Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
23 Julai 2010

Islam Larang Ibu Bapa Laknat Anak


Salam semua... aku nak kongsikan sedikit dengan apa yang aku baca dari Harian Metro pada harini. Aku cuma copy paste artikel ni agar dapat dijadikan panduan kepada diri aku sendiri dan semua pembaca di blog aku ni.

Sering kita mendengar dalam kehidupan seharian, seorang ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan atau kesalahan yang dilakukan. Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor atau doa yang tidak baik sehingga menjadi kebiasaan. Ibu tidak pernah merasa bersalah atau berdosa atas perbuatannya. Sambil bersungut dan mengumpat, si ibu meninggalkan permata hatinya itu menangis.

Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka, bukan hanya itu kita pun dilarang menyumpah diri kita sendiri ketika marah. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bila waktu yang kita ucapkan perkataan itu menjadi doa dan dikabulkan. Dari Jabir bin Abdullah, beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ''Janganlah kalian menyumpah diri kalian, dan jangan pula menyumpah anak-anak kalian dan harta kalian, anda tidak mengetahui saat anda menyebut itu menjadi ( doa ) dan dikabulkan sehingga Allah akan mengabulkan sumpah itu.'' ( Hadis Riwayat Muslim ).

Hadis di atas menjelaskan bahawa ada waktu baik yang di dalamnyaakan dikabulkan doa. Demikian itu hadis berkenaan melarang kita untuk menyumpah diri, putera-puteri kita dan harta kekayaan kita supaya sumpah itu tidak bertetapan dengan waktu doa itu dikabulkan. Tetapi sayangnya sebagaimana yang dipaparkan di atas, ramai kaum ibu sebenarnya yang melaknat dan menyumpah anak mereka, tetapi beralasan mereka sebenarnya tidak bermaksud melakukan sedemikian. Sebagaimana kita ketahui, alasan itu tidak dapat diterima kerana larangannya jelas dan tegas.

Penulis mendapati pengalaman itu boleh dijadikan ibrah ( pelajaran ) bersama. Semoga Allah membimbing kita semua serta mengampuni segala dosa kita. Sebenarnya banyak tip yang boleh dipelajari oleh ibu agar mereka mampu boleh mengawal emosi ketika marah. Antaranya:

1. Ketika ibu marah, ingatlah bahawa Allah selalu mengawasi kita dan ingatlah bahawa anak tidaklah terus menjadi dewasa dan memahami kehendak kita. Kita dulunya anak yang nakal dan menyakitkan hati orang tua kita.

2. Tarik nafas dalam-dalam dan santai ( relaks )


3. Bila kedua-dua cara di atas belum boleh menguasai emosi segeralah beristighfar. Apabila ingin meninggikan suara maka lakukanlah sehingga anak mendengar suara kita.


4. Seseorang akan mudah marah akibat keletihan. Maka jangan memaksa diri dalam melakukan pekerjaan rumah sebaiknya tidurlah segera ketika anak tidur. Berbincanglah dengan suami berkenaan cara dan kaedah selain bacalah buku sebagai panduan.


5. Jangan lupa berdoalah kepada Allah agar hati ibu dalam genggamanNya. InsyaAllah, kita tidak akan membiasakan diri lagi menyumpah anak kita ketika marah.

Sebenarnya perkara ni bukan asing dalam kehidupan. Pernah juga ketika aku pergi ke pusat membeli belah, ada ibu yang memarahi dan mengherdik anaknya dengan kasar di hadapan orang ramai. Bagi aku perkara begitu tidak sepatutnya berlaku kerana boleh menjatuhkan airmuka si anak.

37 patah-patah kata:

Salmia berkata...

salam kak jieda,

memang anak2 kadang buat salah. tp tak patut la nak di marah2 sampai keluar perkataan yang tidak elok.
ibu bapa patutnya memnasihati, memperbetulkan sikap anak dan sentiasa mendoakan anaknya.. :)

SyidaGorjes berkata...

bila dah marah, kadang2 kita terlupa tentang perkara sekecil ini kan?

Jieda berkata...

salam kembali salmia.. betul tu.mungkin bila kemarahan dah menguasai diri,cakap pun ikut sedap mulut tanpa memikirkan akibatnya

Jieda berkata...

SyidaGorjes ~ betul..kalau nak marah tu kenalah sebut perkataan yang elok

suzzsuzie berkata...

kalau nak marah sangat...ingat je la masa kita kecik2 dulu pun macam tu jugak

Izan Ishak berkata...

izan pun selalu marah bila kepenatan. mmg jadi panduan nih~~ thanks for sharing jieda~~

M a W a D D a H berkata...

sharing is caring...bagus info ni...

xjumpe cbox kat sini..huhu

zeqzeq berkata...

muhasabah diri..mana tau hukum karma ..hari2 mendatang..

lepas itu masuk akhbar
anak derhaka..marah anak saman anak..

padahal asal usulnya dari siapa..rezeki dari mana?beras dari mana?

MissXYZ a.k.a Abaikan berkata...

tq utk igtn ni... kdg2 mak bpk ngh mrh sgt ckp bkn2 je... hrp kita semua tau kwl amarah hehehe

Affan Ruslan berkata...

Cikgu saya pun pesan, kalau marah anak murid, jgn ckp perkataan yg tidak elok, takut jadi doa. Samalah ibubapa, itu lah kelebihan doa ibubapa untuk anak2.

White Bird berkata...

kata2 dari ibu adalah doa.. baik kata-kata makan baikla doa utk anaknya

AKU berkata...

betul la spt yg dinyatakan..bila kita terlalu marah,tahap kewarasan kita akan menurun menjadi serendah-rendahnya..

zures berkata...

Thanks untuk info yang menarik ni...memang kadang-kadang perasaan marah mengatasi segala-galanya....nauzubillah....semoga kita tergolong dikalangan orang yang sabar..

mummy alesya berkata...

betul..baik ibubapa doakan yg baik utk anak

hani berkata...

tu la kekadang ibu2 ni terlepas cakap...bila dah terlepas tu baru nak sedar...kata2 ibu satu doa..minta2 apa yang didoakan jadi yang terbaik untuk anak2..

sweetsal berkata...

ibubapa kena byk2 bersabar..kalau marah pun jgn melampau sgt.cukuplah dgn berkata."bertuahnya anak aku"..insyaAllah bila besar anak2 akan menjadi org yang berguna satu hari nanti..

S..U..D..@..I..S berkata...

salam
Kesabaran ibu bapa sangat penting dalam membesarkan anak2...

cikmin berkata...

sering berlaku pada cikmin..tapi sebolehnya cuba berusaha untuk mengawal..makasih berkogsi panduan ye..

zulkbo berkata...

salam..
selalu simpati dengan isteri
mana nak layan kerja sebagai guru
anak-anak lagi 3 orang,suami yang demand..he he..sambung belajar lagi..yang nyata wanita jiwa mereka kental..tahniah

Azli Razali berkata...

ikut awak pulak klik2

Azli Razali berkata...

ikut jugk

Lindonut berkata...

huhu. benar2. ini yg kite slalu lupe. huhu. thx for sharing :)

Nessa Rapaee berkata...

My mom selalu sumpah saya bila marah :'(

Tanpa Nama berkata...

Anak yg dah dewasa pun selalu terkena maki hamun ayah mcm kami ni budak2 yang tak matang..kadang2 bila ada perkara buruk yg jadi, terdetik dlm hati itulah doa ayah yg Allah makbulkan :(

Liessa Fildza berkata...

Disebabkan benda kecil pun nak kena memaki hamun ke? Hm.

Tanpa Nama berkata...

sya ney dri kecil smpi besar mak marah h m smpi thap kata sya ank setan nk sabar mcm mana ney

Tanpa Nama berkata...

i wish my parent could read this :(

Tanpa Nama berkata...

ayah saye tusuka sangat perbesarkan bende yg remeh sensitif..kecian ibu saye sya pun jd mangsa

Tanpa Nama berkata...

Ibu sy slalu memanggil kami adik bradik dgn pggilan bodoh ble tidak mngikut ape yg disuruh.. Prnh stu ketika ble sy tunjuk kputusan peperiksaan dan ble ibu tnye knp kputusan sy teruk sy ckp sbb ibu slalu pggil bodoh.. ble sy ckp mcm tu ibu sy ckp yg sy nie kurang ajar.. ptut dibunuh sejak dari kecik lg.. kdg2 ble ibu marah dia ske maki hamun ckp anak sial babi punye anak.. tak puas dgn maki hamun ibu akan guna kekerasan dgn mehentak kpala kami adik bradik di dinding.. ibu slalu gne prkataan anak derhaka wlaupun kesalahan yg kmi lakukan hnye lah kesalahan kecil.. n perangai ibu sy dia ske mengungkit2 sgala pmbelanjaan yg dia kluar cthnye sprti pmbayaran yuran pngajian.. Sy dh puas brsabar smpaikan sgala kata maki hamun ibu sy sy hnye pekakkan telinga.. ayah sy pulak jenis pndiam.. apa yg ibu sy buat dia tak prnah tegur wlaupun ibu slalu memanggil ayah dgn gelaran tidak sptutnya.. ibu slalu cari gaduh dgn ayah ble ayah ada di rumah.. kdg2 sy malu pd jiran yg mendengar

Tia Mutiara Sari berkata...

Ayah saya suka mengumpat pada kami ketika kami tidak menuruti apa yg dipintanya, apakah kami durhaka skrg ini karna umpatan yg slalu ayah lontarkan pada kmi???

Nani Noraini berkata...

Ayah sy pn same jugak.. sllu nk maki hamun kami adk bradik.. sllu nk ptikaikan bnde2 kcik.. sllu nk mrh2.. bendul la, bingai la.. sy yg sulung ni dga kcik hati gile.. dlm hti tuhan jela tau perasaan ni.. agknye ayh x penah tau ape yg dy maki hamun tu boleh termakbul spjg kami hidup kt muke bumi ni.. sedih sgt.. kang bile bsuare dikatenye kurg ajr.. pdhl ayh x penah nsihat kami utk bnde yg baik2.. tau marah, tau maki hamun.. tu je.. smpai ble nk sedar pn xtau la.. slh kami je dy nmpk, tp dy? Sy bkn nk ptikaikn cre dy ddik kami, tp pling utame ibu bape tu role model dlm mbina insaniah ank2.. klu ayh trus2 cmtu sy rsau mungkin ble dh besar sbhgian dr kami hilang rse hormat pd dy..

Tanpa Nama berkata...

Samalah..sye lbih suka berdiam drpd bcakap..bkan ape malas nk gaduh..tpi dkatanya kita x nk dngar..itu pon maslah jgak...ape yg elok biarlah allah hukum mereka

Tanpa Nama berkata...

Sama jugak dgn ibu sy yg suka memaki hamun sy dgn panggilan bodoh, puki, malah mencarut dgn prkataan yg tidak sptutnya.. mungkin kelakuan sy yg sering tidak mendengar kata mnybbkn ibu sy maki hamun.. tp wajarkah seorg ibu maki hamun anak di hadapan khalayak org ramai? Kdg2 sy rasa malu sgt nk kluar drpd rumah.. tak cukup dgn itu kdg2 sy rasa apa yg sy lakukan adalah prkara yg sptutnya sy lakukan tp pd pandangan ibu seolah2 ia menjadi satu kesalahan smpai ibu byk kali ckp akan bunuh sy, jikalau tahap kesabaran dia smpai ke tahap maksimum.. yg sy tak faham ktika ibu sy mahu menunaikan solat lg dia akan maki hamun sy sbgai cth ibu sy menyuruh sy menukar lmpu tido di bilik tido ibu, tp sy menyuruh ibu menunaikan solat dlu krn wktu solat hampir tamat, tp ble sy ckp begitu apa yg sy dpt hanyalah maki hamun drpd ibu sy, kdg2 sy trfikir adakah air wudhuk yg diambil oleh ibu sy tidak mampu mengawal api kemrahan ibu sy?? Smpai la sy brumur 23 thun, ibu sy akan memaki hamun sy smpai sy dh tak rse pape lg dgn kata2 makian drpd ibu sy..

iskandar619 berkata...

mak aku suka panggil aku babi,beruk,bodoh la ape la...aku tak faham lah..lepas tu pandai nak nasihatkan aku..nak suruh aku jaga solat bagai..lepas tu boleh pulak tuduh aku ni penipu la..solat pon nak menipu..yang mak aku tu solat tak pernah tinggal..tapi perangai yg suka maki hamun tu ada lagi dlm diri dia..pas tu boleh pulak mak aku ckp.."" malang nasib aku dpt anak macam kau "" lepas tu boleh pulak mak aku cakap "" lebih baik aku takde anak "" klau dah macam tu..knape tak gugurkan je aku masa dia mengandung dulu..knape baru skarang baru nak cakap macam tu..dia nak suruh aku hormat dia..ambil hati dia..memang tak la aku nak hormat dia..dia nk suruh aku berubah nak nasihatkan aku la bagai..perangai dia sendiri pon tunggang terbalik..ada hati nak nasihat kan aku..

iskandar619 berkata...

lepas tu bila mak aku mula nak angin mula dia sebat aku dengan rotan la..tali pinggang la..bila dah sebat aku sampai tak ingat dunia..abis berbirat line merah je kat lengan aku..sampai aku mse kat skolah smua member aku tanya..tu knapa lengan kau smpai bergaris2 merah macam tu..aku nak jawab ape pon aku dah tak tau..aku sampai tak pergi skolah selama 65 hari sebab aku malu..semua sebab mak aku

Syahira28hotmail. Com Syahira02 berkata...

"anak tak guna kau ni" sakit hati bila mak ayah ckp mcm ni dkt aku how, terpinggir rasanya

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana klau ibu bapa yg selalu menyumpah anak2 perempuannya n maki mereka sejak dr kecil hingga mereka dewasa. Now, bila dah dewasa mereka jd depressions.....how to settle about this??