Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah
restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak
kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya
pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.
"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"
Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.
Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya
adalah betul. Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..
"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalanPasir?"
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.
Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawapannya
adalah betul. Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya
"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan
Pasir?"
Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."
Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk
menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi..
"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya
'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya
'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul',
tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"
"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar
belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab
'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah..
dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana,"
jawab orang dewasa itu...
"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?"
tanya Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"
5 patah-patah kata:
hihi..
alamak..
sye pon aah..
maknanye tgh2 r kan..hihi
Ha'ah...benar dan betul jugalah bagai dikata...kekekeke
kahkahkah... aku suka cakap hmmm...yup! tu tahap mana lak yek?
Mak aaiii... terperangkap ler jugak.. ek?
Selalu gak guna semua tu termasuk ler YUP mcm DINA.. alahai, tahap mana kita ek?
kehkehkeh....
Catat Ulasan