Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

11 April 2011

Jumlah Undian Yang diperolehi Pemenang ABPBH 2010

Assalammualaikum.. jom aku tunjukkan berapa sebenarnya undian yang diperolehi pemenang ABPBH 2010 yang lalu bermula tempat pertama hingga sepuluh.

Tempat pertama dengan 126,168 undian sudah tentu menjadi milik Shaheizy Sam. Tempat kedua ialah Shahir dengan 66,764 undian, aku ingat Zizan ditempat kedua tetapi Zizan di tempat ketiga dengan undian sebanyak 41,436. Tempat keempat pula Faizal Tahir dengan 12,732 undian. Tempat kelima milik Lisa Surihani mendapat sebanyak 10,592 undian manakala tempat keenam pula ialah Ana Raffali dengan 9,940 undian dan tempat ketujuh ialah Aznil Nawawi dengan 9,544 undian. Tempat kelapan, sembilan dan sepuluh ialah Syamsul Yusof, Fara Fauzana dan Aizat.

Yang tiga tempat ni aku tak tau berapa undian sebab tak dinyatakan. Sumber yang aku dapat ni setelah aku baca Berita Minggu.

08 April 2011

Maharaja Lawak


Assalammualaikum.. jam 10 malam ni di Astro Prima dan Astro Warna Maharaja Lawak minggu kedua akan berlangsung. Hisshhh... tak sabar nak tengok. Peserta yang menjadi pilihan aku mestilah tak lain dan tak bukan adalah Jozan dan Nabil. Minggu lepas je aku tengok ulangannya berkali-kali sampaikan en suami aku sound tak boring ke he3.. sorilah bang, i suka tengok lawak dorang.

Lepas Jozan buat persembahan minggu lepas, agak teruk juga dorang dikritik oleh Mamat Khalid sampaikan Mamat Khalid bagitau dorang buat lawak recycle. Kemudian baru kejap ni aku layan balik Konsert Lawak yang diadakan kat JB. Bila aku comparekan antara kedua baru aku perasan bab telefon tu yang sama. Jom tengok kedua-dua youtube di bawah ni

Konsert Lawak




Maharaja Lawak Minggu Pertama




Apapun.. malam ni wajib tengok Maharaja Lawak ni. Oh ye.. harini last ditayangkan kat Astro Prima, kalau nak tengok untuk minggu seterusnya kenalah melanggan Astro Warna. Nasib baik aku dah langgan awal-awal. Semoga semua peserta melakukan yang lebih best dari minggu lepas.


07 April 2011

Duit Youthsays Dah Ada Dalam Akaun

Assalammualaikum.. harini aku rasa seronok sebab duit dari Youthsays yang aku cashout lebih kurang 3 minggu yang lepas dah ada dalam akaun Maybank aku. Inilah first time aku cash out setelah hampir 2 tahun aku register. Asalnya aku ni tak berapa aktif sangat tapi sejak akhir-akhir ni aku rasa baik aku aktifkan balik. Ditambah pula dengan survey dan kempen yang agak banyak tu yang amountnya meningkat cepat. Terima kasihlah kepada kawan-kawan yang sudi klikkan kempen Youthsays aku tu. Amount yang aku cashout untuk permulaan ni hanyalah RM51. Aku nak tengok dulu samaada Youthsays ni adalah scam atau tidak dan sekarang terbukti Youthsays memang jujur

Pada sesiapa yang nak dapat duit lebih selain dari heartbeat dan ChurpChurp, apa kata korang join juga Youthsays ni. Nak register klik je di SINI. Register Youthsay ni percuma je.



05 April 2011

Gambar Pernikahan Ben Kasyafani dan Marshanda

Assalammualaikum... lambatnya aku baru tahu berita pernikahan antara Ben Kasyafani dan Marshanda ni. Aku tahu pun setelah aku baca Metro pagi tadi.

Setelah 3 tahun menyulam cinta akhirnya Ben Kasyafani dan Marshanda bernikah pada 02 April 2011 di Hotel Sofyan Betawi, Jakarta milik keluarga Marshanda. Jom kita tengok gambar-gambar sekitar pernikahan Ben Kasyafani dan Marshanda.







04 April 2011

Selamat Tinggal (Zizan feat Dina)

Assalammualaikum... semalam lepas Melodi aku baru berkesempatan tengok video klip lagu Selamat Tinggal Kawan nyanyian Zizan feat Dina. Video klip ni okay la juga. Lagipun dah lama cari. Touching betul klip video ni. Jom kita saksikan video klip ni. Best dengar Zizan rap.



Lirik Selamat Tinggal Kawan

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal