Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

13 Mei 2010

Masalah Mulut Berbau


Salam semua.. masalah mulut berbau. Pernah tak korang ada kawan ke atau sesiapa yang mulutnya berbau. Masa aku kerja kat tempat lama, ada sorang staff ni mulutnya memang berbau. Tak tahan tu kalau dekat dengannya tapi aku kesian bila tengok dia sorang-sorang je, tak ramai yang nak dekat dengan dia. Dalam masa yang sama takde sesiapa pun yang volunteer menegur termasuklah aku hehehe. Serba-salah... nanti kang kalau tegur takut dia kecik hati. Kawan-kawan yang lain suruh aku tegur tapi bila aku ready nak tegur, dia pula berhenti kerana dapat sambung pelajaran.

Jom kita baca info berkenaan mulut berbau atau halitosis.

Masalah mulut atau nafas berbau sememangnya memalukan. Namun ia pasti lebih memalukan jika mereka yang mengalami tidak menyedarinya atau membiarkan tanpa sebarang tindakan. Ini kerana masalah yang juga dikenali halitosis ini bukan setakat membabitkan individu tetapi juga boleh menyebabkan seseorang itu dijauhi. Apakah puncanya masalah ini?

Faktor utama adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada jutaan jenis bakteria. Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap orang. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.

INFO: Tanda-tanda mulut anda berbau

*Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak di dalam mulut
*Rakan atau orang sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap.
* Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda.
* Ada kesan atau calitan berwarna kuning atau putih pada lidah anda.

Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Kerap kali menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.

Langkah lain boleh diambil bagi mengurangkan masalah mulut:

1) Minum banyak air
Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebih dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah.

2) Penggunaan Herba
Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.

3) Berhenti merokok
Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.



11 Mei 2010

Dapur Idaman

Salam semua.. jom kita layan gambar dapur idaman. Antara 5 gambar di bawah ni mana satu pilihan korang?







notajariruncing ~ warna biru tu yang menjadi idaman kalbu. Bilalah boleh merasa dapur camni.

Farrihin's 2nd Birthday Giveaway


Salam semua.. next giveaway yang aku join lagi. Kali ni datangnya dari blog Afidah Arif. Keterangan selanjutnya di SINI
10 Mei 2010

Sararisa Craft Giveaway


Salam semua.. masa aku berblogwalking tadi aku jumpa satu giveaway yang dianjurkan oleh Sararisa Craft. Rasanya kali kedua giveaway ini diadakan. Kepada sesiapa yang nak tau keterangan selanjutnya dan nak join boleh klik DI SINI.

Cepat... tarikh tutup akan berakhir pada 18 May 2010 jam 8 malam.
09 Mei 2010

Acar Mangga Muda


Salam malam semua.. apa kata harini kita belajar buat acar mangga muda. Haa..sape yang suka mangga muda mesti tengah kecur sekarang ni kan.. jom kita tengok bahan-bahannya

6 biji mangga muda (buang kulit dan hiris nipis-nipis)*jangan sesekali guna mangga yang telah masak, nanti kang jadi acar mangga masak pula*
3 sudu cuka putih
1 1/4 cawan gula pasir dan 1/2 cawan gula merah
1 1/2 sudu garam
6 ulas bawang putih ( dibelah dua )
10 ulas bawang merah ( dibelah dua )
1 sudu rempah kari
1 sudu biji sawi + jintan manis + jintan putih dan halba
1 sudu bijan
10 batang lada kering ( dibuang biji,direndam,ditoskan dan dikisarkan )
60 gm halia jeruk
7 gm halia hidup
2 sudu kismis atau lain-lain buah kering

Cara membuatnya

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Kemudian masukkan cili, cuka, gula pasir, rempah kari, sesudu biji sawi, jintan manis, jintan putih dan gula merah. Kacau sehingga agak garing.
3. Selepas itu masukkan mangga, kismis atau buah kering, bijan, sedikit air dan garam.
4. Kacau rata hingga separuh masak.
5. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Senang je kan. Sebenarnya resepi ni bukan dari air tangan aku tapi resepi yang terdapat dalam koleksi aku. Aku rasa nak buat tapi sekarang ni susahlah nak cari mangga muda.