Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

09 Mei 2010

Wasiat telah ditunaikan

Salam malam.. sesi untuk menerima wasiat telah bermula. Dah 4 ekor lembu berjaya aku kumpulkan. Nasib baiklah kandang belakang rumah cukup untuk 4 ekor ni berteduh sebelum dibuat kenduri hehehe....


1. Thanks and link the person that gave you the cow
Terima kasihlah buat RERAMA, EIKASYAZA, PUPUT dan ADY sebab beri wasiat ni kepada saya.

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 blogger yang paling active atau 7 yang paling tak active.
Nak bagi kat yang aktif je la
1. Fadzihani - http://hanilentik.blogspot.com
2. Mazlina - http://manjaixora.blogspot.com
3. Syuhada - http://syuhada-mylife.blogspot.com
4. Mia Liana - http://mialianas.blogspot.com
5. Zulkbo - http://zulkbo.blogspot.com
6. Norfazidah - http://me-myself-chomot.blogspot.com
7. Uncle - http://unclepunyablog.com

3. Bagitau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat.
Kepada 7 blogger yang terpilih, wasiat yang korang dapat ni datangnya dari Orang Kaya Kampung Sepening Lalat.

4. Cerita 3 perkara apa yang anda selalu wat sambil tengok tv
1. minum
2. pegang hujung rambut
3. peluk bantal

5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan
Jeruk jerami cempedak *dah lupa la namanya*

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat Facebook
Hanya 66 orang je.
Bukti disertakan hehehe


7. Camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe .. kat mana??
kat tempat kerja yang sama 13 tahun yang lalu

Okay.. akhirnya settle gak wasiat ni.

08 Mei 2010

Blogku Diterjah???

Assalammualaikum semua...

Blogku diterjah. Ya, blogku memang telah diterjah tetapi bukanlah diterjah oleh En Ben yang glamer tu tapi diterjah oleh En Aried. Sebenarnya Aried pernah buat entri untuk menerjah blog tapi cuma lima blog je yang diperlukan. Aku pun saje mendaftarkan blog untuk diterjah dan akhirnya terpilih. Bila baca apa yang dia komen mengenai blog aku ni best juga.Ye la..ada juga kelemahan yang boleh diperbetulkan. Nak tau apa komen beliau terhadap blog aku bolehlah korang klik DI SINI.

Aku ni suka juga berblogwalking ke blog Aried sebab dalam blog dia banyak info-info yang menarik berkenaan tutorial, blogging dan yang utamanya berkaitan nuffnang dan traffik. Masa aku mula-mula berjinak-jinak dengan nuffnang pun, blog Aried ni la aku jadikan rujukan.

Nak tengok lagi blog sape yang diterjah silalah klik DI SINI
07 Mei 2010

Entri poyo


Di saat ketika entri ni ditulis... aku sedang kekeringan idea untuk buat entri baru, ditambah pula dengan sakit kepala + ngantuk. Cuaca kat luar ni pulak panas terik ditambah lagi kat opis ni takde aircond *kononnya nak berjimat.hampeh betul* Rasa cam sekarang ni jugak nak balik rumah. Nak tido...


04 Mei 2010

Jom Pergi New Zealand

Salam semua... marilah kita segarkan mata dengan pandangan-pandangan yang menarik dan cantik ni. Gambar-gambar ni semua aku yang tangkap masa aku pergi New Zeland hehehe... tipu je!! Part New Zealand tu betul tapi part aku pergi New Zealand tu hanya rekaan semata-mata ye.

Lihatlah betapa cantiknya kurniaan Tuhan.

Macam jalan kampung je ni


Air yang tenang jangan disangka tiada buaya


Makin menambah kambing biri-biri peliharaanku ni


Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
*erkk..ada kaitan ke*


Siapa berani terjun?


Cantiknya...

Hmmm...bilalah dapat menjejakkan kaki ke New Zealand
02 Mei 2010

Awas : Panggilan Dari Kad Kredit

Cerita di bawah ni memang aku copy paste dari kotak email aku. Semoga dapat pengajaran dan berhati-hati kepada yang ada credit card.

Semuanya gara-gara kad kredit...

Begini kesnya:

Rakan ini mempunyai kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank A dengan had kredit kurang dari RM10,000.

Pada suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang saya kategorikan sebagai penjenayah.

Penjenayah 1 - Encik, saya dari Bank B, ingin meminta pengesahan mengenai pembelian barangan menggunakan kad kredit encik ini.

Rakan - Pembelian barang? Saya tidak membeli apa-apa barang. Kad kredit ada pada saya.

Penjenayah 1- Kami sedang menunggu kelulusan encik untuk 'approve' penggunaan kad kredit ini. Had limit encik sudah melebihi, sebab itu kami menelefon untuk kepastian.

Rakan - Apa yang saya beli? Saya tidak pernah ada kad kredit dari Bank B.

Penjenayah 1 - Maaf, tapi kad kredit encik ini 'Gold Card', had limit dah melebihi RM20,000. Baru tadi ada satu lagi transaksi RM5000. Itu dah diluluskan.

Rakan - Macamana boleh berlaku ? Di mana transaksi itu berlaku?

Penjenayah 1- Di KLIA. Kalau macam tu, kad kredit encik mungkin telah dipalsukan. Kami perlukan maklumat lanjut untuk membantu encik.

Rakan - Saya kena buat laporan polis dan Bank Negara.Ada orang salahgunakan maklumat diri saya.

Penjenayah 1- Ok, encik jangan bimbang. Saya akan sambungkan encik dengan pegawai di Bank Negara untuk membantu encik.

Panggilan diletakkan dalam 'on-hold' dan beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara.

Penjenayah 2 - Saya Penjenayah 2 dari Bank Negara. Ok, encik jangan risau. Kami akan pantau keadaan ini, tetapi encik jangan buat apa-apa laporan polis lagi. Tunggu dalam tempoh 3 hari.

Rakan - Kenapa tak boleh buat laporan polis?

Penjenayah 2 - Oh, itu prosedur kami, kerana kami tidak mahu penjenayah lari atau tahu dia sedang dikesan. Untuk itu, kami perlukan butiran encik seperti nama penuh, alamat, maklumat kad kredit dan butiran lain.

Oleh kerana cemas, panik dan risau, maka tanpa teragak-agak, rakan itu memberikan butiran seperti yang diminta. Maka bocorlah berbagai maklumat yang tak sepatutnya kepada orang yang tak dikenali.

Sebaik menceritakan keadaan itu kepada saya, saya meminta dia melaporkan kepada polis kerana panggilan itu adalah penipuan semata-mata untuk mendapatkan maklumat untuk mereka palsukan kad kreditnya atau tujuan lain.

Panduan :

1. Panggilan kononnya dari bank untuk meminta kepastian penggunaan kad kredit itu sendiri sudah terang-terang penipuan.
Lojiknya ialah - pernahkah ketika anda gunakan kad kredit, tiba-tiba pihak bank telefon anda sendiri untuk mengesahkannya sedangkan anda tiadapun kad kredit dari Bank B itu.

2. Taktik penjenayah bahawa kad anda konon telah dipalsukan, berjaya membuatkan anda panik dan seolah-olah menyerah diri kepada Bank untuk membantu.

3. Begitu mudah Bank menyambungkan panggilan ke Bank Negara adalah merupakan satu lawak jenaka yang sepatutnya anda telah menyedari anda sedang ditipu.

4. Tempoh 3 hari supaya tidak membuat laporan polis, adalah juga lawak yang sepatutnya anda ambil serius. Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari itulah akaun anda akan dikerjakan mereka.

5. Taktik ini sama seperti email scam , cuma bezanya, ia menggunakan telefon.

6.Menurut rakan saya, dia baru sahaja mendaftarkan nombor telefon barunya tidak sampai sebulan dengan sebuah syarikat telco, dan tiada siapa yang tahu nombor telefon itu. Dia pelik, bagaimana 'Bank' tahu nombor telefon itu sedangkan dia tidak pernah catat atau hebahkan nombor itu kepada sesiapa atau mana-mana pihak.

7. Anda tidak akan dapat menghubungi nombor yang membuat panggilan ke telefon bimbit anda kerana penjenayah menggunaakan 'private number' atau nombor yang tidak akan dapat anda dail semula. *kalau kat skrin handphone aku tak terpapar apa-apa nombor memang tak ingin aku nak jawab*