Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
07 Februari 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah


Salam.. lamanya tak ngadap blog. Maklumlah kat rumah dah takde line internet lagi hu3. Cuti raya cina 4 hari tu pun aku tak ke mana-mana. Hanya duduk rumah tengok tv, makan, tidur. Tengah tengok tv ada pulak promo Hantu Kak Limah Balik Rumah kat Astro First. Aku tengok 15 minit pertama pastu aku terus sms untuk melanggan. Tak rugi aku habiskan RM15 tu untuk 48jam. Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah tu memang kelakar habislah. Anak-anak aku pun enjoy dan bergelak sakan dorang tengok walaupun berulang-ulang. Aku bagi 5 bintang untuk filem ni.

Jom kita tengok serba sikit sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Jom saksikan Hantu Kak Limah Balik Rumah di Astro First.



Ehh..apa ni.Nak tau? Kenalah Klik ye.

7 patah-patah kata:

Zefa NorAsmara berkata...

Salam jieda..
Mcm best je.. bolehlah klik juga astro 1st tu.. sblmni kami langgan ngangkung.. tengok ulang2 kali sampai hafal dialog.. :-)

SYANI berkata...

aku dah tengok jugak citer HKL ni.. Memang ketawa sampai kuor ayaq mata

Melati berkata...

hehee hantu kak limah ni i tengok movie 2 kali, lepas tu langgan lagi kat astro first. tengok banyak kali besttttt!!!

tapi abah i tak bagi tengok dah hantu kak limah banyak kali sebab dia kata abah pun dah boleh hafal dialog derang. heeheeee

heheee teringat 'supevisa' dengan 'english education'! mihiiiihi

nuriz berkata...

tgk ulang ulang tak jemu heheh

perondajaketbiru74 berkata...

memang best citer ni lawak giler....

puanbee berkata...

keke memang lawak tk takut langsung!

Garudada berkata...

saya dah tgk cerita ini. mmg best. bli dvd tgk dkt rumah pun best!