Air mata yang tidak dituntut
- Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah tentukannya?
- Janganlah menangis kerana menonton filem, itukan cuma lakonan saja.
- Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
- Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
- Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal.
- Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah.
Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.
Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:
1. Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan para sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka
Air mata tanda rahmat
Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud, jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu :
1. Apabila dahinya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat.
Dari Abu Hurariah r.a., dari Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah SWT;
1. Imam (raja atau penguasa) yang adil,
2. Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah,
3. Orang yang hatinya tergantung di masjid,
4. Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang laki-laki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata, 'Aku takut kepada Allah.'
6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.
7. Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerna mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah SWT."
(Shahih Muslim, diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)
Sucikanlah empat hal dengan empat perkara :
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
4. dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.
Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT.
Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.
2 patah-patah kata:
aku ni kadng2 tetiba boleh menangis bila kenangan sedih menerjah hati. tu tanda insaf ke apa ek?
Menangis suatu cara melegakan..
takda orang yg tidak menangis.. lelaki pun menangis..
JIEDA...MokYang rindu sama Jieda, sampai menangis nihhh.. wuaaaaaa!!
Catat Ulasan