Salam.. tengok pada tajuk mesti ramai yang sudah maklum bahawa pasukan hoki kita layak ke peringkat AKHIR di Sukan Asia, semalam balik je rumah aku join en suami tengok hoki. Fuhh.. memang best la permainan dorang. Bangga sangat sebab Malaysia telah mencipta sejarah melayakkan hoki ke peringkat akhir dengan mengalahkan India 4-3. Sejak raya Aidiladha yang lepas, channel yang aku selalu buka ialah Astro Arena. Sampaikan anak-anak aku bising tak dapat nak tengok kartun. Harap-harap sasaran Malaysia mencapai 9 pingat emas akan tercapai. Amin..