Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
10 Jun 2011

Buah Mangga


Assalammualaikum.. gambar di atas adalah pokok mangga yang berada di hadapan rumah aku. Dah serabut pokok tu, setiap kali aku bagitau dengan jiran ke dengan kawan-kawan yang menegur pokok aku tu yang aku nak tebang, confirm dia mesti sibuk berbunga. Kalau dah berbunga tu takkan la aku nak tebang pulak kan. Pandai betul naluri pokok mangga aku ni he3..

Acara petang semalam sampai je rumah, aku terus ke pokok mangga ni. Aku dah geram tengok buah-buah mangga yang hampir nak masak. Malangnya aku tak cukup tinggi untuk mengait buah yang jauh nun di atas. Suruh Balqis panjat pun dia tak sampai juga. Lepas tu aku suruh Irfan pula yang naik. Aku jaga je la dari bawah. Elok je dia sampai atas, dia gayat dan terus nak turun. Yang kelakarnya dia tak pandai nak imbang badan turun dari pokok mangga tu. Aku panggi en suami suruh turunkan Irfan tapi Irfan berjaya juga turun dengan sendirinya.

En suami aku pun tanpa berfikir panjang terus dia panjat pokok tu. My super hero. Habis buah yang kat atas di petiknya dan gambar di bawah ni sebahagian buah mangga yang dipetik oleh aku dan en suami. Rasa puas hati bila dapat petik sendiri dari pokok yang ditanam.


Fresh from my tree


7 patah-patah kata:

deqlis berkata...

sedapnyer mangga...!! lagi2 pokok sendiri kan?

puanbee berkata...

adoi kak nk sikit huhu sedapnya ni menjadi lak tu

Rai berkata...

nak sikit!!! pokok mangga rumah mak mertua saya pun rajin je berbunga..tapi tak sempat nak masak sepupu2 duk ghabat..

Jieda berkata...

deqlis ~ part yang paling best tu adalah memetik buahnya

Jieda berkata...

puanbee ~ meh datang sini

Jieda berkata...

Rai ~ ni pun tahan je nak petik..kalau tak memang awal-awal dah habis

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

umah nenek awe banyak mangga tau kak..tapi banyak busuk...amik buat sambal belacan je la..heheh...nak makan pun tgk nasib kalu elok dapat la makan sepotong dua