Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Memaparkan catatan dengan label Kemenangan Giveaway. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemenangan Giveaway. Papar semua catatan
22 Jun 2011

Rezeki Bulan June

Assalammualaikum.. salam pagi rabu semua. Rezeki bulan June maknanya untuk bulan ni aku menang 3 giveaway yang aku join. Alhamdulillah..setiap bulan ada je rezeki menang giveaway. Giveaway yang kedua ni aku telah dipilih secara random dari blog Cutemum ''Vote Dania & Dapat Hadiah. Bagi sesiapa yang memang suka join segala macam giveaway dan contest pasti kenal sangat dengan cutemum ni. Bangga juga aku sebab menang dari blog Cutemum. Thanks ye cutemum dan tahniah juga buat pemenang yang lain. Keputusan boleh godeh di SINI.



Kemenangan ketiga pula aku akan memenangi minyak wangi dari blog Queenpink. Seronoknya sebab aku antara yang terpilih. Ramai juga pemenang dari blog Queenpink ni. Semoga queenpink akan terus dimurahkan rezeki. Tahniah buat pemenang yang lain juga. Keputusan penuh ada di SINI





06 Jun 2011

Menang Top Up



Assalammualaikum.. di saat aku tengah bengang sebab takleh nak log in blogger (asyik-asyik keluar error memanjang je) ada juga berita baik yang aku dapat. Kemenangan pertama aku di bulan Jun ini datangnya dari blog http://jai-diari.blogspot.com. Alhamdulillah.. ada rezeki aku walaupun di tempat ke tiga dan aku hadiah yang aku menangi ialah top up RM10. Terima kasih buat penganjur. Kemenangan penuh boleh lihat di sini


30 Mac 2011

Hadiah Kemenangan Captured Angka

Assalammualaikum.. hisshh... lama betul aku tak update blog ni. Seperti biasa banyak cerita yang nak dicoretkan di sini tapi bila kemalasan melanda, satu apa pun tak jadi. Nak update ni pun sebab mood tengah gumbira, maklumlah tengah aku duduk kebosanan kat opis ni, tiba-tiba aku dapat satu bungkusan. Rupa-rupanya hadiah dari amiey lee kerana kemenangan aku mengcapture angka bertuah.

Comel kan hadiah yang aku dapat ni. Aku rasa cam nak letak kat opis je. Taknak bawa balik ke rumah, kalau bawa balik memang confirm akan menjadi hak persendirian Balqis. Oh ye.. gambar di bawah sekali tu adalah sekeping kad yang disertakan dengan hadiah. Cantik gambar halia tu. Kepada amiey lee... thanks sangat hadiah yang best ni.



Hadiah dari mama syafi pun aku dah selamat terima tapi tak dapat nak tepek untuk kenangan di sini. Asyik terlupa je. Terima kasih juga buat mama syafi. Buku yang diberikan sungguh berguna.



18 Mac 2011

Menang Captured Number

Assalammualaikum.. nampaknya rezeki aku bulan ni alhamdulillah. Bermula dari hari Rabu aku menang captured number dari blog amieylee, Khamis pula menang captured juga tapi dari blog mamasyafi dan tadi aku menang teka teki dari blog Dini. Semua detail aku dah emailkan, tinggal tunggu hadiah je.




Kemenangan captured angka 86000 di blog mama syafi





11 Mac 2011

Rezeki di hari Jumaat

Assalammualaikum... seperti biasa aku telah diinform oleh Fadzillah mengenai kemenangan yang berpihak pada aku di blog Dunia Novel. Kegembiraan berganda kerana aku memenangi hadiah utama bersama Pearl Jade. Inilah rezeki di hari Jumaat. Aku nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan blogger yang menang juga. Ini adalah kemenangan ketiga di bulan Februari. Alhamdulillah.. masih ada rezeki untuk aku memenangi giveaway yang aku join. Thanks ye Adhan.



04 Mac 2011

2 Kemenangan Sekaligus

Assalammualaikum.. hari Jumaat ni merupakan hari yang agak gembira buat aku. Mana tak gembiranya, tadi masa aku blogwalking tengok result giveaway tak sangka aku antara pemenang bertuah di blog ♥♥ ceritera lisa ♥♥. Hadiah yang aku menangi ialah top up sebanyak RM10. Terima kasih buat lisa. Kemenangan ni dikongsi juga bersama 3 peserta bertuah yang lain. Mereka ialah Aliff Haikal, Shera Haifa dan Ironmax. Tahniah kepada semua.


Kemenangan kedua pada harini pula ialah dari blog ******UMIEZUL******. Aku mendapat tempat ketiga. Aku tau kemenangan ni pun setelah diberitahu oleh Fadzillah Kamaruddin. Thanks ye Fadzillah sebab inform kat aku dan juga buat UMIE selaku penganjur giveaway. Aku berkongsi kemenangan bersama ayuselalu dan qieranna. Tahniah buat semua.




14 Februari 2011

Kemenangan Giveaway di bulan Februari

Assalammualaikum.. selama ni aku tak pernah nak buat entry mengenai kemenangan aku sepanjang aku melibatkan diri dalam contest, giveaway dan juga lucky draw. Untuk kemenangan pertama di bulan Februari ni dimulakan dengan kemenangan dari blog Syok2u ni. Aku dapat meneka dengan tepat dan hadiah yang aku menangi ialah top up RM10.


Seterusnya kemenangan kedua di blog Keyna Chan. Aku memenangi tempat ke 3 dengan undian secara random dan tahniah juga buat Bambam dan Syera Haifa.


Yang ketiga pula kemenangan setelah aku menyertai GIVEAWAY TEPUNG DAN KEK dari blog Mama Mirza. Aku memenangi tempat kedua hasil cabutan bertuah dari si comel Harraz.



Alhamdulillah.. inilah rezeki aku. Harap-harap lepas ni rezeki masih menyebelahi aku. Amin....


Ehh..apa ni.Nak tau? Kenalah Klik ye.