Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

12 Julai 2010

Hantu durian kembali


Salam semua... kepada sesiapa peminat tempoyak sila kecurkan diri anda he3. Aku dapat tempoyak ni dari kawan opis. Memang setiap tahun pasti aku dan kawan-kawan yang lain akan dapat tempoyak ni. Tempoyak ni pula dibuat dari durian yang bagus. Bukan durian yang tersimpan lama atau hampir nak busuk. Aku dah planning nak masak lemak cili api ikan kembung pastu letak tempoyak sikit pada sabtu yang lepas. Nyum..nyum.. mesti sedap.

Hari jumaat malam tu, aku kat dalam bilik. Tiba-tiba hidung aku terbau tempoyak. Seingat aku tempoyak tu aku dah simpan dalam peti sejuk. Bila aku pergi ke ruang tamu aku nampak Balqis a.ka. hantu durian sedang syok makan tempoyak tu. Anak.. anak... cara dia makan tempoyak tu sama seperti dia makan aiskrim. Nasib baik aku sempat selamatkan tempoyak tu habis dimakan oleh Balqis. Bila aku marah, selamba je dia sengih kat aku.

So, project lemak cili api aku tu akan bersambung pada sabtu ni he3

14 patah-patah kata:

Mrs. Q! berkata...

saye! saye!
peminat tempoyak tegar..
hehe..
tp xmkn buah durian
tak suke

nk sggah umak akak mintak tempoyak bleh?

Anis izyan Abd Rahman berkata...

ggggrrr~
suke ikan patin masak tempoyak tak??
ggrrr...
sedap2

sweetsal berkata...

sedap pe tempoyak..masak lemak cili padi gn pucuk ubi dn udang..terliuq abis..

mamaarifakeemaisy berkata...

kita tak smpai tahap hantu..cuma layan gitu2 je..hehe..best aa dpt free itu tempoyak! ^_^

Unknown berkata...

bau durian buat perfume.

anyss berkata...

Salam,
Kemana hilangnya tempoyak kalau Balqis tak makan hu hu hu kira sama lah tu anak dan mak kan ;)

Izan Ishak berkata...

hebat betul balqis makan tempoyak camtu je...mmg hantu durian nih~~ngeee...

Jieda berkata...

Kie-yu ~ sama la dengan anak sedara suami akak,sorang suka durian tak suka tempoyak.sorang lagi tak suka tempoyak tapi suka durian he3

Jieda berkata...

Anis Izyan ~ alamak..ikan patin tak makan la hu3

Jieda berkata...

sweetsal ~ pastu letak pula daun kunyit,lagi sedap

Jieda berkata...

mamaliyna ~ memang best tempoyak free ni.pernah buat sendiri tapi rasa cam tak sedaplah

Jieda berkata...

+akufobia+ ~ tak sedap pula baunya

Jieda berkata...

anyss ~ memang betul he3

Jieda berkata...

Izan Ishak ~ haah la izan,saya pun tak termakan gitu je.memang hantu durian betul balqis ni