Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
08 Jun 2011

Bunga Keembong dan Khasiatnya

Assalammualaikum.. harini mari kita menyegarkan mata dengan melihat bunga keembong yang bewarna pink di bawah ni. Bunga keembong ni sebenarnya ada bermacam warna dan antara pokok yang paling senang di tanam. Hanya guna bijinya sahaja. Rupa-rupanya pokok dan bunga keembong ni ada pelbagai khasiatnya. Jom kita tengok khasiatnya.

Gambar ihsan dari google

Bunga pokok keembung pula dikatakan boleh direbus dan air rebusannya boleh diminum untuk merawat arthritis, badan panas, darah bertakung, demam panas, kecederaan dalaman badan, keputihan pada faraj, patukan ular, reumatisme, sakit urat dan sengal-sengal di pinggang, sakit saraf di kepala dan muka. Ramuan yang sama ini juga dikatakan boleh digunakan untuk merawat masalah kurang atau tidak ada haid.

Bunga pokok keembung yang telah dihancurkan dikatakan boleh ditampal pada bisul, kudis, kurap, luka, lumbago (sakit belakang pada bahagian bawah tidak kira apa sebab) dan terseliuh. Bunga keembung jenis yang berwarna putih dikatakan boleh direndam ke dalam air yang mendidih. Air ini kemudiannya dikatakan boleh diminum untuk merawat penyakit ginjal dan hati.

Selain untuk tujuan perubatan, keembung juga dikatakan boleh digunakan untuk tujuan lain iaitu bunganya boleh dijadikan pewarna kulit dan kuku selain turut digunakan dalam kosmetik. Minyak daripada bijinya pula dikatakan boleh digunakan untuk pelita, cat dan varnish.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan setiap bahagian pokok keembung bagi masalah kesihatan dan digunakan dalam perubatan tradisional, namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.



4 patah-patah kata:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

pertama kali dengar ni kak :) nice sharing :0

puanbee berkata...

oo tk pernah dengar ..suka bunga ni senang gak nk tanam nye

Jieda berkata...

Nur Hawa Mohd Zin ~ sama-sama,mana yang baik eloklah kita sharekan

Jieda berkata...

puanbee ~ betul..antara yang paling senang nak tanam