Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

23 Julai 2010

Islam Larang Ibu Bapa Laknat Anak


Salam semua... aku nak kongsikan sedikit dengan apa yang aku baca dari Harian Metro pada harini. Aku cuma copy paste artikel ni agar dapat dijadikan panduan kepada diri aku sendiri dan semua pembaca di blog aku ni.

Sering kita mendengar dalam kehidupan seharian, seorang ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan atau kesalahan yang dilakukan. Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor atau doa yang tidak baik sehingga menjadi kebiasaan. Ibu tidak pernah merasa bersalah atau berdosa atas perbuatannya. Sambil bersungut dan mengumpat, si ibu meninggalkan permata hatinya itu menangis.

Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka, bukan hanya itu kita pun dilarang menyumpah diri kita sendiri ketika marah. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bila waktu yang kita ucapkan perkataan itu menjadi doa dan dikabulkan. Dari Jabir bin Abdullah, beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ''Janganlah kalian menyumpah diri kalian, dan jangan pula menyumpah anak-anak kalian dan harta kalian, anda tidak mengetahui saat anda menyebut itu menjadi ( doa ) dan dikabulkan sehingga Allah akan mengabulkan sumpah itu.'' ( Hadis Riwayat Muslim ).

Hadis di atas menjelaskan bahawa ada waktu baik yang di dalamnyaakan dikabulkan doa. Demikian itu hadis berkenaan melarang kita untuk menyumpah diri, putera-puteri kita dan harta kekayaan kita supaya sumpah itu tidak bertetapan dengan waktu doa itu dikabulkan. Tetapi sayangnya sebagaimana yang dipaparkan di atas, ramai kaum ibu sebenarnya yang melaknat dan menyumpah anak mereka, tetapi beralasan mereka sebenarnya tidak bermaksud melakukan sedemikian. Sebagaimana kita ketahui, alasan itu tidak dapat diterima kerana larangannya jelas dan tegas.

Penulis mendapati pengalaman itu boleh dijadikan ibrah ( pelajaran ) bersama. Semoga Allah membimbing kita semua serta mengampuni segala dosa kita. Sebenarnya banyak tip yang boleh dipelajari oleh ibu agar mereka mampu boleh mengawal emosi ketika marah. Antaranya:

1. Ketika ibu marah, ingatlah bahawa Allah selalu mengawasi kita dan ingatlah bahawa anak tidaklah terus menjadi dewasa dan memahami kehendak kita. Kita dulunya anak yang nakal dan menyakitkan hati orang tua kita.

2. Tarik nafas dalam-dalam dan santai ( relaks )


3. Bila kedua-dua cara di atas belum boleh menguasai emosi segeralah beristighfar. Apabila ingin meninggikan suara maka lakukanlah sehingga anak mendengar suara kita.


4. Seseorang akan mudah marah akibat keletihan. Maka jangan memaksa diri dalam melakukan pekerjaan rumah sebaiknya tidurlah segera ketika anak tidur. Berbincanglah dengan suami berkenaan cara dan kaedah selain bacalah buku sebagai panduan.


5. Jangan lupa berdoalah kepada Allah agar hati ibu dalam genggamanNya. InsyaAllah, kita tidak akan membiasakan diri lagi menyumpah anak kita ketika marah.

Sebenarnya perkara ni bukan asing dalam kehidupan. Pernah juga ketika aku pergi ke pusat membeli belah, ada ibu yang memarahi dan mengherdik anaknya dengan kasar di hadapan orang ramai. Bagi aku perkara begitu tidak sepatutnya berlaku kerana boleh menjatuhkan airmuka si anak.

52 patah-patah kata:

MiaSaidin berkata...

salam kak jieda,

memang anak2 kadang buat salah. tp tak patut la nak di marah2 sampai keluar perkataan yang tidak elok.
ibu bapa patutnya memnasihati, memperbetulkan sikap anak dan sentiasa mendoakan anaknya.. :)

Syida berkata...

bila dah marah, kadang2 kita terlupa tentang perkara sekecil ini kan?

Jieda berkata...

salam kembali salmia.. betul tu.mungkin bila kemarahan dah menguasai diri,cakap pun ikut sedap mulut tanpa memikirkan akibatnya

Jieda berkata...

SyidaGorjes ~ betul..kalau nak marah tu kenalah sebut perkataan yang elok

suzzsuzie berkata...

kalau nak marah sangat...ingat je la masa kita kecik2 dulu pun macam tu jugak

Izan Ishak berkata...

izan pun selalu marah bila kepenatan. mmg jadi panduan nih~~ thanks for sharing jieda~~

M a W a D D a H berkata...

sharing is caring...bagus info ni...

xjumpe cbox kat sini..huhu

Cetusan berkata...

muhasabah diri..mana tau hukum karma ..hari2 mendatang..

lepas itu masuk akhbar
anak derhaka..marah anak saman anak..

padahal asal usulnya dari siapa..rezeki dari mana?beras dari mana?

XYZ berkata...

tq utk igtn ni... kdg2 mak bpk ngh mrh sgt ckp bkn2 je... hrp kita semua tau kwl amarah hehehe

Affan Ruslan berkata...

Cikgu saya pun pesan, kalau marah anak murid, jgn ckp perkataan yg tidak elok, takut jadi doa. Samalah ibubapa, itu lah kelebihan doa ibubapa untuk anak2.

White Bird berkata...

kata2 dari ibu adalah doa.. baik kata-kata makan baikla doa utk anaknya

AKU berkata...

betul la spt yg dinyatakan..bila kita terlalu marah,tahap kewarasan kita akan menurun menjadi serendah-rendahnya..

Perjalanan Tanpa Noktah berkata...

Thanks untuk info yang menarik ni...memang kadang-kadang perasaan marah mengatasi segala-galanya....nauzubillah....semoga kita tergolong dikalangan orang yang sabar..

Unknown berkata...

betul..baik ibubapa doakan yg baik utk anak

hani berkata...

tu la kekadang ibu2 ni terlepas cakap...bila dah terlepas tu baru nak sedar...kata2 ibu satu doa..minta2 apa yang didoakan jadi yang terbaik untuk anak2..

sweetsal berkata...

ibubapa kena byk2 bersabar..kalau marah pun jgn melampau sgt.cukuplah dgn berkata."bertuahnya anak aku"..insyaAllah bila besar anak2 akan menjadi org yang berguna satu hari nanti..

sud@is berkata...

salam
Kesabaran ibu bapa sangat penting dalam membesarkan anak2...

cikmin berkata...

sering berlaku pada cikmin..tapi sebolehnya cuba berusaha untuk mengawal..makasih berkogsi panduan ye..

zulkbo berkata...

salam..
selalu simpati dengan isteri
mana nak layan kerja sebagai guru
anak-anak lagi 3 orang,suami yang demand..he he..sambung belajar lagi..yang nyata wanita jiwa mereka kental..tahniah

Azli Razali berkata...

ikut awak pulak klik2

Azli Razali berkata...

ikut jugk

Unknown berkata...

huhu. benar2. ini yg kite slalu lupe. huhu. thx for sharing :)

xoniisa berkata...

My mom selalu sumpah saya bila marah :'(

Tanpa Nama berkata...

Anak yg dah dewasa pun selalu terkena maki hamun ayah mcm kami ni budak2 yang tak matang..kadang2 bila ada perkara buruk yg jadi, terdetik dlm hati itulah doa ayah yg Allah makbulkan :(

Unknown berkata...

Disebabkan benda kecil pun nak kena memaki hamun ke? Hm.

Tanpa Nama berkata...

sya ney dri kecil smpi besar mak marah h m smpi thap kata sya ank setan nk sabar mcm mana ney

Tanpa Nama berkata...

i wish my parent could read this :(

Tanpa Nama berkata...

ayah saye tusuka sangat perbesarkan bende yg remeh sensitif..kecian ibu saye sya pun jd mangsa

Tanpa Nama berkata...

Ibu sy slalu memanggil kami adik bradik dgn pggilan bodoh ble tidak mngikut ape yg disuruh.. Prnh stu ketika ble sy tunjuk kputusan peperiksaan dan ble ibu tnye knp kputusan sy teruk sy ckp sbb ibu slalu pggil bodoh.. ble sy ckp mcm tu ibu sy ckp yg sy nie kurang ajar.. ptut dibunuh sejak dari kecik lg.. kdg2 ble ibu marah dia ske maki hamun ckp anak sial babi punye anak.. tak puas dgn maki hamun ibu akan guna kekerasan dgn mehentak kpala kami adik bradik di dinding.. ibu slalu gne prkataan anak derhaka wlaupun kesalahan yg kmi lakukan hnye lah kesalahan kecil.. n perangai ibu sy dia ske mengungkit2 sgala pmbelanjaan yg dia kluar cthnye sprti pmbayaran yuran pngajian.. Sy dh puas brsabar smpaikan sgala kata maki hamun ibu sy sy hnye pekakkan telinga.. ayah sy pulak jenis pndiam.. apa yg ibu sy buat dia tak prnah tegur wlaupun ibu slalu memanggil ayah dgn gelaran tidak sptutnya.. ibu slalu cari gaduh dgn ayah ble ayah ada di rumah.. kdg2 sy malu pd jiran yg mendengar

Tia muma berkata...

Ayah saya suka mengumpat pada kami ketika kami tidak menuruti apa yg dipintanya, apakah kami durhaka skrg ini karna umpatan yg slalu ayah lontarkan pada kmi???

evagreen berkata...

Ayah sy pn same jugak.. sllu nk maki hamun kami adk bradik.. sllu nk ptikaikan bnde2 kcik.. sllu nk mrh2.. bendul la, bingai la.. sy yg sulung ni dga kcik hati gile.. dlm hti tuhan jela tau perasaan ni.. agknye ayh x penah tau ape yg dy maki hamun tu boleh termakbul spjg kami hidup kt muke bumi ni.. sedih sgt.. kang bile bsuare dikatenye kurg ajr.. pdhl ayh x penah nsihat kami utk bnde yg baik2.. tau marah, tau maki hamun.. tu je.. smpai ble nk sedar pn xtau la.. slh kami je dy nmpk, tp dy? Sy bkn nk ptikaikn cre dy ddik kami, tp pling utame ibu bape tu role model dlm mbina insaniah ank2.. klu ayh trus2 cmtu sy rsau mungkin ble dh besar sbhgian dr kami hilang rse hormat pd dy..

Tanpa Nama berkata...

Samalah..sye lbih suka berdiam drpd bcakap..bkan ape malas nk gaduh..tpi dkatanya kita x nk dngar..itu pon maslah jgak...ape yg elok biarlah allah hukum mereka

Tanpa Nama berkata...

Sama jugak dgn ibu sy yg suka memaki hamun sy dgn panggilan bodoh, puki, malah mencarut dgn prkataan yg tidak sptutnya.. mungkin kelakuan sy yg sering tidak mendengar kata mnybbkn ibu sy maki hamun.. tp wajarkah seorg ibu maki hamun anak di hadapan khalayak org ramai? Kdg2 sy rasa malu sgt nk kluar drpd rumah.. tak cukup dgn itu kdg2 sy rasa apa yg sy lakukan adalah prkara yg sptutnya sy lakukan tp pd pandangan ibu seolah2 ia menjadi satu kesalahan smpai ibu byk kali ckp akan bunuh sy, jikalau tahap kesabaran dia smpai ke tahap maksimum.. yg sy tak faham ktika ibu sy mahu menunaikan solat lg dia akan maki hamun sy sbgai cth ibu sy menyuruh sy menukar lmpu tido di bilik tido ibu, tp sy menyuruh ibu menunaikan solat dlu krn wktu solat hampir tamat, tp ble sy ckp begitu apa yg sy dpt hanyalah maki hamun drpd ibu sy, kdg2 sy trfikir adakah air wudhuk yg diambil oleh ibu sy tidak mampu mengawal api kemrahan ibu sy?? Smpai la sy brumur 23 thun, ibu sy akan memaki hamun sy smpai sy dh tak rse pape lg dgn kata2 makian drpd ibu sy..

iskandar619 berkata...

mak aku suka panggil aku babi,beruk,bodoh la ape la...aku tak faham lah..lepas tu pandai nak nasihatkan aku..nak suruh aku jaga solat bagai..lepas tu boleh pulak tuduh aku ni penipu la..solat pon nak menipu..yang mak aku tu solat tak pernah tinggal..tapi perangai yg suka maki hamun tu ada lagi dlm diri dia..pas tu boleh pulak mak aku ckp.."" malang nasib aku dpt anak macam kau "" lepas tu boleh pulak mak aku cakap "" lebih baik aku takde anak "" klau dah macam tu..knape tak gugurkan je aku masa dia mengandung dulu..knape baru skarang baru nak cakap macam tu..dia nak suruh aku hormat dia..ambil hati dia..memang tak la aku nak hormat dia..dia nk suruh aku berubah nak nasihatkan aku la bagai..perangai dia sendiri pon tunggang terbalik..ada hati nak nasihat kan aku..

iskandar619 berkata...

lepas tu bila mak aku mula nak angin mula dia sebat aku dengan rotan la..tali pinggang la..bila dah sebat aku sampai tak ingat dunia..abis berbirat line merah je kat lengan aku..sampai aku mse kat skolah smua member aku tanya..tu knapa lengan kau smpai bergaris2 merah macam tu..aku nak jawab ape pon aku dah tak tau..aku sampai tak pergi skolah selama 65 hari sebab aku malu..semua sebab mak aku

Unknown berkata...

"anak tak guna kau ni" sakit hati bila mak ayah ckp mcm ni dkt aku how, terpinggir rasanya

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana klau ibu bapa yg selalu menyumpah anak2 perempuannya n maki mereka sejak dr kecil hingga mereka dewasa. Now, bila dah dewasa mereka jd depressions.....how to settle about this??

Tanpa Nama berkata...

Assalam..mak saya selalu marah saya..walhal sy sanggup berhenti kerja..dan duduk rumah..umur sy baru 20 tahun..abg ada 2 orang..due2 tgl kn dia..saya yg jga dia ..sejak sy dh x kerja..duit dh kurang masuk..sy jugak pernah buat silap..mse umur 15 tahun..sampai skrg ..kalau saya buat silap sikit je..bangun pagi semua saya buat..bila dia bangun je..kdg2 sbb bnde kcik..contoh : sy letak garam yg baru beli dlm peti ais..die baling garam tu..terus die babi,sial,puki,pantat aym..sy cuma mampu berlari dan masuk bilik..menangis sendiri..nak melawan org ckp derhaka..hampir 3 tahun dah benda ni jd..mohon la bantuan untuk nasihat ke..ataupun ape yg boleh dibuat..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

I wish my mom would read this article. Dh mcm zikir hari2 sebut bodoh babi dpn anak2 tk kira la time tgh masak ke brg jatuh atas lantai ke. Aku risau tau benda ni effect kat kami adik beradik. Bkn baru je dah lama bertahun thn sejak aku masuk time skola smpai la degree. Bnyk kali nasihat but she once said this words to me "im not just like 'typical mom' out there "

Aku x tau nak bg nasihat apa lagi cuma aku doa kt Allah semoga hatinya berubah

Unknown berkata...

Btul laa tu...sy slh sorang mangsa tu la...smpkn umur sy dh 22 thn pon still kene pukul n maki hamun...tp dh biasa..cuma doa utk ibu jelah supaya hati ye lembut n jd seorang yg penyayang....

Unknown berkata...

nak di marah semula kita fkir kan dia ibu ayah yang dah membesar kan . nak buat mcm mana . mampu diam dan pendam dalam hatini bila tiap kali kena maki hamun dgn ibu ayah mahupun adik adik . ada smpai ketika mereka sanggup ckp pade org yg saya ni takda maruah , pelacur , anak sial setan babi di pukul depan orang ramai . bila duduk diamdiam pn di marah maki mengherdik saya dgn kata kata kesat . selalu ckp kalau tahu mcm ni lah kau dah besar dari kecik aku dah picit sampai mati . ada satu masa ayah selalu ckp kenapa la aku dapat anak yg bodoh mcm kau tk hbis hbis menyusah kan org . bila tiap kali di mara di hina mesti dikurung di ruma berbulan bulan . mesti di banding kan dgn anak org lain dan adk beradik yg lain . tiap kata kata yg di lempar kan oleh ibu ayah adikberadik buat saya jatuh hingga harini . nak saya berubah tapi langsung takda support . balik balik maki hamun pukul pijak . saya akan ingt smpai mati apa yg ayah cakap pada saya . dia akan doa kan saya harihari supaya cpt mati biar tak menyusah kan dia . allahu, mintak tuhann kuat kan semangat saya hati saya dan rasa sabar pada saya . 😔

Unknown berkata...

Sama lah saya, umur dah 25 dari saya kecil smpai saya besar kdg kdg saya jd penat sngt sngt kdg kdg teringin sngt sngt nak dpt mak yg selalu doakan anak yg baik baik. Kdg kdg dah tak kuat utk hidup. Mslh saya skrg asal. Kan mak saya tk dpt duit jee mst perkaatan kesat kepada kami anak anak lelaki akan dikenakan, kdg kdg saya rasa cm saya mintak maaf tak guna nnt dh baik jd balik nnt dh baik jd balik, hmmmmm

Unknown berkata...

Nasib awak sama seperti saya. Saya bkn nk menaibkan ibu atau ayah saya kdg kdg saya jd malu pd sedara mara tp sedara mara saya tetap sygkan kami,, nasib saya masih ade makcik dan pakcik selalu bela kami, kdg kdg saya jd cm tak kuat utk semua ni

Unknown berkata...

Kita nasib yg sama, takpe lah bro mgkn mak kita ingt dia selamanye muda, tggu senja menjelma,, bru dia ingt time tu

Unknown berkata...

Sma lah kita saya selalu kena maki hamun dia halau saya😭saya kecewa betul saya rasa saya bukan anak dia

Unknown berkata...

Aku tk tau lah knpa dgn mak aq ni buat salah kecil je msti kene maki lah bodo,bangang mcm2 lah ada time hari tu mak aq suruh ambik ubat gigi aq tk tau dkt mn ubat gigi tu mak aq ckp cari la pakai mata then aq ckp dgn mak tkde mak tk jumpa then mak aq keluar dr bilik air dia ubat gigi dia dkt dapur dlm plastik aq tk perasan then dia ckp asl lah aq dpt ank cam kau. Aq masuk bilik aq menangis. Aq mn la tau barang tu kt mn dia suruh cr tp.aq tk suka bila mak aq suruh cr barang ke msti selit cpat la bengong haih bersabar dan bg time aq jumpa bila aq tk jumpa mak aq cari barang tu dia ambik dia lain kali pakai mata bengap then tolak aq.at the time aq ni jenis asyik keluar btw umur aq skrg 17. Aq keluar mlm tu pun sbb nk release aq punya serabut . Aq srs jarang tengking mak aq.mak aq ni dia lebihkan2 akak sulung aq btw aq ada 4 beradik 2 laki 2 perempuan termasuk aq
.aq dgn mak aq je duduk umh sama kakak sulung,kakak no2 dgn abang aq duduk umh sama aq je duduk umh dgn mak aq bila mak aq pergi rumah kakak msti tanya la mn kakak sulung .

Unknown berkata...

Mak ayah aku panggil aku setan... Alhamdulillah, doa mereka makbul.. aku menjadi setan..

Tanpa Nama berkata...

Ramai rupanya senasib...dari kecik asyik kena mcm2..mak ayah 24 jam bergado...mak aku ni dari aku kecik asyik menyumpah anak anak je keja...tapi aku ni la selalu jadi pelepas sumpahan dia yang bukan bukan tu..pernah dlu aku nak pergi sekolah disumpahnya aku kena langgar dengan kereta la..anak H**** la...sampai la aku dh 30an ni..aku yg still dok dengan dia..kalau xda duit atau dia geram kat sapa2 aku la yg kena hadap...ni dia cakap kat aku pasal jodoh plak..sebab tu xdapat jodoh...aku ni habes ribu riban dia tak pernah hargai...menyumpah lagi aku dpt suami nanti suami aku nanti lari la..padahal ayah aku lari dulu punca dia la...ayah aku lari sebab kesempitan duit..berhutang..kita org susah..patotnya muhasabah diri..ni tidak sebaliknya..mak aku ni bila pasai duit dia jadi kelabu mata...aku harap sangat nanti aku dapat la jodoh yang baik ..tanggungjawab..terima aku seadanya..suami yg baik agama,bijak dan mertua yg baik
..aku da dekat 30 tahun duduk dgn mak aku yg selalu menyumpah aku halau la bagai..tapi aku tak pernah kluar dari rumah..semua aku yg tanggung..sebab ahli keluarga yg lain sebok jaga suami dorang je...doakan aku yer korang

Unknown berkata...

Mcm mna pula seorang ibu yg menyakiti hati anaknya dan sengaja mengapi2kan anaknya sehingga anak hilang kesabaran... Dan akhirnya tertutup pintu rezeki anak2?

Tanpa Nama berkata...

Sy sudah berusia..menuju ke 40..kdg2 sy tak tahu di mana salah sy..ibu sy suka merumitkan hal yg x sepatutnya dibesarkan..kdg2 apa yg difikirkannya,dicampur aduk dan membuat kesimpulan yg sy ini terlalu jahat dan teruk..maki hamun herdikan sumpahan adalah makanan sy sejak kecil..sbg suami,sy sedih dan malu apabila dikeji sebegitu hingga anak2 dan isteri sy tahu.."hidup kau takkan senang..aku x redha" " tunggu balasan tuhan kat kau" "kau munafik hati busuk" "kau nak amik semua harta kat kau saja..tamak!"..sedangkan itu semua hanya fahaman mengikut emosi beliau sendiri..sy sering dituduh meninggikan suara dan tengking beliau..tapi entah bila sy berbuat begitu kerana sy hanya byk mendiamkan diri dan menerima saja cercaanya..sy jd sgt tertekan dgn kata2 dan hinaan maki hamun ibu kpd sy..sy merasakan sy adalah anak yg tak guna dan menyusahkan saja..sy cuba berbuat baik utk mengambil hati ibu..selalunya akan berakhir dgn kejian dan sy diperlecehkan..ibu sy solat tak tinggal..maki hamun mencarut pun x tinggal..kdg2 sy rasa baik sy mati saja dari kena hadap semua ni..sy makin berusia..letih dgn cercaan sebegini..kenapa la sy boleh waras even berpuluh tahun sy lalui semua ini..adik sy pernah dipijak kepalanya oleh ibu..dan dimaki anak setan anak babi..sy sedih dgn semua ini..sy berharap ibu bapa di luar sana jgnlah jd sebegitu terhadap anak2..walaupun ibu benci sy di sebalik semua tuduhannya itu yg sy sendiri pun x tahu kenapa..sy kasih dan sygkan ibu sy..sekarang,ibu dah tak mengendahkan sy lagi..sy hanya mampu redha dan berdoa..semoga Allah rahmati ibu sy dan diberikan hati yg tenang selalu..

Sy tak tahu nak luahkan di mana..jd sy tulis di sini utk pedoman semua..marahlah sy,kecamlah sy..sy rasa tak tertanggung lg dgn semua ni..dtglah masalah mcm.mana sekalipun,inshaaAllah sy akan hadap ..tp bila masalah dgn ibu,sy jd x keruan tak tenang dan rasa useless sgt..

ica berkata...

haha perkara kecil ?