Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

17 Ogos 2011

Perkahwinan Nabil dan Zira


Assalammualaikum.. Nabil dan Zira akan disatukan sebagai suami isteri pada 30 September ini. Wahh.. tahniahlah buat Nabil Raja Lawak dan Zira. Semoga rumahtangga yang bakal dibina akan kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat. Yang bestnya Nabil dan Zira nak buat wedding dorang berkonsepkan kartun Wonderland.

“Saya tak sabar nak tunggu hari perkahwinan. Rasanya, sudah sampai masa untuk saya dirikan rumah tangga, lagi pun saya sudah berumur 28 tahun. Tambahan lagi, ada pihak seperti Festival Pengantin yang ingin merealisasikan impian saya. Memang bersyukur sangat,” kata Nabil dalam nada gembira.

Nabil turut menceritakan saat perkenalannya bersama gadis cantik ini yang pernah bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan swasta.

“Pertama kali saya berjumpa dia sekitar 6 tahun lepas melalui kawan baik sendiri. Pendek kata, kawan baik saya tu merupakan abang ipar kepada Zira. Masa tu, dia baru habis SPM, manakala saya masih bekerja sebagai despatch. Ketika itu, dalam hati saya terdetik, “eh cantik gak budak ni”. Masa tu, jumpa gitu-gitu je.

“Kemudian, kami kebetulan bertemu semula pada awal 2011 ketika menghadiri kenduri arwah. Kami bertegur sapa & borak-borak. Mungkin sudah jodoh, tau-tau nak kahwin dah,” jelas Nabil ketawa menceritakan saat perkenalannya bersama gadis impian.

“Saya suka dengan konsep Wonderland kerana suka tengok kartun. Pada saya, biarlah perkahwinan ini dibuat untuk orang yang datang rasa happy & ceria. Saya suka tengok suasana happy, tengok orang tersenyum & enjoy,” kata Nabil mengenai perkahwinan impiannya.

“Jujur kata, saya tak ke arah perkahwinan mewah. Biarlah perkahwinan saya diadakan dalam keadaan serdahana, asalkan orang ramai dapat mendoakan keberkatan perkahwinan kami. Niat saya tak nak membazir, atau nak gah depan orang ramai dengan pakaian bernilai jutaan ringgit.

“Kalau boleh, biarlah para jemputan datang ke majlis saya kerana nak raikan perkahwinan kami. Bukannya nak tengok baju, nak tengok kasut. Perkahwinan kami dirancang mengikut kemampuan saya, andai kata ada yang terlebih, itu datangnya daripada pertolongan ramai pihak seperti Festival Pengantin. Saya percaya, perkahwinan yang berpanjangan datangnya daripada keberkatan doa orang ramai,” jelas Nabil dengan nada rendah diri.

Info ni saya kreditkan buat OH BULAN

psstt... sama cantik sama padan Nabil dan Zira







2 patah-patah kata:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

Alhamdulillah...tapi skunk awe suke tgk irma dalam Kasih Alia..hehe

puanbee berkata...

agak2 cam mana lah konsep wonderland tu ye ?