Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

19 November 2014

Ubahsuai Dapur

Harini nak tunjukkan entri bergambar je. Gambar di bawah boleh dijadikan rujukan bagi sesiapa yang bercadang untuk mengubahsuai ruangan dapur. Cantik pula gabungan hijau dan putih ni.










Kalau gini la dapurnya, pasti kita akan rajin ke dapur :)




 
18 November 2014

Macadamia Truffles






Assalammualaikum... nampak sedap pula Macadamia Truffles ni. Resepi dah ada, bahan-bahannya pun dah dibeli. Apa tunggu lagi... bolehlah buat untuk hidangan untuk anak-anak.

Macadamia Truffles
OLEH:Noor Abdul Rahim
Sumber: Facebook

Bahan-bahan :
* 22 keping biskut Oreo - dikisar halus tanpa buang krim
* 1/2 cawan gula icing
* 1/2 cawan kelapa kering
125g cream cheese - suhu bilik
1/2 sudu kecil esen vanila
kacang macadamia secukupnya - dipanggang / disangar

200g semi sweet chocolate - dicincang (kalau guna chocolate chips, tak perlu cincang)

Cara-cara :
1. Pukul cream cheese & esen vanila hingga berkrim.
2. Masuk kan kesemua bahan bertanda * & gaul hingga sebati.
2. Bulat-bulatkan adunan menjadi sebesar guli. Leperkan sedikit & bubuh kacang macadamia ditengah, kemudian bulatkan & tutup rapi.
3. Letak kan diatas dulang. Masuk kan kedalam peti sejuk selama 1/2 jam.
4. Cairkan chocolate - cara double boiling.
5. Celupkan bebola yg telah sejuk & letak kan keatas dulang atau mangkuk kertas.
6. Masuk kan kedalam peti sejuk supaya chocolate mengeras sebelum dimasuk kan kedalam bekas & disimpan di dalam peti sejuk.


** Adunan menghasilkan 30 biji truffles
31 Januari 2014

Ikan Keli Masak Berlada

Alhamdulillah.. harini rezeki makan ikan keli. Saya ni pun bukannya pandai sangat nak masak ikan keli ni. Kali pertama buat ikan keli goreng berlada ni menjadi. Akhirnya lauk ni menjadi feberet kami sekeluarga. Meh tengok-tengok dan sila kecur ye buat penggemar ikan keli :) 
 


Ikan keli yang saya beli ni dah siap disiang. Hanya perlu cuci sebersih-bersihnya.


Saya bersihkan ikan keli dengan menggunakan air asam jawa. Bertujuan menghilangkan lendir dan baunya.


Ini pula adalah bahan tumisan di dalam kuali


Akhirnya siap.. sepatutnya gambar cili tu bewarna merah tapi dalam gambar ni tak cantik pula warnanya.


Jom tengok resepinya. Senang dan ringkas je.

Bahan-bahannya.

3 ekor ikan keli
Seulas bawang besar
3 ulas bawang putih
6 biji cili merah
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula
Minyak (utk menggoreng dan menumis)

Cara membuat.
Ikan keli disiang dan dibersihkan sebersih-sebersihnya terlebih dahulu. Boleh gunakan limau nipis atau asam jawa untuk menghilangkan bau dan lendirnya.

Kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga ikan keli garing.

Bawang besar, bawang putih dan cili merah hendaklah ditumbuk atau diblend kasar. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang diblend itu. Tumis hingga cili masak kemudian masukkan air asam jawa dan juga sedikit garam beserta gula.

Setelah semuanya sebati dan tutup api, dan tuangkan sambal itu di atas ikan keli yang telah digoreng. Siap.. dan sedap dimakan bersama nasi panas. 



25 Mac 2012

Awal lamar Scha di Popaganza

Assalammualaikum.. di Rancangan Propaganza terbitan Astro Ria ada adegan Awal Ashari melamar Scha Al Yahya.. sweet sangat. Jom tengok video di bawah yang aku copy paste dari You Tube :-)