Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

09 Oktober 2010

Mom&a Journey Called Life 1st Giveaway

Salam.. nak mencuba nasib join giveaway dari blog Anne. Tarikh tutup pada 11hb October 2010. Masih sempat lagi jika ada yang nak join. Klik di SINI

05 Oktober 2010

Sararisa 2nd Anniversary Giveaway


Salam..giveaway ni datangnya dari Sararisa. Kepada sesiapa yang nak join sila klik di SINI. Tarikh tutup pada 17hb Oktober jam 5 petang.
04 Oktober 2010

Penipuan Kredit Kad


Hari khamis lepas, en suami dapat panggilan dari pihak bank menyatakan ada hutang kredit card yang tertunggak dan masih belum dijelaskan. Nilainya RM9,350.00. Pastu en suami call aku dan tanya, ''kita ada guna kredit card ke?'' Setahu aku, memang dah lama kitorang tak gunakan kredit card lagi. En suami beritahu dengan pihak bank yang kitorang tak guna kredit card dan en suami mintak info dari pihak bank tu. Pihak bank bagitau en suami apply GOLD CARD di Sibu, Sarawak dan transaction tu digunakan di Sentosa, Singapore.

See... pergi Sarawak pun kitorang tak pernah apatah lagi ke Singapore. En suami dah call Bank Negara bahagian pemalsuan kad kredit dan pihak Bank Negara bagitau dorang akan siasat. Kalau betul berlaku penipuan kitorang disuruh buat report police.

Sebelum ni aku hanya baca kat paper pasal penipuan camni. Tiba-tiba tak sangka boleh terjadi pada family aku sendiri. Hisshh... pening kepala camni.
02 Oktober 2010

Bayi Tercekik Susu Lagi

Salam.. harini masa baca paper ternampak lagi pasal kes bayi meninggal akibat tercekik susu. Sejak kebelakangan ni agak banyak jugak kes seperti ni yang kita baca dari paper. epas anak pertama aku lahir lepas dah bagi susu memang sambil lewa je nak sendawakan anak terutamanya di tengah malam tapi arwah mak selalu bising dan selalu mengingatkan sendawakan anak lepas menyusu itu penting.

Aku masih ingat lagi malam sebelum arwah anak aku meninggal, lepas bagi susu lebih kurang pukul 9.15 aku dah sendawakan dan dah berbunyi pun, pastu main-main ngan arwah sampai pukul 11 malam. Kemudian arwah dengan aku tidur bersebelahan di atas katil. Bila sedar paginya arwah anak aku dah kaku. Bila hantar hospital dan doktor dah check, doktor sahkan anak aku meninggal bukan kerana tersedak susu. Ye la.. kalau doktor sahkan tersedak susu mesti sampai sekarang aku akan rasa menyesal dan bersalah kerana aku rasakan aku cuai. Tapi.. tu cerita lama dan aku nasihatkan kepada sesiapa yang ada anak kecil tu sendawakanlah lepas menyusu. Takut terjadi perkara yang tak diingini.
01 Oktober 2010

Teknik Foto Seperti Model Mainan

Salam.. sedang aku belek-belek email dari inbox, aku dapat satu email dari seorang kawan. Agak terpegun aku tengok gambar seperti di bawah. Gambar ni gambar yang real tapi cara pengambilan gambar ni seolah-olah kita tengok model mainan. Kamera sekarang semakin canggih ye.