Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

18 Mac 2009

Kecacatan Komunikasi

Sebelum ni aku tak pernah dengar pun ada perkataan kecacatan komunikasi sehingga la aku terbaca kat akhbar Isnin yang lepas.

Antara dalam artikel tu
''Masalah gagap,sengau,mempunyai suara garau atau serak,pelat beberapa konsonan huruf dan nyaring melampau adalah sesuatu yang biasa andai ada orang terdekat mengalaminya. Walaupun ia dikatakan normal, sebenarnya ia adalah sebaliknya. Ini kerana masalah ini adalah satu sindrom dipanggil kecacatan komunikasi manusia dan ia boleh dirawat. Jika kanak-kanak itu tetap gagap sehingga mencecah umurnya sembilan tahun kemungkinan besar kanak-kanak itu akan mengalami gagap yang kekal dan sukar dirawat".

Bila aku baca artikel tu hati aku sebenarnya risau kerana anak sulung aku tu bila dengar cara percakapannya memang ada masanya susah betul dia nak keluarkan satu perkataan . Walaupun gagapnya tak teruk tapi sekurang-kurangnya bila aku baca artikel tu aku tahu sebenarnya ia sesuatu yang serius. Sedangkan sebelum ni aku tak pernah pun amik kisah kerana aku percaya satu hari nanti anak aku akan bercakap seperti normal.

0 patah-patah kata: