Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

30 Jun 2011

VCO Catalyst

Assalammualaikum.. harini saya nak bercerita mengenai VCO Catalyst ataupun Minyak Kelapa Dara keluaran Catalyst. Produk ni tengah hot market di pasaran online dan offline. Saya pun dah try produk ni dan apa yang saya rasa, badan rasa lebih segar dan bertenaga. Biasanya kalau kat opis ni masuk je petang badan dah rasa lemau tapi kini dah tak lagi. Itu yang pertama, kedua pula period pain saya dah berkurangan. Sebelum ni, saya memang tak suka bila nak datang bulan, hari pertama dan kedua perut ni memang rasa tak selesa, sakit sana sini. Alhamdulillah, lepas je makan VCO ni sakit tu dah berkurangan dan yang ketiga, ni best sikit. Biasanya saya makan 2 biji sekaligus di waktu pagi. Nanti bila tengahari, saya beli juga nasi dalam kuantiti yang sedikit. Saya rasa ada la dalam dua tiga suap je  makan, pastu dah rasa kenyang. Petang pula saya makan kuih 2 3 biji, bila tiba malam memang dah tak jamah nasi. Hanya  makan buah je. Begitulah rutin aku setiap hari.

1st saya makan ni sebenarnya bukanlah sebab nak kurus ke, nak kulit muka selicin tomato ke, tetapi untuk kesihatan dalaman. Bila dalaman dah cantik secara otomatiknya luaran pun akan ikut cantik gak. Betul tak. Maklumlah sekarang ni, penyakit senang berjangkit. Lebih baik kita mencegahnya terlebih dahulu. Sekarang alhamdulillah.. saya dah pun menjadi stokis untuk produk-produk CATALYST ni di tempat saya.

Kepada sesiapa yang nak dapatkan produk VCO CATALYST ni bolehlah u all inform saya dan sesiapa yang tinggal area Johor Bahru, Senai dan Kulai boleh hubungi saya dan saya akan passkan pada agent saya yang berhampiran. Silalah add FB saya di SINI. InsyaAllah segala pertanyaan dan kemusykilan anda akan dilayan sebaik-baiknya.


I ♥ CATALYST. 

Harga sebotol
RM39.90 (Semenanjung Malaysia)
RM43.90 (Sabah Sarawak)
**kos penghantaran adalah percuma ke seluruh negara**
**sesiapa yang ingin manambahkan pendapatan jomlah join dengan menjadi agent**


24 Jun 2011

VCO Catalyst di Berita Harian




Assalammualaikum.. suratkhabar harini Jumaat 23 Jun 2011, ada keluar berita pasal Catalyst ni. Aku dapat snap sikit je ni. Ingat nak snap penuh tapi sayangnya bateri kamera habis hu3..

Di sini sesiapa yang nak menambahkan pendapatan sampingan tu bolehlah mendaftar dengan menjadi ahli. Sesiapa yang berminat boleh email ke jieda79@yahoo.com


22 Jun 2011

Rezeki Bulan June

Assalammualaikum.. salam pagi rabu semua. Rezeki bulan June maknanya untuk bulan ni aku menang 3 giveaway yang aku join. Alhamdulillah..setiap bulan ada je rezeki menang giveaway. Giveaway yang kedua ni aku telah dipilih secara random dari blog Cutemum ''Vote Dania & Dapat Hadiah. Bagi sesiapa yang memang suka join segala macam giveaway dan contest pasti kenal sangat dengan cutemum ni. Bangga juga aku sebab menang dari blog Cutemum. Thanks ye cutemum dan tahniah juga buat pemenang yang lain. Keputusan boleh godeh di SINI.



Kemenangan ketiga pula aku akan memenangi minyak wangi dari blog Queenpink. Seronoknya sebab aku antara yang terpilih. Ramai juga pemenang dari blog Queenpink ni. Semoga queenpink akan terus dimurahkan rezeki. Tahniah buat pemenang yang lain juga. Keputusan penuh ada di SINI





14 Jun 2011

Let's put a smile on dad's face this Father's Day


Assalammualaikum.. berpandukan pada tajuk kalau korang nak tau detail sila klik di SINI atau Banner tu ye.. thanks pada korang yang sudi nak klik-klik.


10 Jun 2011

Buah Mangga


Assalammualaikum.. gambar di atas adalah pokok mangga yang berada di hadapan rumah aku. Dah serabut pokok tu, setiap kali aku bagitau dengan jiran ke dengan kawan-kawan yang menegur pokok aku tu yang aku nak tebang, confirm dia mesti sibuk berbunga. Kalau dah berbunga tu takkan la aku nak tebang pulak kan. Pandai betul naluri pokok mangga aku ni he3..

Acara petang semalam sampai je rumah, aku terus ke pokok mangga ni. Aku dah geram tengok buah-buah mangga yang hampir nak masak. Malangnya aku tak cukup tinggi untuk mengait buah yang jauh nun di atas. Suruh Balqis panjat pun dia tak sampai juga. Lepas tu aku suruh Irfan pula yang naik. Aku jaga je la dari bawah. Elok je dia sampai atas, dia gayat dan terus nak turun. Yang kelakarnya dia tak pandai nak imbang badan turun dari pokok mangga tu. Aku panggi en suami suruh turunkan Irfan tapi Irfan berjaya juga turun dengan sendirinya.

En suami aku pun tanpa berfikir panjang terus dia panjat pokok tu. My super hero. Habis buah yang kat atas di petiknya dan gambar di bawah ni sebahagian buah mangga yang dipetik oleh aku dan en suami. Rasa puas hati bila dapat petik sendiri dari pokok yang ditanam.


Fresh from my tree


08 Jun 2011

Bunga Keembong dan Khasiatnya

Assalammualaikum.. harini mari kita menyegarkan mata dengan melihat bunga keembong yang bewarna pink di bawah ni. Bunga keembong ni sebenarnya ada bermacam warna dan antara pokok yang paling senang di tanam. Hanya guna bijinya sahaja. Rupa-rupanya pokok dan bunga keembong ni ada pelbagai khasiatnya. Jom kita tengok khasiatnya.

Gambar ihsan dari google

Bunga pokok keembung pula dikatakan boleh direbus dan air rebusannya boleh diminum untuk merawat arthritis, badan panas, darah bertakung, demam panas, kecederaan dalaman badan, keputihan pada faraj, patukan ular, reumatisme, sakit urat dan sengal-sengal di pinggang, sakit saraf di kepala dan muka. Ramuan yang sama ini juga dikatakan boleh digunakan untuk merawat masalah kurang atau tidak ada haid.

Bunga pokok keembung yang telah dihancurkan dikatakan boleh ditampal pada bisul, kudis, kurap, luka, lumbago (sakit belakang pada bahagian bawah tidak kira apa sebab) dan terseliuh. Bunga keembung jenis yang berwarna putih dikatakan boleh direndam ke dalam air yang mendidih. Air ini kemudiannya dikatakan boleh diminum untuk merawat penyakit ginjal dan hati.

Selain untuk tujuan perubatan, keembung juga dikatakan boleh digunakan untuk tujuan lain iaitu bunganya boleh dijadikan pewarna kulit dan kuku selain turut digunakan dalam kosmetik. Minyak daripada bijinya pula dikatakan boleh digunakan untuk pelita, cat dan varnish.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan setiap bahagian pokok keembung bagi masalah kesihatan dan digunakan dalam perubatan tradisional, namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.



07 Jun 2011

Petua Mengelakkan Batu Kerongsang Tertanggal

Gambar ihsan dari google

Assalammualaikum.. sekarang ni aku rasa trend bagi pemakai tudung pakai kerongsang jurai. Aku pun minat juga pakai kerongsang ni. Aku rasa bila kita pakai kerongsang ni boleh menaikkan seri, taklah nampak kosong je. Satu masalah kerongsang ni adalah batunya yang mudah tertanggal. Kadang-kadang baru beli je batunya dah hilang sebiji, kadang-kadang sampai berbiji-biji.

So, kat sini aku nak bagitau petua kalau nak batu kerongsang tahan lama. Caranya ialah dengan menyapu nail cote yang kaler jernih pada batu-batu kerongsang. Jangan pula korang sapu kaler lain. Selain batu kerongsang tu tahan lama ianya juga membuatkan batu kerongsang tu cantik berkilat. Selamat Mencuba.


06 Jun 2011

Menang Top Up



Assalammualaikum.. di saat aku tengah bengang sebab takleh nak log in blogger (asyik-asyik keluar error memanjang je) ada juga berita baik yang aku dapat. Kemenangan pertama aku di bulan Jun ini datangnya dari blog http://jai-diari.blogspot.com. Alhamdulillah.. ada rezeki aku walaupun di tempat ke tiga dan aku hadiah yang aku menangi ialah top up RM10. Terima kasih buat penganjur. Kemenangan penuh boleh lihat di sini


05 Jun 2011

Opick Rapuh | Berpaling Dari Jannahmu

Assalammualaikum.. lagu di bawah ni nyanyian Opick-Rapuh. Jika ada sesiapa yang perasan lagu ni dimainkan selepas lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu. Lagu ni muncul masa Nasir Bilal Khan sampai kat klinik. Aku suka dengar melodi lagu ni. Jom layan lagu ni.




02 Jun 2011

Tak Leh Log In


Assalammualaikum.. dah beberapa hari ni, aku susah betul nak log in blog aku ni. Bila klik link blogger je ada masanya keluar mesej camni. Tension betul. Nak buat entry baru pun asyik tertangguh je. Err..nak tanya. Ada tak sape yang kena camni. Sila jawab.


M&M VOTE & WIN


Assalammualaikum.. beri laluan kat iklan M&M ni jap ye. Sesiapa yang nak menang tu klik banner ye


Berita Suratkhabar Pagi Ni

Assalammualaikum.. salam pagi semua. Pagi ni di muka depan akhbar Harian Metro edisi Johor terpampang berita BAYI BERSEPAI. Tak sanggup aku nak baca cerita penuhnya. Kesian kat bayi yang tak berdosa tu. Pastu ada part yang aku baca, bayi tu dipercayai masih hidup ketika dicampak. Kenapalah kejam sangat si pembunuh ni. Ke mana la menghilangnya akal fikiran yang waras waktu tu. Kalau dah taknak tu bagilah orang, mesti ramai yang nak. Aku rasalah kalau pembunuh ni dapat ditangkap, hukuman yang sesuai buat dia campak dari tingkat 50. Bukan setakat kepala je yang bersepai, biar dengan badan-badannya sekali hancur.

Pagi ni mood aku kurang selesa. Tekak sakit, hidung sakit, rasa cam nak demam je hu3.