Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
02 Jun 2011

Berita Suratkhabar Pagi Ni

Assalammualaikum.. salam pagi semua. Pagi ni di muka depan akhbar Harian Metro edisi Johor terpampang berita BAYI BERSEPAI. Tak sanggup aku nak baca cerita penuhnya. Kesian kat bayi yang tak berdosa tu. Pastu ada part yang aku baca, bayi tu dipercayai masih hidup ketika dicampak. Kenapalah kejam sangat si pembunuh ni. Ke mana la menghilangnya akal fikiran yang waras waktu tu. Kalau dah taknak tu bagilah orang, mesti ramai yang nak. Aku rasalah kalau pembunuh ni dapat ditangkap, hukuman yang sesuai buat dia campak dari tingkat 50. Bukan setakat kepala je yang bersepai, biar dengan badan-badannya sekali hancur.

Pagi ni mood aku kurang selesa. Tekak sakit, hidung sakit, rasa cam nak demam je hu3.


02 April 2010

Perginya sebutir bintang


Salam pagi semua... masa aku tengah bersiap-siap nak pergi kerja pagi tadi, en suami sms aku mengatakan DIN BERAMBOI telah meninggal dunia. Innalillah.. memang aku terkejut dan sedih sebab arwah tu seorang yang kelakar dan periang. Aku suka dengar lawak dia tak kiralah dalam rancangan apa pun. Selepas ni tiada lagi nak dengar drama sebabak di era, tiada lagi celoteh dia dalam rancangan spontan, tiada lagi kedengaran suara latar dalam rancangan America's Funniest Pet. Tapi itulah dah namanya ajal. Ajalnya sampai ketika persada seni tanahair masih memerlukan beliau. Salam takziah buat keluarga beliau dan semoga rohnya dicucuri rahmat.


Harini juga merupakan tahun ke empat permergiaan anakku sebab tu bila aku mendapat perkhabaran ni hati aku sayu sangat kerana jatuh pada tarikh yang sama.
05 Mac 2010

Kes Dera Lagi

Tak habis-habis kes dera sekarang ni. Dah berlanjutan pulak. Kes dera kali ni melibatkan seorang kanak-kanak berusia 18 bulan didera oleh jirannya kerana si jiran tu cemburu dengan ibu bapa mangsa telah mempunyai anak sedangkan suspek belum ada anak walaupun telah lama berkahwin. Si jiran yang kejam tu pula tergamak mendera anak jirannya dengan memijak sehingga mati akibat kecederaan dalaman yang serius.

Bangang betul.. kalau jeles sangat cederakanlah diri sendiri. Ni tak... kesian budak kecil tu yang jadi mangsa. Kat mahkamah nanti pun takyah nak bicara lama sangat. Biar jatuh hukum terus.

Nak baca cerita penuh korang klik kat SINI
12 November 2009

Campak Anak Dalam Perigi

''Seorang bayi perempuan berusia dua bulan nyaris bersemadi dalam sebuah perigi selepas dicampak ibunya, kelmarin. Bagaimanapun bayi itu tidak tenggelam, sebaliknya terapung beberapa ketika sebelum diselamatkan datuknya''

Itu adalah tajuk utama kat Metro harini. Tak dapat dibayangkan anak sekecil itu dicampak dalam perigi. Kejadian tu berlaku kerana ibu kandung bayi tu menghidap penyakit meroyan. Dalam cerita tu juga ada menyatakan ibunya mengaku tak menyedari perbuatannya yang mencampakkan bayinya ke dalam perigi berkenaan. Hisshhh...macammana la sampai boleh jadi begitu. Betul ke kalau meroyan kita memang tak menyedari apa yang kita lakukan.