Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

18 Jun 2009

Buah Naga Isi Merah


Balik dari kerja semalam, aku singgah pasar malam yang berdekatan ngan rumah aku. Teringin pulak nak makan nasi kerabu. Setelah beli apa yang patut, sebelum nak balik singgah jap tempat jual buah. Aku tengok cantik pulak buah naga ni. Macam baru lepas dipetik. Orang tu jual 2 biji RM3. Aku beli 4 biji je seperti dalam gambar tu. Cukup la sorang makan sebiji.

Aku lupa pulak nak kuarkan dari dalam kereta balik semalam, so pagi tadi la baru aku kuarkan. Bila aku tunjuk je buah ni kat Balqis, dia lari kat ayah dia. Rupa-rupanya dia takut tengok buah tu. Ye la...bagi dia pelik kot buah tu. Dah la warna merah pastu berkelopak pulak. Tu belum tengok lagi isinya hehehe....

Ini sedikit info khasiat buah naga yang dapat aku paparkan kat sini

Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

4 patah-patah kata:

Sulela berkata...

Sedap tak rasa dia, Da?

Jieda berkata...

Hmmm...rasanya tak berapa manis la lela.Ada yang kata rasa isi yang merah lebih sedap dari yang putih.

dina berkata...

aku suka buah naga merah ni, bila makan, aku suka menyakat anak aku dgn mengeluarkan gigi yang dah merah2 dek kerana warna dia. Adik aku pernah buat agar2 dgn buah naga ni, cantik sungguh kalernya... selalu aku beli kat kebun Fama kalau pergi rumah mak angkat suami aku kat Felda Sg Tengi. Sekilo RM4.00 jek...

azieazah berkata...

Buah naga (Dragon Fruit) ni ada 2 jenis. Isi purple pekat dan isi putih. Ada orang suka yg putih.. gituler sebaliknya.

Kata orang, yang tempatan lebih sedap berbanding yg dari negara China. Entah ler, sbb Mokyang makan semua jenis, lebih2 kalu potong2 dadu simpan dlm fridge.. makan sejuk2.. wooooo...