28 Oktober 2010
Contest Cuba Teka Berat Qaisara
27 Oktober 2010
Berakhirnya Riwayat Sotong Paul
Selepas kekalahan Jerman kepada Belanda dalam perlawanan separuh akhir, Paul meramalkan Sepanyol akan mengalahkan Belanda dalam perlawanan akhir. Tilikannya itu mendorong sebuah agensi berita melaporkan sotonfberkenaan menyebabkan permintaan bagi bon Kerajaan Sepanyol melonjak naik. Ramalan Paul didapati tepat lagi apabila Sepanyol menang perlawanan akhir ke atas Belanda dengan jaringan satu gol.
Kakitangan Pusat Kehidupan Laut Oberhausen di Jerman Barat berkata dalam satu kenyataan, mereka 'amat sedih' apabila mendapat tahu mengenai kematian Paul ketika ke pejabat semalam. ''Nampaknya dia mati dengan aman pada waktu malam, atas sebab semulajadi dan saya lega apabila mengenang kehidupannya yang baik'', kata pengurus pusat berkenaan, Stefan Porwoll.
''Paul akan disimpan dalam bekas simpanan sejuk sehingga pusat itu memutuskan bagaimana mengenangi kehidupan luar biasa haiwan itu'', kata Porwoll. ''Kami mungkin menyediakan tempat bersemadi kekal untuk Paul dan membangunkan sebuah makam khas,''.
*sumber dari berita harian*
Contest Saya Nak Teka Berat Baby Mama Liyana
26 Oktober 2010
Kegiatan maksiat atas bumbung berakhir tragedi
PETALING JAYA – Seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai di sini kelmarin dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan sumbang.
Perkara tersebut didedahkan oleh penduduk di situ yang sebelum ini sering melihat mangsa bersama beberapa remaja lelaki naik ke bumbung bangunan itu.
Menurut mereka, remaja perempuan berkenaan bukan penduduk di situ. Selain itu, dia juga sering dilihat terhendap-hendap setiap kali hendak ke bumbung bangunan tersebut.
Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, penduduk kemudian bersepakat untuk memasang perangkap bagi mengetahui aktiviti mereka.
“Alangkah terkejutnya kami apabila melihat mangsa sedang berasmara dengan tiga remaja lelaki di situ.
“Kami kemudian menyergah mereka menyebabkan mereka terkejut dan cuba melarikan diri. Ketika itulah mangsa cuba turun dengan memanjat dinding tetapi dia gagal lalu terjatuh ke tanah,” ceritanya ketika ditemui semalam.
*sumber dari kosmo*
1st ME & MY FAMILY Lucky Draw
Kali ni nak tag
Izan Ishak
Kniedaz
Cik Anita Songeh Giveaway
Saya nak tag
Salmia
Gniesyazni
21 Oktober 2010
Giveaway Kecantikan #2
16 Oktober 2010
Cheesy 6 Ekstrem
Padat kaw-kaw dengan 6 keju! Cubalah satu! Skang juga nak pergi cuba.
Okaylah kawan-kawan, sekarang ni pizza hut telah mengeluarkan satu lagi pizza yang terbaru dengan 6 jenis keju. Nama-nama keju tu adalah Cheddar (Rasa lembut yang klasik), Mozzarella (Halus dan berkrim), Parmesan (Berperisa dan menyelerakan), Provolone (Menyeluruh kelazatannya dan masam-masam sedap), Monterey Jack (Dengan rasa kacang yang memikat selera), Romano (Rasa yang membangkitkan selera). Kepada sesiapa yang sukakan keju ni jangan lepaskan peluang untuk menikmatinya. Haa.. apalagi, dapatkan cepat sebab aku rasa pizza ni masanya terhad kot.
Kalau tengok pada gambar tu memang membangkitkan selera. Hmmm... disebabkan harini besday aku, nak celebrate la kat pizza hut. Ada sape2 yang nak join???... Alamak... korang lambat la he3.
15 Oktober 2010
Kek Batik Yang Tak Rupa Batik
Bahan-bahannya *ini bagi yang baru nak belajar, yang dah tau tu, korang terus beli barang pastu buat sendiri ye*
Mentega 250gm
Susu Pekat 3/4 tin (tin yang biasa)
Milo 1 peket kecil
Serbuk koko 2 sudu besar
Biskut marie (korang agak2 la dengan adunan, jangan terlebih atau terkurang)
Cara buatnya
Mula2 cairkan marjerin di atas api yang kecil
Kemudian masukkan milo, susu pekat dan serbuk koko, kacau sampai semuanya bersatu padu
Pastu tutup api dan masukkan biskut marie.
Biskut marie ni terpulang samada nak susun selapis demi selapis atau hancurkan dan masukkan ke dalam adunan. Ikut pada kreativiti korang.
Kemudian biarkan dulu, bila dah suam-suam kuku, bolehlah simpan di dalam peti besi oppss..peti ais.
Dah habis, amik pisau, potong kemudian makan.
Nyumm..nyumm..
Selamat mencuba ye...
14 Oktober 2010
Proton Inspira dibuka untuk jualan
Shah Alam: Proton Holdings Bhd hari ini memperkenalkan model baru gantian Waja yang dikenali sebagai Proton Inspira pada anggaran harga jualan RM79,888 bagi model kelas bawah dan tidak melebihi RM95,000 bagi model peringkat tinggi.
Tempahan model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter boleh dibuat mulai hari ini di semua pusat jualan Proton di seluruh Malaysia.
*sumber dari beritaharian online*
Ni kalau balik kerja aku lalu depan kedai Proton confirm ramai orang
Sungguh.. Aku terharu
1st Year Giveaway Qistina
Kami 1st Giveaway
13 Oktober 2010
Give Away Nazz@Purple
Giveaway Saya Nak Beg Itu
Tarikh tutup giveaway pada 03.11.2010.
Lucky Draw Saya Nak Coklat
Mazlina
Syamila
Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM
11 Oktober 2010
Debaran di Hati
Sebenarnya bila aku baca pasal kemalangan yang membabitkan bas ekspress dari Melaka, hati aku dah berdebar sebab aku ada seorang adik yang tinggal di Kuala Lumpur. Kebetulan dia bercuti kat rumah abah aku di Melaka dan dia ada beritau kat aku dia nak balik KL petang Ahad (semalam). So, pagi ni bila aku call dia, telefonnya tak berangkat dan aku telefon adik aku seorang lagi. Dia bagitau adik aku tak jadi balik KL petang semalam. Alhamdulillah.... lega hati aku. Aku takut jika adik aku balik petang semalam dan naik bas itu.
09 Oktober 2010
Mom&a Journey Called Life 1st Giveaway
05 Oktober 2010
04 Oktober 2010
Penipuan Kredit Kad
See... pergi Sarawak pun kitorang tak pernah apatah lagi ke Singapore. En suami dah call Bank Negara bahagian pemalsuan kad kredit dan pihak Bank Negara bagitau dorang akan siasat. Kalau betul berlaku penipuan kitorang disuruh buat report police.
Sebelum ni aku hanya baca kat paper pasal penipuan camni. Tiba-tiba tak sangka boleh terjadi pada family aku sendiri. Hisshh... pening kepala camni.
02 Oktober 2010
Bayi Tercekik Susu Lagi
Aku masih ingat lagi malam sebelum arwah anak aku meninggal, lepas bagi susu lebih kurang pukul 9.15 aku dah sendawakan dan dah berbunyi pun, pastu main-main ngan arwah sampai pukul 11 malam. Kemudian arwah dengan aku tidur bersebelahan di atas katil. Bila sedar paginya arwah anak aku dah kaku. Bila hantar hospital dan doktor dah check, doktor sahkan anak aku meninggal bukan kerana tersedak susu. Ye la.. kalau doktor sahkan tersedak susu mesti sampai sekarang aku akan rasa menyesal dan bersalah kerana aku rasakan aku cuai. Tapi.. tu cerita lama dan aku nasihatkan kepada sesiapa yang ada anak kecil tu sendawakanlah lepas menyusu. Takut terjadi perkara yang tak diingini.