Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

19 Julai 2010

Kejadian Minggu Lepas

Salam semua... kejadian yang aku nak ceritakan berlaku pada malam jumaat yang lepas. Asalnya Irfan berdiri di depan pintu bilik utama. Aku pun tak perasan apa yang Irfan sedang buat kemudian Balqis nak masuk ke bilik kedua (bilik utama ngan bila ke 2 mengadap). Tiba-tiba aku dengar Balqis menangis. Pada mulanya aku tak kisah sangat sebab Irfan ni memang suka menyakat Balqis. Kemudian Balqis datang ke aku sambil tangannya memegang dahi. Kat celah-celah jari tu aku nampak darah. Apalagi... aku tengok dahinya dan aku kesat darah kat dahi tu gunakan tangan aku dan aku nampak luka yang agak panjang. Cepat-cepat aku panggil en suami ,sambil tu aku dah nak menangis kerana aku fikir masa tu memang confirm dahinya kena jahit. Irfan pula muka dah cuak kerana Balqis tersadung kakinya.

En suami la yang membersihkan darah di dahi Balqis. Aku memang tak berani nak tengok dan pegang. Ketika tu aku memang kelam kabut tapi en suami suruh aku bertenang. Kemudian aku siapkan diri dan pakaikan baju yang bersih kat Balqis sebab kitorang nak bawa dia pergi hospital. Ketika aku pakaikan baju kat Balqis, dia dah tak menangis lagi dan darah kat dahi tu pun dah tak mengalir. Mungkin sebab en suami letak minyak gamat.

Sampai je kat hospital Balqis terus dibawa masuk ke wad kecemasan oleh en suami manakala aku dan Irfan hanya tunggu kat luar. Aku tak sanggup nak tengok kalau dahi Balqis kena jahit. Semangat aku ketika itu tak kuat. Dalam pada aku menunggu tu, sempat juga en suami call aku. Dapatlah aku dengar suara Balqis. Aku terbayangkan mesti dia tengah menangis rupa-rupanya punyalah ceria dia kat dalam bilik tu. Sibuk bercerita itu dan ini kat aku.

Kira-kira satu jam kemudian aku nampak en suami keluar dari wad kecemasan sambil memimpin Balqis. Balqis nampak je aku terus senyum. Nasib baik dahinya tak kena jahit kerana lukanya tak dalam. Doktor hanya gunakan gam untuk lekatkan luka tu. Keesokan harinya aku emergency leave kerana kata doktor jangan sampai luka tu terbuka kerana kalau terbuka memang takde pilihan lain melainkan kena jahit tapi kalau dah jenis agresif mana la nak duduk diam. Kat rumah asyik melompat, memanjat ke sana sini. Pening aku nak control.

Sebenarnya sehari sebelum kejadian tu berlaku aku dan en suami bercerita pasal kejadian yang pernah menimpa Irfan sehinggakan dahinya kena jahit akibat jatuh motor. Pada masa tu Irfan berumur lebih kurang 2 tahun. Pada waktu itupun en suami yang temankan Irfan kat dalam bilik kecemasan ketika dahinya sedang dijahit. Aku yang menunggu kat luar cuma mengalirkan airmata sampaikan ada sorang makcik tu tegur kenapa aku menangis.


Gambar diambil sebelum pergi ke hospital


Luka yang telah digam. Alhamdulillah sekarang ni lukanya dah hampir kering

19 patah-patah kata:

Ain Zulaikha berkata...

alaaa,, siannye baby.. mesti sakit tu.. adik saya dulu kena langgar lari.. tk sggup mhu tgk.. sbb byk darah keluar..

Mrs. Q! berkata...

alalala
ciannye Balqis
kena jahit ke tu kak?

Jieda berkata...

AiN Z ~ tu la...takut nak tgk lepas tengok darah yang banyak

Jieda berkata...

Kie-Yu ~ nasib baik tak kena jahit.Doktor cuma lekatkan guna gam sebab luka tu tak dalam.Kalau dalam memang kena jahit.

kak long berkata...

hisks..pjg gak luka nyer...

kaklong pun sama...
bab luka2 ni takut nk tgk...
ngeri...

azimask berkata...

aduh.. seriau rasa...
huhuhu

// klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ... //

Che Armster berkata...

alhamdulillah.. nasib baik tak teruk.. :)

marina anakcikbob berkata...

aduh..ngilu..

faINa989 berkata...

nasib dh ok...

Kiko Berdendang berkata...

alala thomei....sok besar jadi kenangan la tu..heheh

Syida berkata...

jadi parut ke?nanti da tak chomel.

ManjaIxora berkata...

alahai.. siannyer dia.. mcm sy ms kecik2 dulu.. tp sy kena cangkul pastuh jahit, dahlah x kena bius.. huhuhu.. arwah atuk bwk gi spital naik beskal.. smpi la ni tiggal parut.. kenangan, kenangan..

Tasbih Alam berkata...

Salam ukhuwah dan salam ziarah. Moga kunjungan ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita sebagai blogger

Notami berkata...

nasib baik xde ape2 yg teruk sgt brlaku

ieda berkata...

alahai..berparutla plk anak dara comel ni nanti..takpe..pakai tudung tak nampak..

Nashays berkata...

tak pasal dpt tanda kat dahi..raya nanti kena fondesen lebih ye..

mamawana berkata...

SAlam.... Ciannyer dia...

Unknown berkata...

aduhaii comelnye :))
hehe. guna gel aloevera blh hilang parut tu insyaallah :)

Unknown berkata...

Masa gam nye sudah tanggal ke belum ye?