Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
26 Oktober 2010

Kegiatan maksiat atas bumbung berakhir tragedi

Salam petang semua, disebabkan petang-petang begini aku tengah takde kerja yang nak dibuat dan ditambah pula dengan mata yang ngantuk aku pun saje la tengok website kosmo, nak baca cerita apa yang best. Pastu aku baca ''Kegiatan maksiat atas bumbung berakhir tragedi''. Subhanallah... semoga Allah mengampunkan allahyarhammah.

PETALING JAYA – Seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai di sini kelmarin dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan sumbang.

Perkara tersebut didedahkan oleh penduduk di situ yang sebelum ini sering melihat mangsa bersama beberapa remaja lelaki naik ke bumbung bangunan itu.

Menurut mereka, remaja perempuan berkenaan bukan penduduk di situ. Selain itu, dia juga sering dilihat terhendap-hendap setiap kali hendak ke bumbung bangunan tersebut.

Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, penduduk kemudian bersepakat untuk memasang perangkap bagi mengetahui aktiviti mereka.

“Alangkah terkejutnya kami apabila melihat mangsa sedang berasmara dengan tiga remaja lelaki di situ.

“Kami kemudian menyergah mereka menyebabkan mereka terkejut dan cuba melarikan diri. Ketika itulah mangsa cuba turun dengan memanjat dinding tetapi dia gagal lalu terjatuh ke tanah,” ceritanya ketika ditemui semalam.

*sumber dari kosmo*



10 patah-patah kata:

Khumaera Ismail berkata...

kesian bdk tu..da buat dosa ta smpt btaubat..

Jieda berkata...

Khumaera ~ tu la..harap Allah ampunkan

ardinihumaira berkata...

siapalah yang dah rosakkan pemikiran dia kan.. sian mak ayah dia

Mrs Sufatiha Infinity berkata...

innalillah..moga allahyarhaman diampuni...

ManjaIxora berkata...

moga Allah ampuni dosa dia..

Jieda berkata...

ardinihumaira ~ betul..mesti malu mak dan ayahnya.

Jieda berkata...

Mrs Sufatiha Infinity ~ mudah-mudahan

Jieda berkata...

ManjaIxora ~ harap pun begitu

dya adriza berkata...

Isy3.. tu la padahnya buat maksiat x ingat dosa.

Jadi pengajaran ni..

Cik Cyida berkata...

hem~ kesian, xsempat nak bertaubat