Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

27 Oktober 2010

Berakhirnya Riwayat Sotong Paul


Salam semua, setelah hidup di dunia ini selama 2 tahun, akhirnya sotong kurita yang terkenal dengan nama Paul ni telah mati di rumahnya semalam di Oberhausen. Paul yang lahir di England, menjadi tajuk utama berita di seluruh dunia selepas ia meramalkan dengan tepat nasib Jerman dalam tujuh perlawanan, sebelum kuasa psikiknya diuji lagi pada pusingan akhir.

Selepas kekalahan Jerman kepada Belanda dalam perlawanan separuh akhir, Paul meramalkan Sepanyol akan mengalahkan Belanda dalam perlawanan akhir. Tilikannya itu mendorong sebuah agensi berita melaporkan sotonfberkenaan menyebabkan permintaan bagi bon Kerajaan Sepanyol melonjak naik. Ramalan Paul didapati tepat lagi apabila Sepanyol menang perlawanan akhir ke atas Belanda dengan jaringan satu gol.

Kakitangan Pusat Kehidupan Laut Oberhausen di Jerman Barat berkata dalam satu kenyataan, mereka 'amat sedih' apabila mendapat tahu mengenai kematian Paul ketika ke pejabat semalam. ''Nampaknya dia mati dengan aman pada waktu malam, atas sebab semulajadi dan saya lega apabila mengenang kehidupannya yang baik'', kata pengurus pusat berkenaan, Stefan Porwoll.

''Paul akan disimpan dalam bekas simpanan sejuk sehingga pusat itu memutuskan bagaimana mengenangi kehidupan luar biasa haiwan itu'', kata Porwoll. ''Kami mungkin menyediakan tempat bersemadi kekal untuk Paul dan membangunkan sebuah makam khas,''.

*sumber dari berita harian*

5 patah-patah kata:

Kniedaz berkata...

tuah paul si sotong..dah mati pun org kenang..huhu

nieda berkata...

sotong paul dah mati..aduss sedihnye

ardinihumaira berkata...

tak leh wat masak celup tepung ;p

izyansyazwani berkata...

jadi sotong pon bleh glamer 1 dunia..hihi

gnesop.com berkata...

kecian si paul tu..
kerja byk sgt kot..[dok buat ramalan no ekor kot] huhuh