Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Memaparkan catatan dengan label Sihir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sihir. Papar semua catatan
07 Jun 2010

Wanita Sihir Telah Kembali


Salam kepada semua... takut tak ngan tajuk tu hehehe..pagi tadi masa belek-belek suratkhabar nampak pula filem baru yang akan ditayangkan kat pawagam. Filem kali ni yang menarik minat aku ialah Nanny McPhee 2. Nanny Mc Phee yang pertama dulu, aku tengok berulang kali tanpa jemu. Memang best. Lagipun aku memang suka citer yang ala-ala fantasi ni. Tarikh mula tayangannya pada 10hb June ni. Wahh.. wajib tengok ni hehehe... Nanny McPhee ni dilakonkan oleh Emma Thompson. Kalau korang nak tengok muka si Emma ni, korang google je. Pasti jumpa. Meh kita baca sinopsis yang serba ringkas ni.

''Kali ni watak Nanny, wanita penuh ilmu sihir dan kelebihan ajaib, kembali untuk membantu wanita muda, Mrs Isabel Green lakonan Maggie Gyllenhaal yang ingin mengusahakan sebuah ladang. Mrs Green yang mempunyai anak terpaksa hidup sendirian selepas suaminya berjuang di medan perang. Hasrat Nanny untuk membantu ibu muda itu bagaimanapun sedikit terbantut selepas melihat anaknya yang tidak sebulu dengan dua sepupu mereka dari bandar yang berlagak dan sering mendatangkan masalah.

Versi terbaru filem yang turut dibintangi pelakon hebat seperti Ralph Fiennes dan Ewan McGregor ini bakal menyaksikan aksi Nanny mengajar Mrs Green dengan lima lagi ilmu terbaru untuk berjaya melaksanakan ladangnya. '' *sumber dari metro ahad*

Kepada sesiapa yang suka filem ala-ala fantasi ni, mehlah kita gi wayang ramai-ramai.