Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan
08 Julai 2010

Perjelas Aksi Bogel


Salam.. pagi tadi aku baca suratkhabar Harian Metro. Selak sehelai demi sehelai nampak pulak tajuk ''ZUL PERJELAS AKSI BOGEL DALAM MANTRA''. Gambar yang terpampang kat suratkhabar tu pun ada yang diblurkan. Mungkin betul kot pelakon tu berbogel. Aku pun baca sebab nak tau jugak. Adakah hanya gimik je. Antara petikan yang aku ambil dari suratkhabar tu.

''Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Zul berkata, dia sanggup berbogel dalam filem itu kerana mengikut kehendak skrip Mantra semata-mata. ''Babak Muzir berbogel itu sejadar memenuhi tuntutan perjalanan 'ritual' yakni lelaki yang mengamalkan ilmu hitam. Selepas mengamalkan ilmu hitam, Muzir terlepas dari penjara apabila ayat suci Al-Quran 'terpadam' dari dinding bilik penjaranya. Babak Muzir berbogel itu memang berlaku dalam kalangan pengamal ilmu hitam di luar sana. ''Pada mulanya, saya pakai seluar sendat tapi apabila babak menakutkan itu hendak dimulakan saya terus tanggalkan seluar itu. Ketika itu hanya saya dan jurukamera saja berada di situ. Selepas babak itu selesai, seorang kru produksi datang dan memberikan tuala untuk menutup badan saya'', katanya.''

Tak sangka pulak dalam filem tu ada aksi begini. Berani juga pelakon ni buat aksi bogel tu ye. Dah macam filem Hollywood. Apa pandangan korang pula?




07 Jun 2010

Wanita Sihir Telah Kembali


Salam kepada semua... takut tak ngan tajuk tu hehehe..pagi tadi masa belek-belek suratkhabar nampak pula filem baru yang akan ditayangkan kat pawagam. Filem kali ni yang menarik minat aku ialah Nanny McPhee 2. Nanny Mc Phee yang pertama dulu, aku tengok berulang kali tanpa jemu. Memang best. Lagipun aku memang suka citer yang ala-ala fantasi ni. Tarikh mula tayangannya pada 10hb June ni. Wahh.. wajib tengok ni hehehe... Nanny McPhee ni dilakonkan oleh Emma Thompson. Kalau korang nak tengok muka si Emma ni, korang google je. Pasti jumpa. Meh kita baca sinopsis yang serba ringkas ni.

''Kali ni watak Nanny, wanita penuh ilmu sihir dan kelebihan ajaib, kembali untuk membantu wanita muda, Mrs Isabel Green lakonan Maggie Gyllenhaal yang ingin mengusahakan sebuah ladang. Mrs Green yang mempunyai anak terpaksa hidup sendirian selepas suaminya berjuang di medan perang. Hasrat Nanny untuk membantu ibu muda itu bagaimanapun sedikit terbantut selepas melihat anaknya yang tidak sebulu dengan dua sepupu mereka dari bandar yang berlagak dan sering mendatangkan masalah.

Versi terbaru filem yang turut dibintangi pelakon hebat seperti Ralph Fiennes dan Ewan McGregor ini bakal menyaksikan aksi Nanny mengajar Mrs Green dengan lima lagi ilmu terbaru untuk berjaya melaksanakan ladangnya. '' *sumber dari metro ahad*

Kepada sesiapa yang suka filem ala-ala fantasi ni, mehlah kita gi wayang ramai-ramai.