1/2 cawan gula merah
1 1/2 sudu garam
6 ulas bawang putih ( dibelah dua )
10 ulas bawang merah ( dibelah dua )
1 sudu rempah kari
1 sudu biji sawi + jintan manis + jintan putih dan halba
1 sudu bijan
10 batang lada kering ( dibuang biji,direndam,ditoskan dan dikisarkan )
60 gm halia jeruk
7 gm halia hidup
2 sudu kismis atau lain-lain buah kering

Cara membuatnya

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Kemudian masukkan cili, cuka, gula pasir, rempah kari, sesudu biji sawi, jintan manis, jintan putih dan gula merah. Kacau sehingga agak garing.
3. Selepas itu masukkan mangga, kismis atau buah kering, bijan, sedikit air dan garam.
4. Kacau rata hingga separuh masak.
5. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Senang je kan. Sebenarnya resepi ni bukan dari air tangan aku tapi resepi yang terdapat dalam koleksi aku. Aku rasa nak buat tapi sekarang ni susahlah nak cari mangga muda.





Wasiat telah ditunaikan

Salam malam.. sesi untuk menerima wasiat telah bermula. Dah 4 ekor lembu berjaya aku kumpulkan. Nasib baiklah kandang belakang rumah cukup untuk 4 ekor ni berteduh sebelum dibuat kenduri hehehe....


1. Thanks and link the person that gave you the cow
Terima kasihlah buat RERAMA, EIKASYAZA, PUPUT dan ADY sebab beri wasiat ni kepada saya.

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 blogger yang paling active atau 7 yang paling tak active.
Nak bagi kat yang aktif je la
1. Fadzihani - http://hanilentik.blogspot.com
2. Mazlina - http://manjaixora.blogspot.com
3. Syuhada - http://syuhada-mylife.blogspot.com
4. Mia Liana - http://mialianas.blogspot.com
5. Zulkbo - http://zulkbo.blogspot.com
6. Norfazidah - http://me-myself-chomot.blogspot.com
7. Uncle - http://unclepunyablog.com

3. Bagitau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat.
Kepada 7 blogger yang terpilih, wasiat yang korang dapat ni datangnya dari Orang Kaya Kampung Sepening Lalat.

4. Cerita 3 perkara apa yang anda selalu wat sambil tengok tv
1. minum
2. pegang hujung rambut
3. peluk bantal

5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan
Jeruk jerami cempedak *dah lupa la namanya*

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat Facebook
Hanya 66 orang je.
Bukti disertakan hehehe


7. Camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe .. kat mana??
kat tempat kerja yang sama 13 tahun yang lalu

Okay.. akhirnya settle gak wasiat ni.

08 Mei 2010

Blogku Diterjah???

Assalammualaikum semua...

Blogku diterjah. Ya, blogku memang telah diterjah tetapi bukanlah diterjah oleh En Ben yang glamer tu tapi diterjah oleh En Aried. Sebenarnya Aried pernah buat entri untuk menerjah blog tapi cuma lima blog je yang diperlukan. Aku pun saje mendaftarkan blog untuk diterjah dan akhirnya terpilih. Bila baca apa yang dia komen mengenai blog aku ni best juga.Ye la..ada juga kelemahan yang boleh diperbetulkan. Nak tau apa komen beliau terhadap blog aku bolehlah korang klik DI SINI.

Aku ni suka juga berblogwalking ke blog Aried sebab dalam blog dia banyak info-info yang menarik berkenaan tutorial, blogging dan yang utamanya berkaitan nuffnang dan traffik. Masa aku mula-mula berjinak-jinak dengan nuffnang pun, blog Aried ni la aku jadikan rujukan.

Nak tengok lagi blog sape yang diterjah silalah klik DI SINI
07 Mei 2010

Entri poyo


Di saat ketika entri ni ditulis... aku sedang kekeringan idea untuk buat entri baru, ditambah pula dengan sakit kepala + ngantuk. Cuaca kat luar ni pulak panas terik ditambah lagi kat opis ni takde aircond *kononnya nak berjimat.hampeh betul* Rasa cam sekarang ni jugak nak balik rumah. Nak tido...


04 Mei 2010

Jom Pergi New Zealand

Salam semua... marilah kita segarkan mata dengan pandangan-pandangan yang menarik dan cantik ni. Gambar-gambar ni semua aku yang tangkap masa aku pergi New Zeland hehehe... tipu je!! Part New Zealand tu betul tapi part aku pergi New Zealand tu hanya rekaan semata-mata ye.

Lihatlah betapa cantiknya kurniaan Tuhan.

Macam jalan kampung je ni


Air yang tenang jangan disangka tiada buaya


Makin menambah kambing biri-biri peliharaanku ni


Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
*erkk..ada kaitan ke*


Siapa berani terjun?


Cantiknya...

Hmmm...bilalah dapat menjejakkan kaki ke New Zealand
02 Mei 2010

Awas : Panggilan Dari Kad Kredit

Cerita di bawah ni memang aku copy paste dari kotak email aku. Semoga dapat pengajaran dan berhati-hati kepada yang ada credit card.

Semuanya gara-gara kad kredit...

Begini kesnya:

Rakan ini mempunyai kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank A dengan had kredit kurang dari RM10,000.

Pada suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang saya kategorikan sebagai penjenayah.

Penjenayah 1 - Encik, saya dari Bank B, ingin meminta pengesahan mengenai pembelian barangan menggunakan kad kredit encik ini.

Rakan - Pembelian barang? Saya tidak membeli apa-apa barang. Kad kredit ada pada saya.

Penjenayah 1- Kami sedang menunggu kelulusan encik untuk 'approve' penggunaan kad kredit ini. Had limit encik sudah melebihi, sebab itu kami menelefon untuk kepastian.

Rakan - Apa yang saya beli? Saya tidak pernah ada kad kredit dari Bank B.

Penjenayah 1 - Maaf, tapi kad kredit encik ini 'Gold Card', had limit dah melebihi RM20,000. Baru tadi ada satu lagi transaksi RM5000. Itu dah diluluskan.

Rakan - Macamana boleh berlaku ? Di mana transaksi itu berlaku?

Penjenayah 1- Di KLIA. Kalau macam tu, kad kredit encik mungkin telah dipalsukan. Kami perlukan maklumat lanjut untuk membantu encik.

Rakan - Saya kena buat laporan polis dan Bank Negara.Ada orang salahgunakan maklumat diri saya.

Penjenayah 1- Ok, encik jangan bimbang. Saya akan sambungkan encik dengan pegawai di Bank Negara untuk membantu encik.

Panggilan diletakkan dalam 'on-hold' dan beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara.

Penjenayah 2 - Saya Penjenayah 2 dari Bank Negara. Ok, encik jangan risau. Kami akan pantau keadaan ini, tetapi encik jangan buat apa-apa laporan polis lagi. Tunggu dalam tempoh 3 hari.

Rakan - Kenapa tak boleh buat laporan polis?

Penjenayah 2 - Oh, itu prosedur kami, kerana kami tidak mahu penjenayah lari atau tahu dia sedang dikesan. Untuk itu, kami perlukan butiran encik seperti nama penuh, alamat, maklumat kad kredit dan butiran lain.

Oleh kerana cemas, panik dan risau, maka tanpa teragak-agak, rakan itu memberikan butiran seperti yang diminta. Maka bocorlah berbagai maklumat yang tak sepatutnya kepada orang yang tak dikenali.

Sebaik menceritakan keadaan itu kepada saya, saya meminta dia melaporkan kepada polis kerana panggilan itu adalah penipuan semata-mata untuk mendapatkan maklumat untuk mereka palsukan kad kreditnya atau tujuan lain.

Panduan :

1. Panggilan kononnya dari bank untuk meminta kepastian penggunaan kad kredit itu sendiri sudah terang-terang penipuan.
Lojiknya ialah - pernahkah ketika anda gunakan kad kredit, tiba-tiba pihak bank telefon anda sendiri untuk mengesahkannya sedangkan anda tiadapun kad kredit dari Bank B itu.

2. Taktik penjenayah bahawa kad anda konon telah dipalsukan, berjaya membuatkan anda panik dan seolah-olah menyerah diri kepada Bank untuk membantu.

3. Begitu mudah Bank menyambungkan panggilan ke Bank Negara adalah merupakan satu lawak jenaka yang sepatutnya anda telah menyedari anda sedang ditipu.

4. Tempoh 3 hari supaya tidak membuat laporan polis, adalah juga lawak yang sepatutnya anda ambil serius. Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari itulah akaun anda akan dikerjakan mereka.

5. Taktik ini sama seperti email scam , cuma bezanya, ia menggunakan telefon.

6.Menurut rakan saya, dia baru sahaja mendaftarkan nombor telefon barunya tidak sampai sebulan dengan sebuah syarikat telco, dan tiada siapa yang tahu nombor telefon itu. Dia pelik, bagaimana 'Bank' tahu nombor telefon itu sedangkan dia tidak pernah catat atau hebahkan nombor itu kepada sesiapa atau mana-mana pihak.

7. Anda tidak akan dapat menghubungi nombor yang membuat panggilan ke telefon bimbit anda kerana penjenayah menggunaakan 'private number' atau nombor yang tidak akan dapat anda dail semula. *kalau kat skrin handphone aku tak terpapar apa-apa nombor memang tak ingin aku nak jawab*