18 September 2009
Terima Kasih Pada Semua
Terima kasih la kat kawan-kawan semua yang sudi menghulurkan kad raya sebagai pengganti diri. Semoga salam perkenalan yang terjalin akan kekal berkekalan. InsyaAllah.
Insiden Semalam
Masa kat opis, aku dapat satu bungkusan dari courier. Dalam bungkusan tu mengandungi baju melayu husband dan Irfan serta baju kurung Balqis. Hisshhh...memang tak sabar nak balik rumah, nak pakaikan kat dorang. Bila dah testkan kat anak-anak, kecewanya sebab baju yang dijahit terlalu besar. Hmm...ukuran yang aku bagi salah ke atau tukang jahit yang salah jahit huhuhu. Petang semalam juga aku ajak husband buka kat luar sebab nak cari baju ganti untuk anak-anak. Akhirnya dapat juga la cari baju tapi tak syoknya kaler baju anak dan ayah tak sama. Sorang hijau muda, sorang lagi hijau pekat huhuhu.
Kejadian masa berbuka pulak. Kitorang sekeluarga makan kat KFC di Tesco Kulai. Ini lah pertama kali sepanjang puasa kitorang berbuka kat luar. Masa tengah makan tu Balqis memang tak reti duduk diam. Kejap-kejap dia menghilang. Dalam masa yang sama aku perhatikan jugak takut terlepas dari pandangan. Sedang aku berbual ngan husband, mata aku melilau mencari Balqis. Sah!!! dia takde dalam KFC tu. Aku dah panik jap. Apalagi..aku keluar dari KFC, tanya gak dengan orang keliling. Masing-masing tak nampak. Hisshhh...rasa cam nak gugur jantung. Macam-macam yang aku pikir. Nasib baik dalam Tesco tu tak ramai orang. Senang sikit nak cari. Kemudian, aku nampak husband menuju ke tempat permainan kanak-kanak dan dalam masa yang sama Balqis berlari ke arah ayahnya. Fuhhh...baru la lega rasa hati. Bayangkan la KFC tu hujung sebelah kanan, tempat mainan tu hujung sebelah kiri. Punya la jauh Balqis berjalan.

10 September 2009
Popia
Aku nak sambung citer masa aktiviti balik Melaka haritu. Sebelum ni aku ada beli serunding daging yang aku import dari Kedah. Aku beli ngan RM40 sekilo. Murah la tu. Kat sini tak dapat la harga camtu. Aku bawa balik kampung cuma 1/2 kilo je.
Ini la rupanya serunding daging itu
Untuk aku yang pertama kali buat memang terkial-kial nak gulungkan popia tu. Bagi aku leceh jugak nak menggulung ni. Aku sarankan adik aku belajar buat yang simpul. Merujuk kepada gambar di bawah: Hasil popia yang berjaya ku gulung. Ada yang gemuk, ada yang kurus, ada yang pendek, ada yang panjang. Pendek kata semua ada la hehehe.
Akhir kata buat yang simpul lagi senang dari yang gulung sebabnya kalau buat yang simpul kita akan jimat masa dan tenaga hahaha. Fakta berdasarkan apa yang aku buat. Merujuk kepada gambar di bawah: Popia yang berjaya disimpulkan.
Untuk penghabisan antara gulung dan simpul, simpul la yang menjadi pilihan kami adik beradik hehehe. Aku tak dapat nak attach gambar yang dah digoreng sebab masa goreng tu aku sedang bersiap-siap nak balik Johor. Balik lagi sekali nanti baru aku akan ambil popia simpul yang dah siap digoreng itu.
Ini la rupanya serunding daging itu
Cadangan asalnya aku nak buat popiah untuk hari raya nanti. Pagi Ahad tu jugak aku pegi cari kulit popiah. Merujuk kepada gambar di bawah: Serunding daging diletakkan di penjuru kulit popia.
Untuk aku yang pertama kali buat memang terkial-kial nak gulungkan popia tu. Bagi aku leceh jugak nak menggulung ni. Aku sarankan adik aku belajar buat yang simpul. Merujuk kepada gambar di bawah: Hasil popia yang berjaya ku gulung. Ada yang gemuk, ada yang kurus, ada yang pendek, ada yang panjang. Pendek kata semua ada la hehehe.
Akhir kata buat yang simpul lagi senang dari yang gulung sebabnya kalau buat yang simpul kita akan jimat masa dan tenaga hahaha. Fakta berdasarkan apa yang aku buat. Merujuk kepada gambar di bawah: Popia yang berjaya disimpulkan.
Untuk penghabisan antara gulung dan simpul, simpul la yang menjadi pilihan kami adik beradik hehehe. Aku tak dapat nak attach gambar yang dah digoreng sebab masa goreng tu aku sedang bersiap-siap nak balik Johor. Balik lagi sekali nanti baru aku akan ambil popia simpul yang dah siap digoreng itu.
Pemberian Dari Anyss
Ini sebenarnya rantai tangan yang diberi oleh Anyss kepada aku masa Anyss pegi Kota Kinabalu haritu. Thanks anyss. Lain kali beli lagi hahaha. Memang comel sangat rantai tangan tu. Ada mutiara yang berwarna pink sebanyak 5 biji tapi sayang seribu kali sayang tak muat bila aku pakaikan kat pergelangan tangan aku yang comel ni huhuhu. Kemudiannya aku pakaikan kat tangan Balqis, besar la pulak. Tiba-tiba tercetus idea pakaikan kat kaki Balqis. Haaa...muat pun. Nampak gayanya dari rantai tangan terus bertukar menjadi rantai kaki. Dapat la anak dara aku melaram dengan rantai kakinya di pagi raya nanti.
Masa aku nak bukakan rantai kaki ni dan nak simpan di tempat yang sepatutnya, puas aku mengejar Balqis satu rumah. Dia taknak buka sebab aku dah kata ''Cantiknya kaki Balqis''. Dia perasan la tu bila mama dia ni puji harharhar
Menu Sahur Tadi
Pagi tadi kami sekeluarga bersahur udang masak sambal. Udang ni lebih kurang saiz XXL dan aku beli masa offer dengan hanya RM10 sekilo. Murah kan?? Mula-mula, ingatkan nak wat udang mentega. Saje nak try buat tapi tak jadi sebab direquest oleh Irfan nak makan udang sambal. Ikutkan je la. Kalau tak ikut kang buatnya dia taknak puasa harini maknya ni juga yang akan disalahkan huhuhu...
Inilah hasilnya UDANG MASAK SAMBAL aku. Jangan terliur pulak ye hehehe...

08 September 2009
Staff Penipu
Seorang bos sedang menunggu staff-staff nya datang ke ofis untuk bermesyuarat.
Bos itu sungguh marah kerana tiada seorang pun sampi ke ofis. Tiba-tiba kelihatan
salah seorang staff nya berlari menuju pintu ofis.....
Staff 1: Bos..jangan marah dulu..saya boleh jelaskan kenapa saya lewat hari ini...
Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi
terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya
terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh
dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.
Bos tersebut amat hairan dan pelik dengan penjelasan staff tersebut tetapi
membiarkan sahaja kerana beliau dapat datang jugak. Seketika kemudian 8 orang
staff datang dengan keadaan kelam kabut dan bos pun bertanya setiap seorang
dari mereka kenapa mereka lewat.
Bos: Kenapa kamu lewat.
Staff 2:Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas
tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan.
Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu
jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai..
Bos itu pelik dan agak hairan dengan penjelasan staff tersebut tetapi dia telah
melepaskan staff yang pertama dari apa-apa hukuman dan terpaksa juga
melepaskan staff yang kedua itu. Dan setiap staff yang ditanya mengapa mereka
lewat dan penjelasan mereka juga sama dan akhirnya soalan ditujukan kepada
staff ke-9.
Bos: Ha ..kamu pula ..apa pula penjelasan kamu?
Staff 9:saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas
tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi....
Bos:Biar saya teka..[bos itu menyampuk..] ..teksi tu rosak kan...
Staff 9: Bukan...ada terlalu banyak bangkai kuda di tengah jalan...teksi langsung
tidak boleh bergerak...

Ke mana raya tahun ni??
Sabtu lepas aku balik kampung. Maklum la sejak puasa ni belum ada kesempatan lagi nak jenguk abah dan adik-adik. Masa sedang duduk berbuka abah menyarankan kami adik beradik beraya di rumah tok umi(ibu kepada arwah mak) kat Kemaman tahun ni. Abah pula tak nak ikut kerana kesihatannya yang tak mengizinkan. Mula-mula aku taknak pergi sebab abah tak ikut sekali tapi setelah dipujuk akhirnya abah akur.
Horayyy...tahun ni kitorang semua beraya kat Kemaman dan alangkah lebih meriah sekiranya arwah mak masih ada.

01 September 2009
Takuttttt
Minggu lepas office mate aku yang duduk bersebelahan ngan aku demam. Disebabkan kerja yang bertimbun nak siapkan, dia datang jugak ke opis. Akibat dah tak tahan agaknya office mate aku tu hanya kerja setengah hari je, katanya nak ke klinik.Bila dia telefon ke office, doktor bagi mc 3 hari. Pagi ni bila aku datang kerja je aku dikejutkan berita anak office mate aku tu positif H1N1. Aku cuak jugak ni maklum la minggu lepas office mate aku demam.
Langgan:
Catatan (Atom)