Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
04 November 2010

Cemburu Kehadiran Adik

Salam.. kali ni nak share info pasal anak-anak. Ini berkenaan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kita. Masa Irfan baru dapat adik, aku selalu habiskan masa dengan adik barunya sampaikan dia pernah cakap ''Mama ni dah tak sayangkan Irfan lagi ke, asyik dengan adik je''. Oppss.. rupa-rupanya dia terasa. Lepas tu barulah aku sedar kesilapan aku dan aku cuba untuk bersikap adil. Dan skang ni dah okay, kalau dua-dua buat salah, dua-dua kena marah, so, salah seorang takkan terasa.

Pernahkah anda perhatikan sifat anak pertama yang berubah selepas kelahiran anak kedua? Kebiasaan sifat anak pertama itu akan berubah menjadi lebih agresif sedikit daripada biasa, lebih sensitif dan mudah merajuk. Kadangkala perkara yang sedikit saja boleh menyebabkan dia menangis. Justeru, bagaimana mendidik anak sulung untuk menerima kehadiran orang baru iaitu adik dalam hidupnya? Berikut antara perkara yang boleh dilakukan ibu bapa:


1. Menukar sifat cemburu kepada sayang
Biasanya anak sulung akan menunjukkan rasa cemburu dengan keadaan emosi yang kurang stabil, memukul adik tanpa sebab atau mencubit apabila ibu 'lepa' daripada pandangan ibu atau bapa. Anda boleh mencuba kaedah ini iaitu dengan memegang tangan anak sulung, kemudian sama-sama menyentuh dengan lembut bahagian kaki dan tangan sekerap mungkin. Cerita pada si abang atau kakak bagaimana suatu ketika dulu, si abang pun diperlakukan dengan perbuatan yang sama. Sambil menyusukan si kecil, ibu perlu memperbanyakkan mengusap kepala dan menyentuh sekerap yang boleh tubuh si abang supaya ia merasakan dirinya masih disayangi.

2. Panggilan membentuk sifat
Ajar si abang atau kakak supaya memanggil adiknya dengan panggilan 'adik' atau seumpamanya dan bukan dengan panggilan nama saja. Perkataan ini mampu membina sifat tanggungjawab si abang atau kakak terhadap adiknya.

3. Pimpin tangan adik
Ketika anak sudah boleh berjalan sendiri, latih si abang atau kakak untuk memimpin tangan adiknya. Pegang tangan abang dan dekatkan kepada tangan adik ketika berjalan. Kaedah ini dapat menimbulkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang abang atau kakak pada adiknya. Sifat sebagai pembela, mempunyai peranan dan rasa tanggungjawab mula terbentuk, iaitu lebih awal dari kebiasaan. Keadaan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan ibu bapa mengendalikan ragam anak-anak.

4. Perkongsian
Kebiasaan ibu bapa membeli sesuatu khusus untuk seorang anak. Contohnya, jika beli kereta mainan untuk dua orang anak, dibelikan dua iaitu seorang satu. Jika beli air kotak, juga dibelikan dua kotak. Cuba tukar kaedah biasa ini kepada bentuk perkongsian. Ajar mereka berkongsi. Jika beli kereta mainan, pastikan berlainan supaya dapat berkongsi. Begitu juga minuman, beli satu kemudian berkongsi. Kalau boleh bukan setakat kongsi tetapi abang yang suapkan adik.

5. Bersikap adil
Jangan pukul abang atau kakak jika dia berkasar dengan adiknya. Dia akan menyimpan sifat dendam sekiranya kita memarahi atau memukul sebaliknya latih, pujuk dan didik. Peluk sambil memberi nasihat kepadanya sebagai suatu kaedah mendidik. Ramai ibu bapa berpendapat bahawa anak sulung perlulah mengalah. Anak sulung juga perlu memahami masalah dan memahami keperluan si adik, malah adakalanya perlu memikul kesilapan adik. Adakah ini wajar? Keadaan ini tidak adil kepada anak sulung, malah menyebabkan jiwanya memberontak dan tertekan. Seterusnya ia akan menjejaskan misi ibu bapa untuk menjadikan anak sulung sebagai pembela yang bertanggungjawab dengan ikhlas.


*sumber harian metro*

11 Oktober 2010

Debaran di Hati

Salam semua.. semalam 10.10.10 aku menghadiri majlis perkahwinan anak sedara en suami. Hmm..agak meriah dengan warna temanya putih merah. Tu satu cerita.. cerita yang kedua berkenaan kemalangan jalanraya yang mengorbankan 12 nyawa. Itupun aku baru tau pagi tadi ketika aku baca metro. Kesian juga bila baca kerana ada yang katanya mayat bergelimpangan tanpa kepala, tanpa tangan. Takziah buat keluarga mangsa dan harapnya ahli keluarga mangsa terima dengan redha.

Sebenarnya bila aku baca pasal kemalangan yang membabitkan bas ekspress dari Melaka, hati aku dah berdebar sebab aku ada seorang adik yang tinggal di Kuala Lumpur. Kebetulan dia bercuti kat rumah abah aku di Melaka dan dia ada beritau kat aku dia nak balik KL petang Ahad (semalam). So, pagi ni bila aku call dia, telefonnya tak berangkat dan aku telefon adik aku seorang lagi. Dia bagitau adik aku tak jadi balik KL petang semalam. Alhamdulillah.... lega hati aku. Aku takut jika adik aku balik petang semalam dan naik bas itu.
08 September 2010

Contest Meriahnya Call Masa Hari Raya

Ini adalah sticky post. Entry terbaru ada di bawah.

Salam semua, kali ni aku nak join contest yang dianjurkan oleh propito.com. Jika sesiapa yang nak join di bawah ini ada syarat-syaratnya dan klik di SINI.

Cara menyertai :
Korang hanya perlu membuat post mengenai kontest ini yang berlangsung selama 15 hari. Post yang korang buat mestilah bertajuk “ Contest Meriahnya Call Masa Hari Raya “.

Isi post :

1) Isi post adalah mengenai pengalaman manis/pahit korang masa hari raya sebelum ini. Para blogger suka bercerita kan, jadi ceritakan pengalaman anda.

2) Tuliskan sekali mengenai kontest ini.

3) Buat link www.propito.com


Inilah cerita aku:


Raya pada tahun 2008 merupakan tahun pertama aku adik beradik beraya tanpa seorang yang digelar mak. Arwah mak meninggalkan kitorang beberapa bulan sebelum tibanya Ramadhan. Jika sebelum ni biskut raya dan persiapan juadah pagi raya memang arwah mak yang akan buat. Aku ni hanya tolong sikit-sikit je. Maklumlah aku nikan anak perempuan mak yang pertama dan merangkap anak kesayangan he3.

Berbalik kepada cerita aku, raya tahun 2008 tu, aku balik kampung awal beberapa hari dengan niat nak tolong abah buat rendang, masak ketupat sekaligus menemankan abah agar dia tak rasa sunyi. Sehari sebelum raya pagi-pagi lagi abah dah keluar pergi pasar beli daun ketupat, ayam dan bahan-bahan buat rendang. Bila dah sampai rumah je abah terus buat kelongsong ketupat manakal aku dengan adik perempuan yang bongsu cuma tolong siapkan bahan-bahan untuk dibuat rendang.

Sebenarnya rendang tu bukan aku yang akan masak tapi abah kerana aku lebih suka makan hasil dari air tangan orang tuaku. Nasib baiklah abah aku ni pandai masak. Keadaan satu hari suntuk tu agak kelam kabut. Banyak kerja yang perlu dibuat. Aku ni pulak kalau kat rumah abah, aku jadi tak tau nak buat apa tapi kalau kat rumah mertua, pandai pula aku bawa diri. Last-lastnya kitorang siap masak semua lauk lebih kurang pukul 3 pagi. Penat memang penat tapi seronok. Bila tiba pagi raya, abah nak makan kuah kacang. Abah suruh aku buat. Bahan-bahan semua dah ada, nasib baik aku bawa buku resepi yang bertimbun kat rumah tu. Boleh juga buat rujukan. Itulah pertama kali aku buat kuah kacang, masa tengah masak tu timbul rasa menyesal sebab tak belajar dari arwah mak. Arwah mak aku kalau buat kuah kacang memang superb.

Bila tibanya raya pada tahun 2009, keadaan untuk juadah di pagi raya dah tak kelam kabut seperti tahun lepasnya. Abah aku dah pandai handle tapi sayangnya aku balik kampung jumpa abah pada hari raya ke dua. Yang bestnya, abah tetap suruh aku buat kuah kacang. Maknanya sedaplah kuah kacang aku tu he3.


Itulah kenangan yang tak mungkin aku lupakan. Dah nak raya ni perasaan rindu aku kat arwah mak makin kuat. Al-Fatihah.

p/s: dah baca kan? tinggalkanlah komen sekali.tq untuk semua.
18 Jun 2010

Jangan Salahkan Aku


Salam semua.. kali ni aku nak tayangkan gambar budak pompuan ni. Korang nak tau sape budak pompuan dalam gambar ni. Ini adalah anak pompuan kesayangan aku ler. Gambar ni diambil masa kitorang pegi klinik minggu lepas. Nampak tak pipi sebelahnya yang bengkak. Dah macam kena tumbuk..ppssss.... aku tak dera ye. Korang jangan buat report pulak hehehehe ...

Pipi tu bengkak sebab malam sebelumnya dia mengadu sakit gigi. Bila aku tengok gusinya kat bahagian atas dah bengkak. Ingatkan bengkak setakat kat mulut tu je, rupa-rupanya bila bangun keesokan hari, terus melarat ke sebelah pipi. So, bawak pegi klinik, doktor bagi ubat hilang bisa dan antibiotik. Dua hari kemudian barulah bengkak tu susut.


Perasan tak rambutnya yang terjuntai tu. Sekarang ni Balqis dah pandai ikat rambut sendiri. Dari mana dia belajar aku pun tak tahu. Satu kemajuan buat dirinya. Dah besar rupanya anak aku ni ye. Tahun depan dah masuk sekolah. Sekejapnya masa berlalu.
07 Januari 2010

Alhamdulillah...

Selepas beberapa jam abah di dalam bilik pembedahan tepat pukul 1.15 ptg abah dah keluar dari bilik pembedahan. Salah sorang adik lelaki aku tak sanggup nak jenguk abah sebab abah ngadu sakit. Kalau la aku ada kat situ.. aku rasa dah berjurai airmata yang keluar.

Saje nak bagitau ni....
Sebenarnya abah aku mengalami tulang pinggul yang terkeluar dari tempat asalnya. Lepas dah x ray semua, doktor sarankan abah aku buat fisioterapi agar tulang tu boleh kembali ke tempat asal. Beberapa bulan gak buat fisioterapi tetapi masih tiada perubahan. Akhirnya doktor buat pemeriksaan sekali lagi dan tiada pilihan lagi terpaksa juga dibedah.

Pembedahan itu adalah untuk membuang tulang yang dah tak berfungsi dengan menggantikan sejenis skru. Doktor bagi juga pilihan kalau tak buat pembedahan dikhuatiri tulang yang tak berfungsi tu akan berjangkit ke tulang yang lain. Bila dah sampai ke tulang belakang memang kemungkinan besar abah boleh lumpuh.

Akhirnya abah ambil keputusan, dia rela dibedah walaupun ada risikonya. Sebelum ni aku memang kesian tengok abah aku sebab dia tak boleh berdiri terlalu lama atau duduk terlalu lama. Kalau sakit tu datang dia hanya makan ubat tahan sakit je.

Sekarang ni abah pun dah selamat dibedah dan harap sangat lepas ni abah dah boleh buat apa-apa kerja yang dia suka.

P/S: Kemungkinan besar hujung minggu ni aku balik jenguk abah.

Semoga semuanya berjalan lancar

Pada ketika ini aku tengah dalam debaran. Nak buat kerja tak tentu arah, nak makan pun takde selera kerananya abah aku sedang berada di bilik pembedahan menjalani pembedahan berkaitan tulang pinggulnya. Ya Allah... biarlah pembedahan abah berjalan dengan lancarnya dan semoga abah lekas sembuh.

P/S: Berita terbaru akan diupdate selepas 1.00 tengahari
01 Januari 2010

Irfan 8 tahun

Pada harini genaplah Ahmad Irfan Fitri bin Ahmad Faizal berumur 8 tahun. Perasannya macam baru lagi aku gomol-gomol budak ni. Semoga Irfan menjadi anak yang soleh dan disenangi oleh sesiapa.Aminn. Hmmm..aku ingat tahun ni nak hadiahkan dia basikal lagi. Okay tak?