Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Memaparkan catatan dengan label Citer feberet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Citer feberet. Papar semua catatan
03 Februari 2010

Ghost Whisperer


Ada tak sape-sape yang suka tengok drama bersiri Ghost Whisperer? Kalau suka sila angkat ibu jari hehehe.

Pada sape yang tengok mesti tau cerita ni berkisar apa kan. Malam tadi aku tengok drama ni kat 8 tv. Ghost Whisperer ni antara drama feberet aku selain Monk dan Tru Calling. Aku tengok dari season 1 lagi. Untuk yang tak tau cerita ni meh aku citer secara ringkasnya.

Ghost Whisperer ni mengisahkan Melinda lakonan Jennifer Love Hewitt yang mempunyai kelebihan dapat melihat roh orang yang telah meninggal dunia. Melinda ni akan menolong roh yang tak kesampaian hajat semasa hidup dan juga menolong roh tadi meneruskan perjalanan ke alam lain. Melinda ni dah berkahwin tapi belum mempunyai anak. Dia juga membuka kedai menjual barang-barang antik.

Kat tv8 kalau tak silap aku dah masuk musim keempat dan musim kali ni ada episod husband kepada Melinda telah mati akibat ditembak. Roh husband dia taknak pergi ke tempat yang sepatutnya malahan rohnya berlegar-legar kerana tak sanggup nak biarkan Melinda dalam kesedihan. Endingnya roh husband dia masuk ke dalam badan seorang lelaki yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Jadi dengan cara itu roh husbandnya dapatlah hidup bersama dengan Melinda.

Sekian...terima kasih hehehe
17 Ogos 2009

Flight Plan VS Kingkong 2


Jumaat lepas bila baca kat suratkhabar rancangan Mega Movie di tv3 kul 10 mlm citer Flight Plan. Aku sanggup tak ke mana-mana malam tu sebab nak tonton citer flight plan ni la. Sekali tu bila aku tengok je rupa-rupanya citer King Kong 2. Memang hampeh betul la dan aku berharap minggu ni ada la citer Flight Plan tu.

Entri aku kali ni aku nak citer la sikit pasal Flight Plan ni. Dilakonkan oleh Jodie Foster sebagai Kyle Pratt

Citer ini mengisahkan seorang wanita yang baru kematian suaminya mencari anaknya yang hilang dalam kapal terbang. Dalam kelam-kabut dia mencari anaknya, pramugari mendapati tiada daftar masuk budak tersebut dalam senarai penumpang. Mereka merasakan wanita itu mengalami depression akibat kematian suaminya. Lebih malang, anaknya disahkan telah meninggal dunia bersama bapanya tempoh hari. Puas wanita ni mencari anaknya namun idak berjumpa. Semua penumpang menyalahkan dan tidak mempercayai wanita itu. Ending citer tu rupa-rupanya anak wanita tu memang diculik oleh pengganas yang nak merampas kapalterbang tu. Lepas tu yang paling best, bila penjahat mati, wanita tu berjalan ke arah penumpang sambil mendukung anaknya.

Aku rekomen, memang tak rugi la tengok filem ni.