Jadinya kesimpulan kat sini, aku bengang betul dengan Astro ni. Sukahati dia je nak tukar masa siaran. Bila check balik, rupa-rupanya cerita Karmila tu diganti pukul 4 petang. Dah tentu aku kerja, memang confirm tak dapat tengok. Kang kalau aku complain kat Astro, nak ke dorang layan ye?
26 April 2011
Kemilau Cinta Karmila Diubah Masa Siaran
Jadinya kesimpulan kat sini, aku bengang betul dengan Astro ni. Sukahati dia je nak tukar masa siaran. Bila check balik, rupa-rupanya cerita Karmila tu diganti pukul 4 petang. Dah tentu aku kerja, memang confirm tak dapat tengok. Kang kalau aku complain kat Astro, nak ke dorang layan ye?
07 Februari 2011
Hantu Kak Limah Balik Rumah
Jom kita tengok serba sikit sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.
Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Jom saksikan Hantu Kak Limah Balik Rumah di Astro First.
28 Disember 2010
Astro dah kena tax?

Kalau korang nak baca lebih lanjut pasal tax astro ni korang kliklah di astro.com.my
