Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

31 Ogos 2011

Produk Catalyst Secara Pakej | Lebih Jimat

Assalammualaikum..
Sekarang ni untuk sesiapa mendapatkan penjimatan dalam membeli produk Catalyst, saya ada menjualnya secara pakej. Lebih murah dan berbaloi. Boleh juga untuk sesiapa yang baru saja nak mencuba produk-produk keluaran Catalyst. Pakej ini sesuai untuk kegunaan sebulan.

PAKEJ 1
1 kotak VCO Softgel/Liquid
1 kotak Collagen
RM95 (Jimat RM4.80)

PAKEJ 2
1 kotak VCO Softgel/Liquid
2 kotak Collagen
RM150 (Jimat RM9.70)

PAKEJ 3
1 kotak VCO Softgel
1 kotak VCO Liquid
2 kotak Collagen
RM160 (terus menggunakan harga agent)

Postage Semenanjung Malaysia RM3
Postage Sabah/Sarawak RM6

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agent boleh tinggalkan komen di entri ini beserta no phone. Saya akan menghubungi anda semula dan untuk pertanyaan lain boleh PM saya di SINI

29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya buat semua


Assalammualaikum.. di kesempatan ini saya nak ucapkan buat semua pembaca blog ni Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun dan maaf dipinta jika selama ini ada salah silap, mana la tau ada yang terguris dengan apa yang dicoretkan di blog ini. Semoga kedatangan Syawal ini akan lebih memberi 1000 keberkatan buat kita semua. Amin .

Selamat Hari Raya buat semua


Assalammualaikum.. di kesempatan ini saya nak ucapkan buat semua pembaca blog ni Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun dan maaf dipinta jika selama ini ada salah silap, mana la tau ada yang terguris dengan apa yang dicoretkan di blog ini. Semoga kedatangan Syawal ini akan lebih memberi 1000 keberkatan buat kita semua. Amin .

24 Ogos 2011

Sinopsis Filem Hantu Bonceng


Assalammualaikum.. bagi peminat-peminat Zizan Raja Lawak bolehlah saksikan lakonannya dalam filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham yang akan ditayangkan di pawagam pada 31 Ogos ini. Aku dah tengok making of Hantu Bonceng ni dan ceritanya kelakar. Aku rasa yang buat kelakar ni watak Zizan dalam cerita tu dan ditambah pula dengan memek muka Zizan. Irfan dah sibuk ajak pergi tengok wayang raya ni tapi kalau pergi wayang di hari raya ni memang tak pergilah, tunggulah rasanya nak amik pakej Astro First je. Oppss.. banyak pula membebel ye, meh tengok sinopsis cerita ni

Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran.

Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng




18 Ogos 2011

Cashout Kena Reject

Assalammualaikum.. berpandukan pada tajuk di atas sebenarnya ni cerita semalam. Aku dapat satu email dari pihak nuffnang yang bertajuk ''Cashout Rejected Due to Click Fraud''. First time aku kena camni. Antara isi dalam email tu

After a thorough check from our system, we are able to find sufficient evidence for click fraud activities. Among possible scenarios are;
- clicking on your own CPC ads repeatedly
- getting your visitors to click your CPC ads repeatedly

Nak kata klik iklan sendiri, memang aku ada klik iklan sendiri tapi bila ada iklan baru, masa tu la aku klik. Nak kata repeat banyak kali entahlah ye. Aku selalu gunakan pc yang memang ramai orang akan guna dan ada sesetengah kawan yang tau blog aku ni. Aku pun dah lama meninggalkan alam ko klik aku klik. Amount tu saja aku kumpul dari bulan 1 haritu dan duit tu aku nak gunakan untuk bagi duit raya kat budak-budak.

Semalam aku memang frust giler walaupun amount yang terkumpul tu hanya RM270, tapi aku anggap je la itu bukan rezeki aku dan alhamdulillah dalam kekecewaan Allah masih memberikan rezeki aku dari segi yang lain. So, pengajaran di sini, lepas ni aku kena berhati-hati kalau nak klik iklan sendiri.