Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

30 Julai 2009

Jangan Cakap Besar

''Ishhh..boring betul la tv ni. Asyik nak tayang citer indon je. Takde citer lain ke nak tayang'' aku merungut kat laki aku.

Bila citer ngan kawan-kawan pun, aku akan mengkritik habis-habisan pasal citer indon yang ditayangkan kat tv. Tapi....Tuhan nak tunjuk kot. Satu hari aku terbukak citer indon tajuknya INTAN kat tv Prima (astro). Untuk pertama kalinya aku tengok aku dah terpikat dengan jalan citernya dan heronya hik hik hik. Sejak dari tu aku tak pernah ketinggalan tengok citer Intan. Start pukul 11 malam je aku akan duduk depan tv sambil menonton sinetron kegemaranku. Kalau aku terlepas satu episod pun, bila sampai opis aku akan tengok kat youtube. Hebat jugak penangan citer indon ni ye.

Bila difikirkan balik...tu la dulu cakap besar tak suka tengok citer indon. Sekarang dah lain citer pulak. Pengajaran buat aku tu huhuhu
29 Julai 2009

My Page Pet


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets

Alahaiiiiii

Sam: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?
Dol : Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati

***************************************************************************************

Sam: Apasal kau marah kat tokey kedai 2 ringgit tu?
Dol : Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 ringgit.

***************************************************************************************

Sam: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
Dol : Sebab aku bela ikam emas. Aku jumpa ia mati dalam air.

***************************************************************************************

Sam: Apasal kopi yang ko buat ni rasa masin?
Dol : Gula dah habis.
Sam: Yang ko campur garam apasal?
Dol : Kan aku dah kata, sebab gula dah habislah.

***************************************************************************************
28 Julai 2009

Sahabat

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah mnghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu "jawab ayahnya.

Pada hari pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata " kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal ".

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga aalah seorang pendengar, berkongsi suka duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

moral: jaga la perlakuan dan tuturkata supaya kita tidak akan kehilangan sahabat yang disayangi.....


22 Julai 2009

Blog

Hmmm...hari ni aku baca satu blog yang aku dapat dari sahabatku berkenaan dengan satu kes pembunuhan yang terjadi sekitar tahun 2007. Dah dua tahun kisah tu berlalu dan alhamdulillah, kes tu telah pun selesai dan pembunuhnya telah pun menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang mereka buat. Lepas je aku baca blog tu perasaan aku secara otomatik terus bertukar. Sedih sangat. Memang tak disangka-sangka kawan yang telah dikenali sekian lama sanggup melakukannya. Tak nak citer panjang la. Kalau korang nak tau korang baca kisahnya di www.dextrike.blogspot.com
21 Julai 2009

Allah Mengampuni Dosa Orang Yang Berpuasa

Disebabkan Ramadhan akan menjelma lebih kurang sebulan lagi, marilah kita renungkan

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

Pengajaran Hadis:

i) Puasa mencakupi pembatasan seluruh anggota tubuh bahkan hati dan pikiran daripada melakukan segala macam dosa. Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal berpuasa.” Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya dengan perbuatan dosa.

ii) Sesungguhnya iman dan nafsu yang jahat tidak mungkin boleh bersama kerana mustahil orang yang kuat imannya disertai oleh nafsu yang liar. Begitu juga tidak akan berlaku orang yang bernafsu liar mendakwa imannya kuat. Maka bulan Ramadhan merupakan peluang bagi umat Islam menundukkan nafsunya kerana peningkatan iman tidak akan berlaku sekiranya nafsu gagal dijinakkan. Sedangkan seseorang itu hanya akan mencapai tahap jihad yang paling tinggi apabila terlebih dahulu berjaya mengekang dan menjinakkan nafsu dalam dirinya.

iii) ‘Dengan penuh keimanan’ sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas bermaksud yakin dengan janji-janji Allah S.W.T dan melaksanakan perintah-perintah Allah dengan penuh keikhlasan iaitu mencari keredhaan daripada Allah semata-mata, bukan berpuasa sekadar ikut-ikutan dengan tujuan untuk berbangga-bangga (riya’), mendapatkan pujian atau habuan dunia.


Nak Rasa???

Hehehe...tak tau la pagi ni aku nak merepek apa kat blog ni, dan bila aku buka email aku terjumpa pulak gambar-gambar ni. Saje nak buat peminat-peminat coklat kecur hahaha




20 Julai 2009

Lawak Petang Hari

Teruna: “Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama.”
Dara: “Apakah kau rela kalau aku pergi?”
Teruna: “Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu.”
Dara: “Apakah kau mencintaiku?”
Teruna:: “Tentu! Selamanya akan tetap begitu.”
Dara: “Apakah kau pernah berlaku curang?”
Teruna: “Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu.”
Dara: “Maukah kau menciumku?”
Teruna: “Ya…”
Dara: “Sayangku… Sesudah 5 tahun nikah…”


Sila baca dari bawah ke atas.

17 Julai 2009

Makan Aje....


Semalam aku pergi JUSCO sempena JCARD DAY. Tak dapat nak shopping banyak pun pasal orang yang ada kat sana kussss semangat punya la ramai. Aku capai jugak la sikit. Capai-capai pun beratus gak habis huhuhu...tengahari pula, perut pun dah lapar, aku dan suami masuk KFC. Teringin pulak nak makan Cheezy Chikaroni. Tengok iklan macam sedapppp je. Aku pun order. Rasanya sedap jugak. Banyak betul cheesenya.

Jawab Tag Dari Dina

Sementara aku tengah bosan yang teramat ni, ada lah baiknya aku jawab tag dari dina. Ye tak?

1. Anda sudah mempunyai berapa org anak & nyatakan Girl Or Boy???
Hakikat yang sebenar anak aku ada 3 orang tapi disebabkan seorang (perempuan) telah menemui penciptaNya maka yang ada sekarang hanya lah 2 orang. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

2.
Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Hmmm...tahun depan kot. Maklum la yang bongsu pun dah 3 tahun.

3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam??
i) Ahmad Irfan Fitri = Ahmad: Terpuji
Irfan: Kebijaksanaan
Fitri: Semulajadi

ii) Nurlyana Balqis = Nur: Cahaya
Lyana: Lemah Lembut
Balqis: Sempena Nama Isteri Nabi Sulaiman

4. Siapakah yg memberikan nama anak anda??
Nama Irfan diberi oleh aku manakala nama Balqis pilihan suami aku.

5.
Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda??

Dari buku yang dipinjam dari seorang kawan

6.
Sekiranya anda dikurniakan seorg lagi cahaya mata...apakah nama yg akan anda beri??

Hmmm...tak terfikir lagi

7. Berapakah perancangan anak yg anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy???
Perancangan nak 4 je, nak 3 lelaki 1 pompuan.

8. Bagi yg mempunyai anak lebih dari seorg...nyatakan jaraknya beza umur anak anda?

Antara Irfan dan Balqis bezanya 4 tahun

9. Untuk kelahiran anak anda yg akan datang..anda nak Girl @ Boy?? Nyatakan
sebabnya??
Nak boy sebabnya... takde sebab la

10. Apa ciri2 persamaan anda & anak anda??
Hmmm...perangai Balqis sebijik cam perangai aku masa kecik dan apa yang sama tu Rahsia hehehe

11. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua rakan blogger..

Aku tepek kendian la ye

12. Aku nak tag

Kak watie
Ieta
Ainie
Lyana
Kak Hasnah






Tambah lagi koleksi

Uisshhh....lamanya tak update blog. Maklum la bizi yang teramat sangat. Sementara ada kesempatan ni dapat la update blog hehehe

Nak citer pasal minggu lepas....

8hb July 2009
Jam 11.30pg

Aku: Hello...Samad, nanti kalau ada posmen datang bawak bungkusan suruh dorang bawak naik atas.

Samad: Haa...ye laaa...

20 minit kemudian aku memandang keluar tingkap dan ternampak sebuah van dari Pos Malaysia lalu aku menelefon ke arah balai pengawal

Aku: Samad..jangan lupa suruh orang tu naik opis.

Samad; Dah bgtau..orang tu otw naik atas.

Terdengar ketukan lalu pintu dibuka. Dengan kontrol hensem abang pos tu membawa bungkusan dan terus menghantar kepada aku. Setelah siap sain dan abang pos tu beredar tanpa membuang masa aku membuka kotak itu dengan perasaan yang sangat gembira kerana barang-barang yang ku tunggu telah pun tiba. Aku pun mengeluarkan satu persatu dan membelek-belek barang itu. Ada 15 semuanya. Makin bertambahlah koleksi aku. Hmmm...nak baca yang mana satu dulu ye...







Akhir sekali aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kat nadia sebab sudi membelikan novel yang aku kirim pada pesta buku Alaf21 yang lepas. Saaaayang kat nadia hehehe
08 Julai 2009

Wahhh...dapat award lagi

Hmmm...tak sangka-sangka harini dapat award lagi. Kali ni dari kak Wati pula. Tima kasih banyak-banyak kak atas kesudian memberi award ni kepada saya hehehe

1. Copy gambar Islam di atas
Okay...dah copy

2. Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama
Nak bagi kat

1. Gee
2. Sulela
3. Dina
4. Suzry
5. Mokyang
6. Anyss
7. Caluk
8. Fadxiora

Rasanya cukup la 8 orang ni

Poco-Poco

Malam tadi aku join group kat kawasan rumah aku berlatih tarian poco-poco. Sebenarnya dah lama tarian poco-poco kat kawasan rumah aku diadakan cuma malam tadi barulah aku berkesempatan nak join. Mula-mula tu malu gak. Ye laa...aku ni bukannya tau langsung step-step tarian tu tapi bila aku dah buat sendiri rupa-rupanya best. Kalau tengok orang yang dah mahir buat tu, cantik lenggang lenggoknya.

Kalau korang nak belajar senang je pergerakannya.
  1. Bergerak ke kanan dua langkah..
  2. Bergerak semula ke kiri dua langkah
  3. Bergerak ke belakang dua langkah
  4. Bergerak ke hadapan dua langkah
  5. Pusing ke kiri dan ulang semula langkah 1

Pastikan kesemua pergerakan dimulakan dengan kaki kanan.. jangan lupa sambil buat tu kena la goyangkan badan sama. Alaa...macam korang nak menari hehehehe

Tarian ni lebih kurang macam senaman gak la sebab kita melakukan pergerakan.
03 Julai 2009

Sarapan Di Mana??


Pagi ni seperti kebiasaan aku bersarapan kat pantry di dalam opis. Selalunya kitorang makan beramai-ramai sambil berbual-bual. Hari ni kat kantin cuma jual kuetiow goreng dan nasi goreng. Pilihan aku ialah kuetiow goreng pastu amik sambal udang sikit.

Jemput makan...hehehehe

Naik Bas

Masa di sekolah menengah ketika di tingkatan 4 dan 5, balik dari sekolah aku, dan kawan-kawan yang tinggal setaman akan balik ke rumah dengan menaiki bas awam. Best ke naik bas ni? Best la juga. Bermacam-macam gelagat orang yang kita dapat lihat. Lepas je kahwin aku tak pernah lagi naik bas maklum la nak ke mana-mana kitorang akan naik kereta je dan untuk pertama kalinya selepas 9 tahun, balik kerja petang ni aku kena naik bas huhuhu.....
02 Julai 2009

Kisah Si Pencari Kayu

Sekadar menghilangkan kebosanan di petang hari

Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal di pinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata

Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai. Si pencari kayu berasa sedih kerana satu satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.

Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari pari dan bertanya pada si pencari kayu, "Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?". Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.

Pari pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas. "Adakah ini kapak milik tuan hamba?", tanya pari pari. "Bukan... . ", jawab si pencari kayu ringkas.

Pari pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak. "Yang ini tuan hamba punya?" tanya pari pari lagi. "Bukan yang ini", jawab si pencari kayu. Sekali lagi pari pari turun kedalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa. "Err. . mungkin yang ini?", duga pari pari. "Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini", jawab sipencari kayu jujur. Akhirnya pari pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu. "Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi".

Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari pari memberi kesemua ke empat empat kapak kepada si penc! ari kayu. Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.

Selang beberapa tahun, si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan.. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul timbul.

Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta.Pari- pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si pencari kayu. Dengan nada sedih beliau berkata, "Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul timbul. . .

" Dengan segera pari pari turun ke dalam sungai kembali bersama samanya Siti Nurhaliza. "Ini isteri tuan hamba?", tanya pari pari menduga.

"Yes. . yes", jawab si pencari kayu. Pari pari begitu marah, "Penipu, pembohonggg. . . . ,nah terima laa. . .",

Belum sempat pari pari habis menyumpah, si pencari kayu berkata, "Maafkan hamba! Bukan niat hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham.

Jikalau hamba berkata "TIDAK", tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Waheeda.

Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata "YA", tentu tuan hamba akan memberi ke empat empat mereka. Mana hamba larat, hamba ni hanya si pencari kayu sahaja...

Tuan Punya Kereta Yang Hampeh

Pagi tadi aku keluar lambat untuk gi kerja. Ni semua kerana melayan kerenah Balqis yang nak tengok kartun feberet dia dan taknak pegi nursery. Bila semua urusan dah selesai, aku drive pada kelajuan yang luarbiasa sikit maklum la dah terlewat. Aku ikut lane kanan. Masa aku lalu depan stesen minyak ada sebuah kereta volvo terus keluar dari simpang dan terus masuk lane aku. Nasib baik aku sempat brek. Apa la salahnya dia bersabar sikit lagipun belakang aku tu memang takde kereta lain pun. Kebetulan pulak hon kereta aku tak berbunyi. Kalau tak memang aku hadiahkan bunyi hon yang panjang la kat orang yang hampeh tu.

Menu Malam Tadi

Disebabkan semalam aku malas nak masak, aku singgah pasar malam lalu beli la makanan feberet aku iaitu nasi kerabu. Nasi kerabu yang aku beli tu cuma RM3 je. Isi kandungannya nasi yang bewarna biru, telur masin sebelah, ulam-ulaman, daging bakar dan yang membuat penambah selera adalah budu dan sambalnya. Hmmm...sedapnya. Airnya pula aku minum ice blended mocha yang aku blend sendiri hehehe. Okay la...untuk makan malam aku. Oppsss...lagi dua menu yang aku beli rojak petis dan tongkeng percik. Tapi sayangnya aku tak dapat nak upload gambar kat sini sebab gambarnya blur la huhuhu....
01 Julai 2009

Sanggup ke?

Nape la muka katak ni garang sangat

Nampak sekali imbas cam katak panggang je

Seandainya korang gi jalan-jalan dan ternampak ada orang jual beg camni...sanggup tak korang beli dan galas kat bahu hehehe

The Biggest Loser









































The biggest Loser ni adalah salah satu rancangan realiti yang aku suka dan jarang miss tengok setiap petang kat tv Hallmark channel 702 dari kul 7mlm sampai 8mlm. Dorang ni tak payah susah-susah nak makan pil kurus ke, nak telan ubat periuk ke, hanya dengan senaman dan penjagaan pemakanan je. Rancangan ni ada tempohnya untuk ke final. Di final nanti baru la tau sape yang akan jadi THE BIGGEST LOSER. Kalau tak silap aku dalam masa 3 atau 4 bulan dorang kena bersungguh-sungguh dalam menurunkan berat badan. Hisshhh...kagum betul la. Agaknya kalau aku betul-betul buat cam dorang buat mungkin aku pun boleh jadi macam dorang. Yang pentingnya kena kuatkan semangat je hehehe

Gambar yang aku dapat ni, dari rancangan The Biggest Loser tapi aku tak ingatla season berapa. Takpe la...tak penting pun. Yang best tengok semangat dorang dalam menurunkan berat badan.