Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan
07 Jun 2011

Petua Mengelakkan Batu Kerongsang Tertanggal

Gambar ihsan dari google

Assalammualaikum.. sekarang ni aku rasa trend bagi pemakai tudung pakai kerongsang jurai. Aku pun minat juga pakai kerongsang ni. Aku rasa bila kita pakai kerongsang ni boleh menaikkan seri, taklah nampak kosong je. Satu masalah kerongsang ni adalah batunya yang mudah tertanggal. Kadang-kadang baru beli je batunya dah hilang sebiji, kadang-kadang sampai berbiji-biji.

So, kat sini aku nak bagitau petua kalau nak batu kerongsang tahan lama. Caranya ialah dengan menyapu nail cote yang kaler jernih pada batu-batu kerongsang. Jangan pula korang sapu kaler lain. Selain batu kerongsang tu tahan lama ianya juga membuatkan batu kerongsang tu cantik berkilat. Selamat Mencuba.


16 Jun 2010

Cara menghapuskan lipas


Salam semua.. nak tanya ni, sape benci lipas? Eeee... samalah, aku pun tak suka + benci + geli dengan lipas ni. Kerana ketakutan aku terhadap lipas sampaikan anak-anak aku pun ikut takut juga. Mana taknya.. bila lipas tu lalu je aku akan terjerit-jerit macam orang kena histeria *hehehe..aku tipu je, takle sampai terjerit camtu* Kalau en suami ada kat rumah memang dialah yang aku suruh bunuh lipas tu.

Tadi aku baca email yang diberi oleh rakan sekerja berkenaan membunuh lipas secara profesional tanpa perlu memukul dengan penyapu lidi atau menekup lipas guna kertas suratkhabar. Cara ni simple sangat-sangat.

''Sediakan botol yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak je lipas, terus spray ke arah lipas tu. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala hingga kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas lipas. ''

Satu lagi cara dengan memerangkap lipas.

''Sediakan botol kaca seperti botol jam atau botol madu. Letakkan sedikit serbuk kopi atau serbuk koko ke dalam botol tersebut. Letakkan berhampiran dengan dinding atau tempat lalu lalang lipas. Biasanya lipas boleh memanjat botol tetapi tidak boleh keluar. Bila lipas dah terperangkap, spraylah dengan menggunakan air sabun itu''.

Satu lagi info yang nak dikongsikan ialah lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak akan pecah kerana ia kuat. Ia akan bertaburan di mana-mana tempat jika memukul lipas menggunakan penyapu atau suratkhabar. Jika buat cara begitu hendaklah dibersihkan tempat lipas tu dipukul dengan menggunakan air dan sabun sebersih-bersihnya.


notajariruncing: aku suka tengok katun oggy and the cockroaches