Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

11 Oktober 2010

Debaran di Hati

Salam semua.. semalam 10.10.10 aku menghadiri majlis perkahwinan anak sedara en suami. Hmm..agak meriah dengan warna temanya putih merah. Tu satu cerita.. cerita yang kedua berkenaan kemalangan jalanraya yang mengorbankan 12 nyawa. Itupun aku baru tau pagi tadi ketika aku baca metro. Kesian juga bila baca kerana ada yang katanya mayat bergelimpangan tanpa kepala, tanpa tangan. Takziah buat keluarga mangsa dan harapnya ahli keluarga mangsa terima dengan redha.

Sebenarnya bila aku baca pasal kemalangan yang membabitkan bas ekspress dari Melaka, hati aku dah berdebar sebab aku ada seorang adik yang tinggal di Kuala Lumpur. Kebetulan dia bercuti kat rumah abah aku di Melaka dan dia ada beritau kat aku dia nak balik KL petang Ahad (semalam). So, pagi ni bila aku call dia, telefonnya tak berangkat dan aku telefon adik aku seorang lagi. Dia bagitau adik aku tak jadi balik KL petang semalam. Alhamdulillah.... lega hati aku. Aku takut jika adik aku balik petang semalam dan naik bas itu.

4 patah-patah kata:

anyss berkata...

Salam,
Alhamdulillah.
Ajal maut ketentuan Allah, kalau memang dah takdir bukan di situ kita kena...akan ada juga halangannya. Sebab itulah, usah terlalu bersoal jawab kenapa sesuatu perkara itu berlaku sebabnya...Allah lebih tahu dari kita.

Tajuknya dah berjaya buatkan degupan jantung ni KUAT sekejab...uhhhhhh sayangilah jantungku ;)

wan syamilah berkata...

alhamdulillah...bila tgk byk kemalangan yg melibatkan bas ni..rasa fobia lak nk naik bas...

gnesop.com berkata...

adik rancang naik bas tu juga ker?

takziah kepad keluarga mangsa..

Nursuzry berkata...

ko sama ngan aku jieda. tau kisah kemalangan tu kebesokkan harinya. dah la tu mak dan adik aku on the way blk dr arah selatan. berderau jantung aku kejap bila dgr bite kat radio pagi isnin tu. alhamdulillah mak dan adik aku tidak terlibat huuuuuuu...